Wednesday 4 April 2018

Cara Atasi Sakit Lutut dan Sakit Sendi Orang Tua Supaya Boleh Berjalan Semula

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 27: SITI SUHAILA ISMAIL

SEMAKIN BERTENAGA DAN SAKIT LUTUT BERANSUR PULIH DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T. Anak mana yang sanggup tengok bonda yang mengandung dan melahirkan kami 9 beradik mengadu sakit dan susah untuk bangun pada waktu pagi. Mungkin bonda sangat bekerja keras pada waktu mudanya untuk sara kami adik beradik. Dengan faktor usia yang makin meningkat sekarang, Bonda sering sakit sendi, sakit lutut, sakit belakang, dan selalu kejang kaki waktu pagi.

Kami bawa bonda untuk mendapatkan rawatan di beberapa klinik dan hospital, namun doktor tidak berani memberikan ubat yang tinggi dosnya kerana faktor usia bonda yang dah mencecah 68 tahun. Doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang tahan sekejap sahaja.

Kadang-kadang bonda tidak boleh solat berdiri dan kadang-kadang bonda tidak boleh jalan lama. Paling menyedihkan bonda mempunyai masalah kekuatan otot di bahagian pinggang ke bawah.

Sejak kenal Shaklee, saya sangat gembira melihat perubahan positif terhadap kesihatan bonda dari hari ke hari. Vivix adalah minuman kegemaran bonda yang kaya dgn khasiat. Bonda cakap vivix sedap dan cepat kenyang. Selain itu, bonda juga amalkan supplemen lain seperti Omega Guard dan Ostematrix untuk tambahan kesihatan dalaman.

Selepas 3 bulan bonda amalkan Shaklee dah nampak perubahan pada kesihatan Bonda. Syukur dengan izin Allah bonda semakin sihat, cergas ,boleh berjalan-jalan seperti biasa dan boleh berkebun. Saat bahagia apabila dapat menikmati masa-masa lapang dengan bonda tersayang.

Yang paling penting, bonda semakin awet muda dan berseri- seri walaupun sudah mencecah 68 tahun dan mempunyai 25 orang cucu. Kami sekeluarga yakin dan akan terus ikhtiar dengan Shaklee. Terima kasih Shaklee! Love from us.



ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 28: PN. ZAHRAH BT HJ. ABD BASIT

TEKANAN DARAH MENURUN, ALAHAN MAKANAN HILANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.

Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crysis semasa menggunakannya.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah. 




ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.


Sunday 1 April 2018

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil Yang Terbukti Berkesan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 34: FATIMAH AZZAHRA ISMAIL

MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.

Cara Merawat Penyakit Anxiety Disorder

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 26 : SOFIAN MOHAMAD

ANXIETY DISORDER - BAGAIMANA AKU MENGATASINYA?

Aku dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20-an. Lebih kurang 18 tahun macam tu. Dulu aku ambil Spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali aku detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye. Masa tu tak kenal Shaklee so aku detox guna brand Y.

Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana-mana memang orang akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak. ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Di awal 20-an aku dah dapat kerja yang baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun aku dapat kenaikan pangkat dan berpindah ke Company lain untuk meluaskan pengalaman aku. Bebanan kerja semakin berat. Yes aku masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama aku dah create new bad habits dalam kamus hidup aku.

Aku menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa aku banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients. Aku always skip my meals. Hidup aku hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian aku. Dalam 1 hari aku boleh minum 12 gelas nescafe 3 in 1 just to keep me awake sebab masa kerja aku tak sama dengan orang kat ofis. Orang kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Aku kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab aku terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka.

I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama aku rosakkan sistem kekebalan tubuh badan aku secara perlahan-lahan. Rezeki aku dalam pekerjaan memang baik tapi bebanan semakin bertambah sehingga sampai satu tahap tu, aku rasa terlalu stress dan amik keputusan untuk kerja di kampung halaman.

Alhamdulillah aku dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali macam tu. Kesihatan aku masa ni tengah merosot. Supplemen aku makan on and off tak konsisten macam dulu. Sehinggalah aku jatuh sakit pada Dec 2014.

1st time kena attack tu jantung aku sakit bebenar, nafas tersekat, berpeluh, tangan kaki sejuk, muka pucat, masa tu ingat masa dah tiba. Rasa menyesal tak spent banyak masa bersama keluarga. Menangis dalam hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yang aku buat untuk diri aku dan keluarga. Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip, baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal.

Sejak kejadian tu hidup aku berubah 360 darjah. Hampir setiap hari aku diserang benda yang sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua aku. Nak bawa kereta pun aku tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang aku kena serang.

Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang-terang tolak aku and refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Orang lain pun ada GERD tapi taklah sampai pengsan-pengsan gitu.

Aku ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yang cakap aku kena santau atau gangguan jin. Then, aku pun pergi rawatan alternatif. Bab mandi dan minum air tu jangan sebut, naik kembung perut minum air. Jangan pikir aku tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian. Tapi takde perubahan.

Aku memang syak yang aku ada penyakit GERD coz cara hidup aku di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM. Ini yg aku ingin cari jawabannya. Kenapa?

Aku masih kerja tapi ambil cuti tapi since aku punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah, aku mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah. Aku spent berjam-jam setiap hari untuk cari petunjuk tentang penyakit aku.

Aku mula lebihkan masa untuk berzikir untuk ketenangan dan memperbaiki solat aku untuk diberi petunjuk. Hehehe. Mesti ada yang cakap selama ni tak solat ke? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf. Kadang-kadang solat tu hanya untuk cukupkan fardu kita sebagai Islam tetapi rukunnya, tertibnya, bacaannya semua kena perbaiki. Itulah yang aku tengah usahakan.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masa Google info awal Januari 2016 (masa ni aku dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg), aku menemui 1 blog member Shaklee pasal Anxiety Disorders.

Punyalah syok aku baca mengalahkan ambik exam kat U dulu. Semua tanda-tanda anxiety tu ada pada aku. Setelah baca blog tu aku buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional seperti Dr. Zubaidi. Majoriti mengesyorkan ambil Vit B-Complex, minyak ikan Omega 3, magnesium untuk rawatan Anxiety Disorders.

Selepas aku buat percaturan sendiri, aku ambil keputusan mencuba supplemen ni tetapi which brand? Dalam masa setahun aku sakit memang aku dah cuba apa saja produk yang disyorkan termasuk cap ayam, kilang belakang rumah atau yang branded. You name it. Memang aku dah cuba. Setahun sakit tu aku dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk-produk alternatif.

Lepas aku buat keputusan nak mencuba produk Shaklee, aku google blog cari distributor Shaklee. Aku amik Set Anxiety dan lepas 3 bulan pertama amalkan set ni, aku dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan aku bertambah baik. Aku teruskan pengambilan produk Shaklee sampai masa aku menulis entry ni.

Anxiety Disorders aku tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dah boleh nikmati balik kehidupan aku yang lalu dan sujud syukur Allah beri aku peluang untuk jaga kedua puteri aku dan ibu bapa aku. Sekarang ni dah masuk setahun lebih penyakit takde menyerang selepas amalkan set ni.

rawatan anxiety disorder, ubat anxiety disorder,



ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Nak Hamil Tapi Sukar Akibat Keputihan dan Period Tak Teratur

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 32: FARAH QURRATUN AINI

HAMIL SELEPAS KONSISTEN DENGAN SET KEPUTIHAN & SENGGUGUT

Assalamualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pun. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.

Bila dah masuk kolej, barulah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu. Itu pun sebab nak elak dari ponteng kelas. Dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadilah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksalah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pun tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2 bulan, senggugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pun cantik aje. Maksudnya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9 bulan lepas tu double line pun muncul. Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung, saya selama setahun 3 bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3 bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulillah.





















Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah. Terima kasih Shaklee.


ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.