Showing posts with label Cara naikkan hb. Show all posts
Showing posts with label Cara naikkan hb. Show all posts

Friday 27 July 2018

7 Tanda-tanda Kekurangan Zat Besi Yang Tidak Boleh Dipandang Remeh


Iron atau zat besi merupakan mineral yang terlibat dengan pelbagai fungsi tubuh. Zat besi membantu penghasilan hemoglobin, iaitu protein yang membantu darah merah menghantar oksigen ke seluruh tubuh.
Ia juga berfungsi mengangkut elektron antara sel-sel dan perlu untuk enzim berfungsi secara normal. Kekurangan zat besi merupakan salah satu masalah kekurangan nutrisi yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Jika masalah ini tidak diatasi segera, akan membawa kepada penyakit anemia.




Antara punca kekurangan zat besi di kalangan orang dewasa ialah diet yang kurang zat besi, kehilangan darah yang kronik, keperluan yang semakin meningkat contohnya ketika hamil, dan masalah dalam penyerapan zat besi.
Kekurangan zat besi boleh memberi pelbagai kesan kepada tubuh. 


Antara Tanda-tanda Kekurangan Zat Besi Ialah :

1. Keletihan Yang Kronik
Zat besi penting untuk mengekalkan paras optimum hemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen dalam badan menyebabkan tubuh berasa letih.
Jika selalu mengalami keletihan, cuba dapatkan pemeriksaan darah untuk memastikan jika berlakunya kekurangan zat besi.
2. Sesak Nafas / Kesukaran Untuk Bernafas
Kekurangan zat besi menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen di sesetengah bahagian tubuh. Ini menyebabkan kesukaran untuk bernafas / sesak nafas.
Keadaan ini berlaku ketika melakukan aktiviti biasa seperti berjalan, naik tangga dan juga membawa barang (walaupun ringan).
Sesak nafas juga mungkin disebabkan faktor lain seperti jangkitan pernafasan, bronchitis yang kronik atau penyakit jantung.
3. Kulit Dan Bibir Pucat
Kekurangan hemoglobin menyebabkan kulit kelihatan pucat. Ini adalah kerana hemoglobin yang memberi warna merah kepada darah.
Selain itu, kekurangan zat besi juga menyebabkan bahagian dalam bibir, gusi dan bahagian dalam kelopak mata kurang merah daripada biasa.
4. Rambut Gugur
Terdapat banyak faktor keguguran rambut dan salah satu daripadanya ialah kekurangan zat besi.
Paras zat besi yang kurang menyebabkan tubuh berada dalam survival mode di mana oksigen dihantar kepada organ yang lebih penting dan kurang disalurkan kepada bahagian tubuh yang kurang penting seperti rambut.
Keguguran rambut yang normal ialah kira-kira 100 helai sehari. Kalau rambut gugur dan tak tumbuh-tumbuh balik, mungkin ia merupakan tanda anemia.
5. Rasa Sejuk Walaupun Dalam Cuaca Yang Panas
Jika kita rasa sejuk sampai terpaksa memakai sweater atau menggunakan selimut walaupun dalam keadaan cuaca yang panas, ia menandakan paras zat besi yang rendah dalam tubuh.
Zat besi membantu sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh badan, dalam masa yang sama turut membawa haba dan nutrien lain kepada setiap sel dalam tubuh badan kita.
Tanpa zat besi yang mencukupi, sel darah merah tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Ini menyebabkan tubuh menjadi sensitif kepada rasa sejuk.



Tambahan pula, zat besi juga penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang berperanan mengawal suhu tubuh.
Apabila tubuh selalu rasa sejuk walaupun dalam persekitaran yang panas, menandakan ada sesuatu yang tak kena dalam tubuh kita. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
6. Kemurungan
Zat besi penting dalam mengekalkan kesihatan mental dan emosi. Kekurangan zat besi menyebabkan paras oksigen berkurangan dalam otak, yang boleh menyebabkan masalah psikologi termasuklah kemurungan.
7. Sakit Kepala / Pening Kepala
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan sakit kepala. Paras hemoglobin dalam sel darah merah yang rendah menyebabkan kurang oksigen mampu sampai ke otak. Ini menyebabkan salur darah dalam otak membengkak, mengakibatkan tekanan dan sakit kepala.
Walaupun terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan sakit kepala, kekerapan masalah ini berlaku mungkin merupakan salah satu tanda kekurangan zat besi.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Kekurangan Zat Besi. 


1. Vita-Lea - multivitamin yang lengkap dengan iron / zat besi. 

2. Sustained Release Vita-C Plus - vitamin c penting untuk penyerapan zat besi. 






*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Friday 8 June 2018

Thalasemia Ibu Mengandung : Naikkan HB Tanpa Perlu Makan Hati Ayam

BACAAN HB PEMBAWA THALASEMIA JENIS BETA MENINGKAT DENGAN SET HAMIL SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 14 : OLIVIA JESSICA ANDREW

Hai semua! Nama saya Olivia Jessica Andrew dari Beaufort Sabah. Mengenali Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Kali ni saya kongsikan cerita semasa mengandung anak kedua saya Awon.

Bila mengandung anak kedua saya mengalami HB low lebih teruk daripada mengandung anak pertama. Saya terpaksa tukar ubat penambah darah sehingga 3 kali. Sembelit semakin teruk walaupun telah makan Ostematrix.

Saya jaga makan dan terpaksa menelan hati ayam walaupun tekak tidak boleh menerima. Saya ambil set lengkap kehamilan juga masa tu kecuali Vitalea Iron Formula sebab tidak yakin sebab saya pembawa talasemia jenis Beta. Bacaan HB semakin teruk sehingga masuk hospital kerana denyutan jantung yang cepat.

Akhirnya kerana tidak tahan, saya beranikan diri bertanya kepada doktor tentang vitalea iron formula. Doktor memberi kebenaran. Gembira hati saya.

Walaubagaimanapun, semasa saya mula ambil vitalea iron formula tu pada bulan ke 8; di mana sudah jadi seminggu sebelum bersalin. Bacaan HB saya naik setiap minggu terakhir daripada 9.5 hingga 11.

Mengandung anak kedua ni juga saya jarang kejang kaki waktu malam daripada mengandung anak pertama. Mungkin sebab saya makan ostematrix juga.

Vitamin set full kehamilan ni boleh ambik semasa berpantang dan sebagai set menyusu juga. Buktinya, anak saya Awon masih menyusu sekarang sudah 3 tahun. Syukur sangat kenal vitamin Shaklee ni.

Terima kasih Shaklee!





Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.  

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Sunday 1 April 2018

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil Yang Terbukti Berkesan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 34: FATIMAH AZZAHRA ISMAIL

MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.