Tuesday 7 August 2018

Vitamin Shaklee Untuk Rambut Beruban

Masalah rambut beruban ialah perkara biasa yang kita alami. Namun jika masalah ini menjadi semakin kronik sehingga rambut putih lebih banyak daripada rambut hitam, ia sedikit sebanyak menjejaskan penambilan.



Ada juga yang rasa kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan masalah rambut uban ini terutamanya lelaki dan juga wanita yang malu bila berhadapan dengan suami. 

Folikel rambut ada sel pigmen (melanosit) yang menghasilkan melanin iaitu bahan kimia yang memberi warna pada rambut. Apabila semakin menua, melanosit menjadi kurang aktif dan berhenti menghasilkan warna menyebabkan rambut menjadi uban.

Rambut orang Asia mula menjadi uban pada usia lewat 30-an. Jika uban terjadi lebih awal daripada itu, ia dinamakan uban pramatang. 

Antara faktor yang menyebabkan rambut uban ialah : 

  • Keturunan. Jika ibu bapa mendapat uban pada usia yang muda, anak juga berkemungkinan mengalaminya. 
  • Stress
  • Kurang vitamin B12
  • Tumor (yang jarang berlaku)
  • Penyakit tiroid 
  • Vitiligo yang memusnahkan sel yang menghasilkan pigmen pada kulit kepala
  • Merokok. Kajian menunjukkan perokok mengalami uban sebelum usia 30 tahun berbanding mereka yang tidak merokok 
  • Diet yang tak seimbang

Pengambilan Vivix dapat mengurangkan uban. Silap-silap, rambut jadi hitam semula kerana Vivix dapat meremajakan semula sel-sel rambut. 


Cara hilangkan rambut uban, Vitamin untuk rambut uban, Punca rambut uban
Rambut uban dah kurang


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Monday 6 August 2018

Tester Kit Perfume DeXandra di Masjid Saujana Utama

Semalam saya singgah solat Asar di Masjid Saujana Utama. Pada awalnya nak ke Puncak Alam, tapi ubah plan. Jadi solat kat sini je.

Suka solat kat sini sebab ramai jemaah. Sebelum ni, saya ingat ramai orang sebab ada majlis atau ceramah atau seumpamanya. Tapi sebenarnya tak pun. Wanita 1 baris je tapi lelaki agak ramai. Jarang biasanya jumpa masjid yang ada ramai orang macam ni kecuali waktu maghrib.

Bila solat kat masjid ni rasa tenang je. Sebab tu la kalau ada kelapangan tu, memang suka solat kat masjid walaupun wanita tak wajib solat kat masjid.

Sebelum solat tu ternampak tester kit perfume DeXandra. Nak try tak sempat dah sebab nak solat. Jadi lepas solat tu try la. Ada 1 je perfume yang berbau lembut yang saya suka. Yang lain baunya agak keras. Jadi saya tak suka.

InsyaALLAH nanti nak cari la kat outlet DeXandra sebaris dengan NT Shop tu. Harga pun tak la mahal sangat. Harap-harap ada la tester. Sebab tak tau nama perfume yang saya suka tu. Ada nombor je.

Sepatutnya ada nombor contact kat kotak tu, baru la orang yang nak beli boleh contact. Macam biasa, lupa lagi nak ambil gambar. Ni yang saya ambil dari google je.

 Image result for tester kit dexandra


9 Makanan Yang Dapat Melebatkan Rambut

Bila menghadapi masalah rambut gugur dan semakin menipis, terdapat macam-macam petua yang kita boleh amalkan. Selain syampu, tonik rambut atau apa sahaja rawatan untuk rambut gugur, terdapat juga makanan yang dapat melebatkan rambut dan mencegah rambut gugur. Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk rambut yang sihat dan seterusnya dapat melebatkan rambut

9 makanan yang dapat melebatkan rambut tersebut ialah :




#1. IKAN SALMON
Ikan salmon mengandungi protein yang dapat menguatkan rambut dan omega 3 yang dapat mengurangkan inflamasi yang menyebabkan rambut gugur dan dapat melembapkan kulit kepala. 

#2. TELUR
Rambut terdiri daripada keratin, dan keratin diperbuat daripada protein. Diet yang kaya dengan protein merupakan cara yang paling berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

Telur tinggi dengan vitamin B12 dan protein yang dapat menembusi akar dan folikel rambut. Selain itu, telur juga kaya dengan 4 mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan iron. Iron penting kerana membantu mengangkut oksigen kepada folikel rambut. Kekurangan iron merupakan faktor utama rambut gugur. 

Telur juga mengandungi biotin, iaitu nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan rambut yang sihat. Biotin terkandung dalam telur kuning. 

#3. BAYAM
Bayam kaya dengan beta karoten, iron, vitamin C dan asid folik yang dapat menyihatkan folikel rambut dan dapat mengekalkan kolagen yang terkandung dalam rambut. 

#4. UBI KELEDEK
Ubi keledek kaya dengan beta karoten yang merupakan antioksidan. Beta karoten ditukar kepada vitamin A oleh tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A membantu menghasilkan sebum, minyak semulajadi yang melindungi kulit kepala. 

#5. YOGURT 
Yogurt kaya dengan protein dan vitamin B5. Vitamin B5 bagus untuk pertumbuhan rambut. Selain itu, yogurt juga mengandungi nutrien lain seperti lemak, vitamin dan karbohidrat yang juga dapat menyokong pertumbuhan rambut. 

#6. DAGING
Daging bagus untuk mencegah rambut gugur kerana mengandungi iron yang mudah diserap dan dapat menyihatkan folikel rambut. Iron memudahkan penyerapan nutrien lain oleh folikel rambut. Ia mengandungi sulfur yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut baru dengan cara merangsang peredaran darah dan mengurangkan inflamasi yang dapat mengurangkan rambut gugur. 

#7. KACANG SOYA
Kajian menunjukkan kacang soya dapat membantu pertumbuhan rambut kerana spermidin yang terdapat di dalamnya. Kacang soya juga merupakan sumber protein terbaik yang bagus untuk rambut yang sihat dan kuat. 

#8. KACANG WALNUT
Kacang walnut kaya dengan biotin, omega 3 dan vitamin E. Vitamin E membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA. Kekurangan biotin dapat mengurangkan rambut gugur. 

#9. TIRAM 
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur dan juga menyebabkan kulit kepala kering dan berkeruping/bersisik. 97% daripada rambut kita terdiri daripada protein. Tiram kaya dengan protein, dan juga iron. 

Jika mengalami masalah berkaitan rambut seperti rambut semakin menipis dan juga gugur, bolehlah cuba amalkan makanan-makanan di atas dalam diet seharian kita. 

Entri berkaitan :


Saturday 4 August 2018

4 Minyak Yang Bagus Untuk Melebatkan Rambut

Selain menggunakan syampu, penggunaan bahan daripada sumber alam semulajadi seperti minyak juga dapat membantu untuk melebatkan rambut. Mungkin agak leceh untuk menggunakannya, tetapi sebenarnya penggunaan minyak untuk melebatkan rambut juga salah satu kaedah yang berkesan. Terdapat banyak jenis minyak. Di sini dikongsikan 4 jenis minyak yang boleh melebatkan rambut dan boleh didapati di Malaysia.





1. Minyak Kelapa.

Minyak kelapa kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak perlu yang dapat merangsang folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi partikel kecil yang dapat menembusi folikel rambut. Minyak kelapa juga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan juga menebalkan rambut. Selain itu, minyak kelapa juga bermanfaat untuk masalah kelemumur.

Cara guna : Urut kulit kepala dengan minyak kelapa dan biarkan semalaman semasa tidur.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun dapat melembutkan rambut dan boleh juga digunakan sebagai conditioner. Minyak zaitun bagus untuk merawat rambut yang kering, bercabang dan rosak.

Cara guna :
Panaskan 1/2 cawan minyak zaitun dan sapu pada rambut. Tutup seluruh ranbut dengan plastik dan kemudian balut dengan tuala. Biarkan selama 45 minit, kemudian syampu.
3. Minyak Jojoba

Minyak jojoba kaya dengan asid lemak, yang dapat meningkatkan kelembapan rambut. Oleh sebab itu, minyak ini sesuai untuk rambut yang kering dan rosak. Minyak ini juga dapat menghilangkan kelemumur kerana kulit kepala yang kering akan menyebabkan kelemumur.

Cara guna : Sapu pada kulit kepala dan tunggu beberapa minit sebelum bilas.
4. Minyak Kastor

Minyak kastor dapat membersihkan kulit kepala dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut. Minyak kastor merupakan antara minyak yang paling berkesan untuk rambut yang nipis dan rambut gugur. Penggunaan minyak kastor selama sebulan dapat meningkatkan pertumbuhan rambut tiga hingga 5 kali ganda berbanding biasa. Biasanya, rambut manusia tumbuh lebih daripada 1 cm setiap bulan.

Cara guna :
Campur minyak kastor dengan dengan essential oil. Campur sedikit minyak kelapa dengan minyak kastor dalam mangkuk kecil. Sapukan minyak dan sapu pada seluruh kulit kepala. Setelah selesai, tutup kepala dengan shower cap dan biar sepanjang malam.

Selamat mencuba!



Thursday 2 August 2018

Kedai 2 Ringgit NT Shop di Saujana Utama

Semalam saya ke kedai 2 ringgit kat Saujana Utama ni. Tapi kedai tu bukanlah kedai Eco. Nama kedai ni NT Shop. Ni first time saya pergi malam. Biasanya pergi siang.

Bestnye! Sebab kedai lengang je. Takde orang. Kalau siang pun tak la ramai mana. Kalau kat Besut sana, kedai Eco memang ramai orang. Tak kira masa. Satu dekat Jerteh, satu lagi dekat Semerak, Pasir Puteh. Kat sini orang kaya kaya kut. Tak pandang pun kedai 2 ringgit ni hehe. Wallahu a'lam.

Bagi saya, memang suka beli kat sini. Walaupun murah, kualiti dia ok. Tak la semua barang ok. Ada je yang tak ok. Kalau makanan tu jarang la saya beli. Kena pilih jugak la.

Tapi kalau alat tulis, perkakas rumah, barang plastik, memang kat sini je la saya cari. Kalau tak jumpa kat sini baru cari kedai lain.

Semalam beli rak plastik, stokin lengan dan beberapa barang lain. Alhamdulillah muat pun stokin lengan tu.

Rak plastik tu pula cuma ada 2. Tapi ngam-ngam la dengan buku Khadijah. Memang pergi kedai ni untuk misi mengemas buku dia yang bertimbun atas almari tu. Alhamdulillah settle satu masalah. I'm happy. :)