Tuesday 3 July 2018

Ada Ke Farmasi Yang Menjual Produk Shaklee?

Pasti ramai yang nak beli suplemen Shaklee tapi menghadapi kesukaran kerana ia tidak dijual di farmasi, Guardian atau Watsons. Kalau ada pengedar Shaklee berdekatan pun, kadang-kadang takde stok suplemen yang kita nak tu. 

Selain itu, ramai juga yang nak jimat kos pos, nak cod sahaja. Jadi hari ni saya nak cerita kenapa Shaklee tak dijual di farmasi. 




Sebenarnya, Shaklee merupakan syarikat multi-level marketing (MLM). Penjualannya hendaklah melalui pengedar yang sah, atau pun di cawangan-cawangan Shaklee (tak semua negeri ada cawangan Shaklee). Sama la macam Avon, Tupperware. Yang berbezanya ialah, macam Avon dan Tupperware outletnya lebih banyak. 

Tak macam Shaklee. Takde outlet (kecuali cawangan). Yang ada hanya pengedar Shaklee (tanpa kedai) yang biasanya beroperasi dari rumah sahaja. Kalau google boleh la jumpa pengedar Shaklee ni. 

Jadi kalau pernah nampak Shaklee dijual di farmasi, toko jamu, pasar malam dan sebagainya, anda perlu tahu bahawa perbuatan tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee. Maknanya ia dijual secara illegal (tak sah). 

Vitamin Shaklee yang dijual di platform seperti Lazada dan Shopee juga termasuk. Ini kerana pihak Shaklee melarang penjualan vitamin Shaklee di paltform tersebut. 

Usah terpedaya dengan harga yang ditawarkan yang jauh lebih murah daripada harga sebenar hingga kadangkala tak masuk akal. 

Dan pihak syarikat juga tidak menjamin keselamatan atau kualiti produk yang djual secara tak sah ni. Berbanding jika beli melalui cawangan Shaklee atau pengedar Shaklee yang sah. 

Kalau dapat produk expired (akibat lambakan stok yang tak terjual) atau pun produk yang dah rosak, semua itu terpaksa ditanggung oleh customer. Bukan lagi tanggungjawab syarikat. Sebab tu lah kena dapatkan daripada pengedar yang sah atau di cawangan Shaklee. 

Kenapa Shaklee dijual secara MLM? Kerana pengasas Shaklee iaitu Dr. Forest C. Shaklee mahu produk Shaklee sampai kepada customer dengan konsultasi yang betul. Bukan main jual je. Setiap pengedar Shaklee hendaklah memberi konsultasi termasuk cara makan yang betul, follow up dan sebagainya untuk memastikan setiap customer mendapat kesan yang diingini dengan pengambilan suplemen. 

Jadi inilah sebabnya. Dengan pembelian setiap suplemen Shaklee, kita akan mendapat konsultasi percuma. Sebarang masalah atau kemusykilan boleh rujuk pengedar Shaklee tersebut. 

Tapi pastikan beli daripada pengedar Shaklee yang betul. Yang betul-betul menjalankan bisnes Shaklee.

Jika anda susah nak dapatkan suplemen Shaklee, jangan risau. Saya boleh poskan ke mana sahaja anda berada. Berserta dengan konsultasi percuma. 

Konsultasi ni yang mahal sebab tak semua pengedar Shaklee dapat beri konsultasi yang betul. Ada yang sekadar menjual sahaja. 


Friday 8 June 2018

Thalasemia Ibu Mengandung : Naikkan HB Tanpa Perlu Makan Hati Ayam

BACAAN HB PEMBAWA THALASEMIA JENIS BETA MENINGKAT DENGAN SET HAMIL SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 14 : OLIVIA JESSICA ANDREW

Hai semua! Nama saya Olivia Jessica Andrew dari Beaufort Sabah. Mengenali Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Kali ni saya kongsikan cerita semasa mengandung anak kedua saya Awon.

Bila mengandung anak kedua saya mengalami HB low lebih teruk daripada mengandung anak pertama. Saya terpaksa tukar ubat penambah darah sehingga 3 kali. Sembelit semakin teruk walaupun telah makan Ostematrix.

Saya jaga makan dan terpaksa menelan hati ayam walaupun tekak tidak boleh menerima. Saya ambil set lengkap kehamilan juga masa tu kecuali Vitalea Iron Formula sebab tidak yakin sebab saya pembawa talasemia jenis Beta. Bacaan HB semakin teruk sehingga masuk hospital kerana denyutan jantung yang cepat.

Akhirnya kerana tidak tahan, saya beranikan diri bertanya kepada doktor tentang vitalea iron formula. Doktor memberi kebenaran. Gembira hati saya.

Walaubagaimanapun, semasa saya mula ambil vitalea iron formula tu pada bulan ke 8; di mana sudah jadi seminggu sebelum bersalin. Bacaan HB saya naik setiap minggu terakhir daripada 9.5 hingga 11.

Mengandung anak kedua ni juga saya jarang kejang kaki waktu malam daripada mengandung anak pertama. Mungkin sebab saya makan ostematrix juga.

Vitamin set full kehamilan ni boleh ambik semasa berpantang dan sebagai set menyusu juga. Buktinya, anak saya Awon masih menyusu sekarang sudah 3 tahun. Syukur sangat kenal vitamin Shaklee ni.

Terima kasih Shaklee!





Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.  

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Tuesday 5 June 2018

Bisnes Online Tanpa Modal Untuk Tahun 2018 Yang Pasti Menguntungkan

Sekarang bisnes bukan suatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Dulu tak ramai orang yang terlibat dengan bisnes. Sekarang, boleh dikatakan 1 orang 1 bisnes. Macam saya, saya fokus kepada bisnes Shaklee sahaja. Tiada bisnes lain. 

Tapi nak pilih bisnes apa bukan suatu perkara yang mudah. Silap pilih, rugi. Ada orang kata, pilih bisnes berdasarkan minat. Mungkin betul. Tapi ada juga orang buat bisnes yang dia minat tapi tak berjaya. Semuanya tu terletak pada diri masing-masing. 

Jika dilakukan dengan sungguh-sungguh, kerja yang kita tak minat pun akan berhasil. Jika buat dengan bersungguh-sungguh serta berdisiplin, insyaALLAH pasti berjaya. 

Ramai yang bertangguh untuk memulakan bisnes kerana tiada modal. Itulah halangan paling besar. Mungkin ramai yang tahu, bisnes tanpa modal dah banyak sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi dan internet sekarang. Semuanya menjadi lebih mudah. 

Untuk tahun 2018 ni, bisnes apa yang boleh dilakukan secara online tanpa modal tapi menguntungkan? Kenapa bisnes online? Kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja hanya bermodalkan smartphone atau laptop dan juga talian internet. 

Jadi hari ni saya nak share tentang bisnes yang saya jalankan iaitu bisnes Shaklee. Saya memulakan bisnes Shaklee semasa saya masih bekerja. Sebelum itu, saya tercari-cari bisnes apa yang saya boleh jalankan dari rumah sahaja. Sebab, impian saya adalah untuk menjadi work at home mom. 

Saya ambil produk Shaklee untuk masalah keletihan yang saya alami. Bila dah cuba dan dah rasai kesannya, terus jatuh cinta. Lama-kelamaan bila baca sharing mentor-mentor dalam Shaklee (group facecook), baru saya tahu bahawa bisnes Shaklee boleh dijalankan dari rumah secara online. Tak perlu kedai pun. Wow! Inilah yang saya cari-cari selama ini. Apa lagi, terus saya daftar jadi ahli dan secara rasminya bergelar Shaklee Independent Distributor.

Berapa pelaburan untuk join bisnes Shaklee ni? Hanya RM 75. RM 65 untuk pendaftaran dan RM 10 untuk kos pos. Tak perlu buka kedai. Tak perlu modal berpuluh ribu. Tak perlu gajikan pekerja. Tak perlu sewa kedai. Boleh buat dari rumah je. 

Juga boleh dibuat secara part time atau pun fulltime. Tak perlu berhenti kerja untuk buat bisnes Shaklee. Tapi dengan income Shaklee insyaAllah boleh berhenti kerja. Again, jika dikerjakan bersungguh-sungguh. 




Nak jadi ahli Shaklee dan mula bisnes online?


Monday 4 June 2018

Vitamin C Paling Bagus di Malaysia

Vitamin C sinonim dengan kecantikan. Tapi sebenarnya ia jauh lebih penting daripada itu. Vitamin C temasuk dalam vitamin asas yang perlu diambil setiap hari. Vitamin C sangat penting kerana terlibat dalam pelbagai fungsi kesihatan. Apabila stress, vitamin C digunakan dengan kadar yang lebih cepat.

Vitamin C melindungi kita daripada pencemaran udara. Vitamin C dapat mengurangkan tempoh demam selsema, dan juga mengurangkan simptom demam selsema. Vitamin C penting untuk penyembuhan luka, dan jika kita mudah lebam, ia menunjukkan tanda kekurangan vitamin C.

Ini adalah kerana vitamin C penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen boleh diibaratkan sebagai 'gam gajah', ia melekatkan sel bersama sel yang lain. Setiap kali tisu baru terhasil, kolagen baru akan terhasil.

Vitamin C juga merangsang sistem imun supaya lebih agresif. Dalam lain perkataan, sistem imun jadi lebih kuat dalam melindungi tubuh kita daripada serangan penyakit.Tidak mudah jatuh sakit (demam, selsema dan lain-lain). Dan jika jatuh sakit pun, ia tidak akan berlarutan. 

Tapi banyak sangat vitamin di pasaran sampai kita tak tahu nak pilih yang mana. Yang murah ke, yang mahal ke, yang 500 mg ke, yang 1000 mg ke. 

Menurut Dr Bruce Miller dalam bukunya bertajuk Food Supplement : How To Begin, vitamin C yang paling bagus mestilah memenuhi ciri-ciri berikut :    

1. Mestilah mengandungi 500 mg vitamin C dalam satu tablet.   

2. Pilih yang sustained-release daripada sumber getah tumbuhan atau resin semulajadi.

3. Mengandungi kompleks bioflavoniod seperti lemon, anggur, oren dan kompleks hesperidin. Bioflavonoid dapat membantu penyerapan dan membantu fungsi vitamin C dengan lebih baik. 

4. Yang paling penting, penyerapannya hendaklah diuji secara klinikal. Dalam lain perkataan, ia telah dibuktikan dapat menaikkan paras vitamin C dalam darah. 

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee memenuhi kesemua ciri-ciri di atas :

1. Mengandungi 500 mg vitamin C dalam satu tablet.

2. Mempunyai teknologi sustained-release yang melepaskan 100 mg vitamin C setiap jam.

3. Ditambah dengan 120 mg bioflavonoid sitrus (lemon, oren, anggur).

4. Telah diuji secara klinikal mampu meningkatkan paras vitamin C dalam darah. Rujukan :  http://healthresource.shaklee.com/sustained-release-vitamin-c/





Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  


                  

Sunday 3 June 2018

Vitamin Untuk Badan Letih dan Lesu

MASALAH KELETIHAN SEMAKIN BERKURANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 22 : AYUNI WAFA

Assalammualaikum. Saya Endang Wahyuni Wafa bt Effendy. Berumur 23 tahun. Saya merupakan seorang guru dan dalam masa yang sama juga salah seorang warden di sebuah sekolah tahfiz swasta.

Wafa mempunyai masalah yang mana cepat letih dan muka selalu pucat. Bila terkena hujan mudah nak selsema atau demam, paling tak pun mula nak pening-pening kepala. Sensitif sungguh.

Mengajar dan menjadi warden bukanlah tugasan yang mudah dan memerlukan Wafa untuk bergerak aktif dan lebih bertenaga. Dengan masalah yang dialami tu buatkan Wafa untuk ikhtiar dengan produk Shaklee iaitu ESP, Performance Drink, Sustained Release Vita-C Plus dan Vitalea (multivitamin).

Bermula masuk waktu mengajar seawal jam 7.30 pagi dan habis jam 5.00 petang. Masa selebihnya adalah tugasan Wafa sebagai seorang warden yang bukannya di dalam asrama saja tapi di luar asrama juga contohnya menghantar dan mengambil beberapa orang pelajar asrama yang belajar di sekolah harian atau membawa pelajar yang tidak sihat untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor atau membawa pelajar asrama ke kuliah/majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama' yang tidak jauh dari asrama pada waktu malam pula.

Sebelum mula mengajar Wafa suka ambil ESP sebagai sarapan sebab mudah dan jimat masa. Bancuh dengan air, kacau-kacau dah boleh minum. Alhamdulillah mengenyangkan pula tu, sama juga bila puasa Wafa akan bancuh ESP waktu sahur bila tak ada selera makan yang lain atau pon terbangun lewat. Tak lupa juga untuk makan sekali SR Vita-C Plus untuk tingkatkan sistem imun dan kurangkan simptom flu dan selsema sekaligus bagus untuk kulit sihat.

Kemudian, Wafa bancuh Performance Drink di dalam botol air Shaklee yang comel tu untuk dibawa ke mana-mana bagi mencegah penyahhidratan, kurangkan haus dan melembapkan kulit. Sebelum tidur pula, Wafa akan telan Vitalea supaya cergas untuk aktiviti keesokan harinya dan sebagai pelengkap nutrien untuk badan. Wafa sayangkan badan sendiri dan cuba jaga sebaiknya sebagai tanda syukur.

Alhamdulillah, masalah yang Wafa alami dulu dah selesai dan bila hujan pun tak perlu risau lagi. Yang bestnya, kawan pun perasan perubahan Wafa berbanding dulu yang cepat letih dan selalu muka pucat, siap cakap "kuat betul Wafa".

Walaupun kerja Wafa nampak memenatkan tapi dari sudut lain sebagai terapi bagi Wafa kerana berkhidmat kepada ahlul Quran. Semoga Wafa terus kuat untuk berbakti kepada ahli ilmu dan ahlul Quran. In shaa Allah.

Alhamdulillah, terima kasih Supermom Shaklee Story sebab bagi peluang untuk Wafa kongsikan Shaklee Effects.


 


ATAU
 

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.