Monday 16 July 2018

Lawatan ke Show House Eco Grandeur Puncak Alam

Sabtu lepas saya berpeluang melawat show house Eco Grandeur kerana kebetulan diadakan open house. Dah lama sebenarnya nak pergi tapi selalu tak kesampaian. 2 minggu lepas, nak pergi la sebab ada Pet Carnival.

On the way dah sebenarnya. Waktu asar, kami singgah solat di Masjid Puncak Alam. Cantik dan luas masjid ni. Lupa pulak nak ambil gambar.

Bila dah habis solat, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Cakap kat Khadijah tak boleh pergi sebab hujan. Apa lagi merajuk la dia. So hari ni akhirnya tercapai juga hajat. Happy la dia.

Open house bermula pukul 6 petang. Masa kami sampai tu dah ramai orang. Mula-mula masuk dalam galeri dulu. Lepas tu, terus ke show house.

Memang cantik landskapnya. Ada semi-d dan banglo. Bagi saya, bilik tidur agak sempit bagi rumah semi-d. Sebab saya suka bilik yang luas. Harga semi-d bermula dari RM 980K.

Tengok 2 model je rumah semi-d. Banyak lagi model lain tapi tak sabar-sabar, terus pergi tengok rumah banglo. Rumah banglo pula ada yang 3 bilik dan 4 bilik. Harga dari RM 1.4M.

Ini kalau buat kat Besut dengan nilai juta-juta dah dapat rumah ala istana dah ni hehe. Tak pun boleh buat 4, 5 biji banglo dah ni.

Lepas tengok rumah, kami pergi pula ke tempat event. Open house ni makanannya bukan percuma. Tapi ok la. Tak mahal. RM 2 sepinggan. Kena beli voucher at least RM 10. Dan beli makanan di gerai yang disediakan. Ada satay, roti jala, kuih-muih, durian, cendol, laksa, mee, burger, spageti, air, makanan tak halal untuk non muslim pun ada 1 gerai. Jangan tersilap pergi beli kat situ pula. Naya. 

Sebenarnya ada persembahan kat pentas. Yang tak kenanya, time maghrib ada tarian tradisional. Kami lepas dah habis makan terus balik la. Lepas tu ada persembahan Aizat Amdan dll dan pertunjukan bunga api tapi malas nak tunggu dah. 

Lain kali harapnya boleh datang lain. Tak habis lagi explore rumah. InsyaAllah. 











































































































































Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


Friday 13 July 2018

Bila Saya Mula Bisnes?

Bila mula bisnes?

Saya tak la banyak pengalaman bisnes. Mula pun dah agak lewat iaitu masa belajar kat u dulu.

Antaranya jual makanan dan juga join MLM macam Sureco dan Zhulian. Masa tu tak tahu apa-apa. Main redah je.

Atau boleh dikatakan hanya menjadi pengguna produk MLM tu. Bukan buat bisnes pun. Beli kopi banyak kotak, tapi end up diri sendiri guna.  🤣

Saya pun tak sure dari mana minat nak buat bisnes tu bermula. Mungkin daripada pembacaan kut.

Keluarga saya pun tak ramai yang buat bisnes. Boleh dibilang dengan jari. Ramai yang kerja cikgu termasuklah ummi dan arwah abah.

Masa tu saya pun tak pasti apa cita-cita saya. Mungkin cikgu kut. Sebab saya takde satu kerjaya yang betul-betul saya idamkan. Yang saya impikan siang dan malam.

Sehinggalah tahu tentang bisnes. Macam best je. Dari situlah saya pasang niat untuk jadi businesswoman yang berjaya.

Lepas habis u, tak dapat kerja. Tanam anggur beberapa tahun jugak la. Sempat la ada kebun sayur belakang rumah yang mengeluarkan hasil. Sambil jadi driver ummi.

Bukan saya je tak dapat. Ramai juga kawan yang sama course pun tak dapat kerja.

Ramai yang apply KPLI. Tapi saya tak. Sampai pakcik saya tanya kenapa tak apply. Sebab tak minat la saya jawab.

Bukan memilih. Tapi saya dah ada pengalaman jadi guru ganti (GSTT) selama sebulan (je) di daerah Setiu. Masa tu arwah abah kat PPD Setiu. Ingat-ingat lupa dah. And i think this is not for me.

Saya kagum dengan anak-anak muda yang belum habis sekolah pun dah ada bisnes yang berjaya sebab saya mula agak lewat. 20-an kira agak lewat la.

Tapi untuk kawan-kawan yang mungkin rasa dah berumur dan dah terlambat nak buat bisnes, tiada istilah terlambat sebenarnya.

Selagi kita masih bernyawa, peluang tu tetap ada. Yang penting mula. Jika ada impian tersebut.

#mystory
#notabisnesKakKam
#TeamEndeavor






Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


Wednesday 11 July 2018

Rambut Gugur Bila Sikat

HARGA KOLAGEN JATUH BERGULING-GULING BULAN NI :)

Selepas saya minum 3 kotak Collagen Powder Shaklee . Kesannya kepada RAMBUT - Before this setiap kali cuci rambut.. rasanya hampir segenggam rambut saya gugur..termasuklah di lantai bathroom .. di tempat tidur apalagi jika semasa sisir rambut..

En hubby la yang tolong bersihkan.. Tapi selepas 2 bulan saya consume collagen..alhamdulillah kesan positif... saya sendiri pun tak perasan mula-mula , selepas En hubby tegur.. "napa dah tak banyak rambut mommy gugur sekarang?"

Ye la.. baru ku tahu..ketara semasa cuci rambut dah takde yang gugur lagi..kalo ada pun dalam 2-4 helai jer.. rambut juga semakin lebat dan hitam ... dan paling best dulu ada juga nampak tumbuh sehelai dua uban yang nak tumbuh... sekarang takde dah..:)

Dan satu lagi kesan saya nak share.. power mata rabun jauh saya pun berkurangan.. dulu 200 kiri kanan sekarang turun 150 .. biasa kalo malam saya drive mesti pakai cermin mata.. sekarang.. tak perlu lagii..:)

So jom cuba collagen powder memang Proven seperti yang dijanjikan oleh Shaklee.. itu belum lagi boleh menghilangkan parut-parut, mencerahkan kawasan yang gelap dan hubungan intim .. dah ramai testimoni.. so tak perlu saya cerita lagi.. anda cuba lah.. Collagen Powder Shaklee memang THE BEST !!

Sue Supplement Gold




Beli secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja).   

Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tiada Nafsu Selepas Bersalin

Selepas bersalin, macam-macam perubahan yang wanita alami. Dan adakalanya perubahan itu tidak disedari. Salah satunya ialah tiada nafsu untuk bersama selepas bersalin.

Masalah ini mungkin disebabkan faktor perubahan hormon, rasa trauma untuk bersama disebabkan kesakitan yang dialami semasa bersalin, stress dan sebagainya.

Biasanya untuk kesihatan dalaman selepas bersalin, ibu-ibu mengamalkan jamu. Namun ada juga yang tidak boleh mengambil jamu kerana masalah tertentu seperti anak demam kuning (jaundis) dan sebagainya.

Salah satu alternatif untuk masalah tiada nafsu selepas bersalin ini ialah kolagen Shaklee. Kenapa kolagen Shaklee?

Salah satu bahan dalam kolagen Shaklee ialah ekstrak Pfaffia yang digunakan secara tradisional untuk meningkatkan tenaga dan fungsi seksual.

Ekstrak Pfaffia mampu meningkatkan libido, mengatasi masalah hormon tak stabil selepas bersalin, dan lain-lain. Sebab itulah Pfaffia juga dikenali ginseng Brazil, kerana fungsinya sebagai ubat kuat untuk lelaki mahupun wanita.

Usah malu. Contact saya sekarang supaya saya dapat bantu.







Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 




Friday 6 July 2018

Manfaat Kolagen Shaklee Untuk Tubuh Terutamanya Untuk Wanita

Sebelum ni kalau sebut kolagen yang terbayang di fikiran saya hanyalah semata-mata kulit putih dan gebu. Bila dah join Shaklee ni barulah tahu rupanya banyak sangat manfaat kolagen ni. Sebab 1/3 daripada tubuh kita terdiri daripada kolagen. Penting ke tak penting?

Kolagen terdapat dalam hampir semua bahagian tubuh kita termasuklah rambut, kuku, tulang, kulit, gigi, gusi, mata, salur darah, sendi, payudara dan lain-lain. Sebab itulah kekurangan kolagen akan menyebabkan rambut gugur, tulang rapuh (osteoporosis), kulit kusam, kulit berkedut, jeragat, sakit gusi,penglihatan kabur, katarak, sakit sendi lutut, eye bag, payudara kendur, dan macam-macam lagi. 




Dalam kolagen Shaklee terdapat 8 bahan iaitu kolagen daripada sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, elastin daripada kolagen ikan, vitamin C, vitamin B, ekstrak kekerang dan Lactobacilus acidophilus. 

Tapi untuk artikel kali ni saya nak fokus kepada ekstrak Pfaffia sahaja. Atau dikenali sebagai ginseng Brazil atau Suma. Bila study, banyak sangat manfaat Pfaffia dalam kolagen Shaklee ni terutamanya untuk kesihatan dalaman wanita. Pfaffia telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan kekuatan fizikal, tenaga dan stamina. 



Terutamanya untuk para atlet, Pfaffia bertindak sebagai energy booster tanpa kesan sampingan yang negatif seperti steroid. Ini kerana Pfaffia tinggi dengan elektrolit dan asid amino. Pfaffia meningkatkan kemampuan tubuh untuk menangani stress dan melindungi tubuh daripada penyakit. 

Untuk wanita, Pfaffia dapat meningkatkan kesuburan. Sitosterol dan stigmasterol, 2 jenis saponin dalam Pfaffia dapat meningkatkan paras estrogen yang berperanan penting dalam kesuburan wanita. Estrogen merupakan hormon seks wanita. 

Pfaffia juga dapat mengatasi masalah hormon tak seimbang semasa menopaus. Bagi wanita yang  mengalami masalah tiada nafsu selepas bersalin pula, Pfaffia berfungsi sebagai afrodisiak yang mampu meningkatkan libido wanita. Ia bolehlah diibaratkan viagra untuk wanita

Selain itu, Pfaffia merangsang pengeluaran prostaglandin, yang terlibat dengan ovulasi dan kitaran haid. Sebab itu banyak testimoni bila ambil kolagen, susu makin banyak. Rupa-rupanya ini 'kerja' Pfaffia hehe.  

Untuk lelaki pula, Pfaffia telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan libido, elak ejakulasi pramatang atau mati pucuk. Boleh juga diibaratkan viagra untuk lelaki tanpa kesan sampingan negatif yang membahayakan kesihatan. 

Sekotak kolagen mengandungi 15 sachet untuk kegunaan sebulan. Harga sekotak RM 298.00. Beli 6 dapat FREE 1 kotak. Beli 3 dapat FREE keahlian bernilai RM 75.00. 





Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.