Wednesday 25 January 2017

Apa Itu Sakit Sendi Rheumatoid Arthritis dan Suplemen Untuk Menghilangkan Kesakitan Pada Sendi

Arthritis bermaksud radang sendi. Salah satu penyakit arthritis ialah Rheumatoid Arthritis (RA). RA merupakan sejenis penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang tisu dalam tubuh terutamanya tisu penyambung yang menyebabkan kesakitan. Antara tanda-tanda RA ialah sendi jari yang mengeras, membengkak, kemerahan dan rasa sakit pada sendi. 




Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan. Tanpa jumlah rawan yang mencukupi, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan dan bengkak. Makanan yang mengandungi kolesterol dan asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan sakit sendi. 

Untuk menghilangkan kesakitan akibat RA, biasanya ubatan yang diambil ialah painkiller atau NSAID yang mudah didapati di farmasi. Ia berkesan untuk menghilangkan kesakitan dengan cepat tapi banyak kesan sampingan iaitu serangan jantung/stroke, gastrointestinal bleeding dan juga interaksi dengan ubat-ubatan lain. 

Rawatan awal adalah penting kerana jika dibiarkan berlarutan ia akan menyebabkan sendi tidak lagi dapat bergerak dengan bebas seperti asal dan mungkin menyebabkan tidak dapat digunakan lagi/hilang fungsi. Manakala untuk RA yang lebih kronik, pembedahan juga mungkin terpaksa dijalankan. 




Alternatif yang lebih selamat untuk RA ialah dengan pengambilan suplemen. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk masalah RA ialah :

1.  ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT). AJHT mengandungi ekstrak jagung yang memberi fungsi penambahan kusyen kepada sendi. Juga mengandungi boswellia yang bertindak sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kesakitan. Juga terdapat glukosamin sebagai binaan utama tulang rawan. Namun pengambilan oleh pesakit diabetes hendaklah dipantau kerana dapat menaikkan kadar gula dalam darah. 

2.   OSTEMATRIX. Mengandungi kalsium untuk tulang yang kuat. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang mudah patah atau retak. 

3.   OMEGA GUARD. Mengandungi asid lemak omega 3 yang bersifat anti-radang, dapat kurangkan bengkak dan juga dapat kurangkan kerosakan sendi. Kajian menunjukkan bila makan ikan (yang kaya dengan omega 3), minyak ikan itu akan ditukarkan kepada bahan anti-radang yang berkesan iaitu resolvins. Omega juga dapat mengurangkan kekerasan atau kekakuan pada sendi. 

4.  GLA COMPLEX. Mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada sendi. Kombinasi Omega Guard dan GLA Complex dapat kurangkan kesakitan secara signifikan. 

5.    VITAMIN C. Dapat mengurangkan pembentukan sendi yang tak sihat. Vitamin C mengandungi antikosidan yang bantu tubuh bina tisu penyambung yang sihat pada sendi. 

6.     VIVIX. Membantu mengurangkan penghasilan kompaun HLA-DR4 yang menyebabkan kerosakan sendi dan juga anti-radang. 

Jangan bertangguh untuk mengatasi masalah ini. Supleman SHAKLEE selamat dan insyaALLAH berkesan dengan pengambilan yang konsisten. 

Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Friday 20 January 2017

Ubat Keputihan Yang Lebih Berkesan Dan Lebih Selamat Daripada Ubat Farmasi

Keputihan atau leukorrhea merupakan masalah biasa bagi wanita. Ciri-cirinya ialah lendiran yang keluar dari vagina sama ada sedikit atau banyak berwarna putih atau kekuningan yang mungkin berlaku antara kitaran haid atau semasa mengandung dan biasa berlaku untuk beberapa hari sehinggalah berminggu-minggu.

Tiada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika keputihan menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, berbau dan gatal. Keputihan boleh juga disebabkan perubahan hormon, biasanya kerana peningkatan estrogen.




Selain itu, jangkitan vagina atau Sexually Transmitted Disease (STD) juga boleh menyebabkan keputihan terutamanya jika lendir berwarna kuning atau hijau dan berbau busuk.

Kebersihan juga menjadi salah satu faktor iaitu tampon yang dipakai terlalu lama, dan juga keadaan seperti anemia dan diabetes. 

Banyak ubat over the counter yang biasanya boleh didapati di klinik dan juga farmasi menjadi pilihan untuk mengatasi masalah keputihan. Tapi biasanya masalah ini takkan selesai begitu sahaja dan akan berlaku lagi. 

Jika diambil dalam tempoh yang lama pula ubat-ubatan anti-fungal ini akan memberi kesan sampingan lain contohnya penyakit hati. 

Oleh sebab itu suka saya nak suggest produk Shaklee yang lebih berkesan dan juga pastinya lebih selamat daripada ubat over-the-counter iaitu Vivix. 

Vivix mengandungi elderberry (Sambucus Nigra) yang kaya dengan antioksidan. Selain menguatkan sistem imun (sistem imun yang rendah meningkatkan risiko jangkitan kulat), elderberry juga dapat melawan jangkitan kulat. 

Selain itu, elderberry juga dapat membantu mengurangkan stress iaitu salah satu faktor penyebab berlakunya jangkitan kulat atau keputihan. 






Berdasarkan testimoni di atas, GLA turut diambil di mana GLA berfungsi menyeimbangkan hormon. Di mana ketidakseimbangan hormon menjadi faktor berlakunya keputihan. 

Selain itu, untuk masalah kegatalan akibat keputihan boleh sapukan Herbal Blend. Yang ni untuk kegunaan luaran sahaja. 

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Keputihan ini dengan segera sementara masih ada promosi untuk bulan ini. Banyak jimat tau. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 18 January 2017

Towards Healthier Life In 2017

Dah 4 hari sebenarnya tak dapat jogging. Tahun ni azam nak jogging at least selang sehari. Kalau dapat jogging tiap hari lagi bagus. 

Sebenarnya azam tahun baru 2017 yang nombor satu ialah nak mulakan gaya hidup yang lebih sihat. Nak jadikan senaman sebagai satu rutin.

Bayangkan dah hidup 34 tahun dah tapi bersenam tak pernah dijadikan rutin. Ada sekali je istiqamah bersenam iaitu masa tanam anggur dulu. Masa tu je rajin bersenam. Maklumlah banyak masa lapang selain memasak dan kemas rumah.

Masa tu buat senaman aerobik berpandukan majalah Rapi. Ada ditunjukkan step by step. Yoga pun ada. Kak Kam buat yang paling senang je.


Alhamdulillah. Rasa best sangat. Rasa badan lebih ringan dan kulit lebih berseri. Selain itu, senggugut yang dialami pun banyak berkurang. Baru tahu rupanya bersenam bagus untuk kurangkan senggugut. Berat pun ada la jugak turun sikit.


Selain tu, bersenam ikut mood je. Time rajin buat la. Tapi kebanyakan masanya tak rajin la. Sekarang Kak Kam download video aerobik dari youtube je. Tapi still tak istiqamah.

So harapnya tahun ni dapat istiqamah untuk jogging kat tempat favourite. Sebab tubuh merupakan amanah yang perlu kita jaga tapi seringkali kita lalai.

#diarikesihatanKakKam

Pantai Bukit Keluang

Promosi Vivix bulan ini. Beli 6 dapat 7 botol. Beli 2 diskaun 5%. Ingin dapatkan Vivix Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.