Showing posts with label Vitamin lebatkan rambut. Show all posts
Showing posts with label Vitamin lebatkan rambut. Show all posts

Monday 6 August 2018

9 Makanan Yang Dapat Melebatkan Rambut

Bila menghadapi masalah rambut gugur dan semakin menipis, terdapat macam-macam petua yang kita boleh amalkan. Selain syampu, tonik rambut atau apa sahaja rawatan untuk rambut gugur, terdapat juga makanan yang dapat melebatkan rambut dan mencegah rambut gugur. Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk rambut yang sihat dan seterusnya dapat melebatkan rambut

9 makanan yang dapat melebatkan rambut tersebut ialah :




#1. IKAN SALMON
Ikan salmon mengandungi protein yang dapat menguatkan rambut dan omega 3 yang dapat mengurangkan inflamasi yang menyebabkan rambut gugur dan dapat melembapkan kulit kepala. 

#2. TELUR
Rambut terdiri daripada keratin, dan keratin diperbuat daripada protein. Diet yang kaya dengan protein merupakan cara yang paling berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

Telur tinggi dengan vitamin B12 dan protein yang dapat menembusi akar dan folikel rambut. Selain itu, telur juga kaya dengan 4 mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan iron. Iron penting kerana membantu mengangkut oksigen kepada folikel rambut. Kekurangan iron merupakan faktor utama rambut gugur. 

Telur juga mengandungi biotin, iaitu nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan rambut yang sihat. Biotin terkandung dalam telur kuning. 

#3. BAYAM
Bayam kaya dengan beta karoten, iron, vitamin C dan asid folik yang dapat menyihatkan folikel rambut dan dapat mengekalkan kolagen yang terkandung dalam rambut. 

#4. UBI KELEDEK
Ubi keledek kaya dengan beta karoten yang merupakan antioksidan. Beta karoten ditukar kepada vitamin A oleh tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A membantu menghasilkan sebum, minyak semulajadi yang melindungi kulit kepala. 

#5. YOGURT 
Yogurt kaya dengan protein dan vitamin B5. Vitamin B5 bagus untuk pertumbuhan rambut. Selain itu, yogurt juga mengandungi nutrien lain seperti lemak, vitamin dan karbohidrat yang juga dapat menyokong pertumbuhan rambut. 

#6. DAGING
Daging bagus untuk mencegah rambut gugur kerana mengandungi iron yang mudah diserap dan dapat menyihatkan folikel rambut. Iron memudahkan penyerapan nutrien lain oleh folikel rambut. Ia mengandungi sulfur yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut baru dengan cara merangsang peredaran darah dan mengurangkan inflamasi yang dapat mengurangkan rambut gugur. 

#7. KACANG SOYA
Kajian menunjukkan kacang soya dapat membantu pertumbuhan rambut kerana spermidin yang terdapat di dalamnya. Kacang soya juga merupakan sumber protein terbaik yang bagus untuk rambut yang sihat dan kuat. 

#8. KACANG WALNUT
Kacang walnut kaya dengan biotin, omega 3 dan vitamin E. Vitamin E membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA. Kekurangan biotin dapat mengurangkan rambut gugur. 

#9. TIRAM 
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur dan juga menyebabkan kulit kepala kering dan berkeruping/bersisik. 97% daripada rambut kita terdiri daripada protein. Tiram kaya dengan protein, dan juga iron. 

Jika mengalami masalah berkaitan rambut seperti rambut semakin menipis dan juga gugur, bolehlah cuba amalkan makanan-makanan di atas dalam diet seharian kita. 

Entri berkaitan :