Showing posts with label Kelemumur. Show all posts
Showing posts with label Kelemumur. Show all posts

Saturday 4 August 2018

4 Minyak Yang Bagus Untuk Melebatkan Rambut

Selain menggunakan syampu, penggunaan bahan daripada sumber alam semulajadi seperti minyak juga dapat membantu untuk melebatkan rambut. Mungkin agak leceh untuk menggunakannya, tetapi sebenarnya penggunaan minyak untuk melebatkan rambut juga salah satu kaedah yang berkesan. Terdapat banyak jenis minyak. Di sini dikongsikan 4 jenis minyak yang boleh melebatkan rambut dan boleh didapati di Malaysia.





1. Minyak Kelapa.

Minyak kelapa kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak perlu yang dapat merangsang folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi partikel kecil yang dapat menembusi folikel rambut. Minyak kelapa juga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan juga menebalkan rambut. Selain itu, minyak kelapa juga bermanfaat untuk masalah kelemumur.

Cara guna : Urut kulit kepala dengan minyak kelapa dan biarkan semalaman semasa tidur.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun dapat melembutkan rambut dan boleh juga digunakan sebagai conditioner. Minyak zaitun bagus untuk merawat rambut yang kering, bercabang dan rosak.

Cara guna :
Panaskan 1/2 cawan minyak zaitun dan sapu pada rambut. Tutup seluruh ranbut dengan plastik dan kemudian balut dengan tuala. Biarkan selama 45 minit, kemudian syampu.
3. Minyak Jojoba

Minyak jojoba kaya dengan asid lemak, yang dapat meningkatkan kelembapan rambut. Oleh sebab itu, minyak ini sesuai untuk rambut yang kering dan rosak. Minyak ini juga dapat menghilangkan kelemumur kerana kulit kepala yang kering akan menyebabkan kelemumur.

Cara guna : Sapu pada kulit kepala dan tunggu beberapa minit sebelum bilas.
4. Minyak Kastor

Minyak kastor dapat membersihkan kulit kepala dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut. Minyak kastor merupakan antara minyak yang paling berkesan untuk rambut yang nipis dan rambut gugur. Penggunaan minyak kastor selama sebulan dapat meningkatkan pertumbuhan rambut tiga hingga 5 kali ganda berbanding biasa. Biasanya, rambut manusia tumbuh lebih daripada 1 cm setiap bulan.

Cara guna :
Campur minyak kastor dengan dengan essential oil. Campur sedikit minyak kelapa dengan minyak kastor dalam mangkuk kecil. Sapukan minyak dan sapu pada seluruh kulit kepala. Setelah selesai, tutup kepala dengan shower cap dan biar sepanjang malam.

Selamat mencuba!