Saturday 10 December 2016

Dari Besut Ke Jasin - Kenangan Masa Sekolah Yang Tak Boleh Dilupakan

Lepas PMR, Kak Kam pergi ujian untuk masuk MRSM. Bila dapat, terkejut juga sebab dapat sekolah yang agak jauh iaitu MRSM Jasin. Teragak-agak juga nak pergi.

Tapi akhirnya keputusan dibuat. Kak Kam pergi. Sebab rugi bila dah dapat offer sekolah yang best macam tu tapi tolak. Glamour tau MRSM masa tu. Haha.

Kenduri kesyukuran pun dibuat sebelum pergi ke sana. Ramai pak cik mak cik datang dan beri kata-kata semangat supaya belajar rajin-rajin. Siap bagi duit lagi. Masa tu happy sangat. =)

Tiba hari yang ditunggu-tunggu, satu family hantar Kak Kam. Arwah Abah, Ummi dan adik beradik. Wahh cantiknya sekolah ni. Atas bukit.

Lepas dah settle semuanya petang tu, family Kak Kam pun nak balik. Cuaca hati Kak Kam ni mula la mendung, nak hujan. Tapi Kak Kam tahan.

Bila arwah abah peluk masa salam tu Kak Kam memang tak dapat tahan lagi dah. Terus menangis. Dengan arwah abah sekali menangis. Ummi tak pula. Maybe sebab tak nak bagi Kak Kam sedih.

First time berpisah. Jauh pulak tu. Memang tak dapat elak perasaan sedih tu. Lama jugak la homesick tu. Tapi alhamdulillah Kak Kam dapat habiskan study kat situ dengan baik.

Banyak ilmu dan pengalaman berharga yang Kak Kam kutip sepanjang berada di situ. Terutamanya belajar berdikari. MRSM ni tak jauh beza dengan sekolah Kak Kam sebelum ni sebab sangat menekankan pendidikan agama.

Ma'thurat, bacaan Yasin, ta'alim, al Mulk setiap hari dan usrah serta qiamullail banyak membentuk Kak Kam seperti sekarang ni. Kat sini jugalah Kak Kam belajar makan lontong dan tempe. Dah jadi antara makanan favourite pun.

Sekarang nama pun dah tukar kepada MRSM Tun Ghafar Baba. Inilah serba sedikit pengalaman Kak Kam semasa sekolah dulu yang tak mampu untuk dilupakan. I love MRSM Jasin. ❤❤❤


Friday 9 December 2016

The Miracle Baby

Dari mana vitamin Shaklee mendapat nama? Nama Shaklee sebenarnya berasal daripada pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Kisah hidup beliau sangat menarik.

Apabila dilahirkan pada 27 November 1894, beliau disahkan menghidap tuberkolosis (TB) dan hanya dijangka hidup selama 8 tahun. Itupun hanya boleh diibaratkan sebagai 'bangkai bernyawa' kerana tak mampu berjalan, hanya terlantar.

Ibu bapa mana yang tidak sedih melihat keadaan bayi yang baru dilahirkan macam tu. Ibu beliau terutamanya, sangat positif dan tidak putus asa untuk melihat beliau sembuh.

Ketika berusia 2 tahun, mereka pindah dari kawasan lombong arang batu ke kawasan pedalaman dengan udara yang segar, makanan yang sihat, serta air yang bersih kerana percaya ia mampu memberi kesan kepada kesihatan anak mereka.

Ibu Dr. Forrest Shaklee mengadun tumbuhan dan herba untuk dijadikan ubat kepada anak beliau. Ketika berusia 4 tahun, keajaiban berlaku apabila anak mereka boleh bangun. Berkat kesabaran dalam usaha merawat anak mereka.

Pada tahun 1915, Dr Forrest Shaklee mencipta suplemen semulajadi pertama di dunia. Pada masa tu, beliau tak tahu nak namakan sebagai apa. Maka ia hanya dipanggil 'vitalized minerals'. Kini ia dikenali sebagai vitamin.

Kemudian Dr. Forrest Shaklee membuka klinik di mana pesakit beliau disediakan diet yang kaya dengan vitamin. Akibat selalu terdedah dengan sinaran x-ray, beliau mendapat ulcerating burns pada paha kiri dan bahu kiri. Ia kemudiannya disahkan sebagai kanser.

Untuk sembuh, beliau dinasihatkan supaya paha kiri dan lengan kiri beliau dipotong. Tapi Dr. Forrest Shaklee percaya beliau akan sembuh dengan bahan semulajadi seperti yang pernah dilakukan oleh ibu beliau dulu.

"I will live. I will heal. I know I can do it".

Beliau kemudiannya menjual klinik dan memulakan program intensif melibatkan nutrisi, analisis darah yang berterusan dan juga amalan berpuasa.  Beliau juga hanya makan makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang paling segar, dan diikuti dengan kuantiti vitamin yang tinggi (megadose).

Beliau akhirnya sembuh daripada kanser. Beliau percaya bahawa nutrisi daripada alam semulajadi ada 'kuasa penyembuh'. Kalau Dr. Forrest Shaklee boleh sembuh daripada penyakit beliau, sudah tentu orang lain pun boleh jika mengamalkan suplemen Shaklee dengan dos yang betul dan konsisten.

Pada tahun ini vitamin Shaklee yang pertama iaitu Vitalea dah pun berusia 101 tahun dan masih ada hinggalah hari ini.

Kak Kam sangat terinspirasi dengan beliau dan pemikiran positif beliau. Best tak kisah hidup Dr Forrest C. Shaklee? Kalau best like sikit. =)


Thursday 8 December 2016

Kritikan dan Cemuhan Menjadi Penguat Semangat

Bila buat keputusan untuk buat bisnes Kak Kam tahu yang ada banyak cabaran yang akan ditempuhi. Namun tak sangka pula cabaran tersebut sebegini hebat.

Bila orang terdekat sendiri meremehkan dan mencabar kita untuk buktikan kita boleh berjaya. Sedikit sebanyak buatkan diri rasa down namun bukan melemahkan semangat sampai nak berhenti buat bisnes.  Tapi dengan kata-kata tersebutlah membuatkan Kak Kam makin berkobar-kobar untuk berjaya.

Kalau nak diceritakan memang banyak. Terlalu berat sampai buatkan kita menitiskan air mata. Apa pun Kak Kam percaya apa yang dilalui ni hanyalah sedikit berbanding orang yang jauh lebih berjaya.

Bila baca kisah kejayaan orang, kita tahu kita pun takkan mampu menghadapi cabaran yang mereka lalui. Sebab cabaran kita jauh lebih ringan daripada mereka. Maknanya banyak lagi cabaran mendatang yang perlu ditempuhi kalau nak lebih berjaya.

Selagi kita belum pernah dikutuk, disindir maknanya jauh lagi perjalanan kita. Sebab orang dah berjaya ni macam-macam yang mereka dah lalui. Kutukan dan kejian adalah perkara biasa.

Perjalanan setiap orang berbeza. Ada yang cepat ada yang lambat. Jika lambat ia bukan bermakna yang kita tak akan berjaya. Cuma kita kena percaya dan yakin yang kita akan berjaya di saat tiada yang yakin dengan kita. Dengan syarat apa yang kita buat tu betul.

Walaupun begitu, terlalu banyak juga pertolongan yang Kak Kam terima. Terima kasih buat yang banyak menyokong Kak Kam walaupun mereka sendiri masih ragu-ragu.

Kita sendiri pun tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa depan. Apa yang boleh dibuat ialah buat je kerja kita. Let Allah do the rest.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan