Monday 6 June 2016

Luka Jahitan Bersalin Sembuh Cepat Dengan Set Hamil Dan Berpantang Shaklee


Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. 


Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. 

Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan.

Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami sayalah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!

DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Shaklee Monthly Sharing (SMS) Bulan Jun 2016

Sabtu lepas saya menghadiri Shaklee Monthly Sharing (SMS) di Shaklee Kota Bharu. Ia diadakan setiap awal bulan bertujuan untuk memberi penerangan lebih jelas tentang promosi Shaklee setiap bulan. 

Promosi bulan ini ialah Buy 3 Get 4 Meal Shakes, Lecithin dan Vitalea For Children. Shaklee memang baik hati. 

Sebelum ni ada promosi Buy 6 Get 7 je, sekarang lagi mudah nak dapat produk free. Hanya beli 3 dah dapat 1 botol free. 

Mana nak cari company yang best macam ni? Hanya di Shaklee :)

Selain itu, dapat info tentang Set Ramadhan, Set Detox dan yang paling best dapat belajar buat ESP Balls. 

Keesokannya tu Khadijah terus buat tanpa Ummi tolong pun. 

Semangat betul.

Boleh jadi pelapis Ummi dalam Shaklee. 

Nanti saya kongsikan resepinya ye. 


ESP balls in the making


Kalau nak cuba Set Ramadhan Shaklee, awal bulan puasa ni waktu yang terbaik. 

Anda pasti dapat rasai perbezaan sebelum dan selepas consume Shaklee. 



Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Sunday 5 June 2016

Ubati Ekzema Anak Dengan Herbal Blend Shaklee


Assalamualaikum. Hi Saya Ainul ibu kepada Ariana Maryam 1 tahun 3 bulan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan anak saya Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk.


Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bila time panas lagi la kering dan sebab kan pipi dia makin merah dan berdarah.


Maryam sendiri tidak selesa. sering menggaru. menangis bila panas. Susah hati ibu melihat keadaan maryam masa itu


Pelbagai jenis cream yang saya telah sapu namun tidak sesuai untuk maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan saya takut nak letak di pipi maryam. Risau terkena tangan dia dan dia masukkan tangan ke mulut.


Akhirnya saya berjumpa cream Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tak risau nak sapu di pipinya sebab saya tahu bahan dalamnya adalah bahan semulajadi seperti jagung, rosemary.


Saya konsisten sapu di pipi maryam setiap hari. Setiap masa saya akan sapu pada pipi nya. 


Masa Maryam berusia 11 bulan pipi maryam sudah tiada lagi merah, kering. Pipinya makin bersih, putih dan cantik.


Hati ibu mana tak gembira kan..


Sehingga sekarang HERBAL BLEND adalah cream WAJIB ada di rumah saya dan pasti bawa ke mana mana.


Terima kasih shaklee mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam.




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah



Badan Lebih Segar - Tiada Lagi Demam dan Sakit Kepala Setelah Consume Shaklee


Assalamualaikum, saya Faiz, saya dulu memang buat business shaklee, bersama isteri, tapi dulu bukanlah rajin makan, memang tak kena gaya sungguh, tapi sebab tak makan shaklee, tak konsisten , saya memang selalu kena demam, kalau tidur lambat, bangun pagi mesti sakit kepala, muntah dan sebagainya.

Saya masih ingat lagi, saya tidur lambat , kena bangun awal sebab nak bawa anak jalan-jalan, tapi percutian itu jadi tak best langsung, sebab boleh pulak saya jadi sakit badan. Lagi satu masa bulan oktober 2013, saya tak jaga langsung permakanan, kerja kuat sangat sampai demam masuk hospital. Cerita saya demam teruk ini sampailah ke tahun 2014 dan 2015.


Alhamdulillah, bila dapat kesedaran nak makan produk shaklee, saya makan betul-betul, dengan kuantiti yang banyak, vitamin yang saya makan dari vita-C, b-complex, zinc complex, alfalfa complex, dtx complex, garlic complex, peppermint ginger plus, omega guard, vitalea, vita-E. 

Kalau rasa mengantuk, nak drive, saya amalkan performance drinks dan cinch tea mix. Alhamdulillah, badan saya rasa segar, tak macam dulu, asyik-asyik lembik nak demam. Tapi tipulah tak demam langsung, ada sekali itu badan saya memang demam juga sebab banyak travel, tapi sebab ada shaklee, saya dapat recover cepat, dengan izin Allah.

Jom konsisten makan Shaklee, makan banyak sikit, jadi pengguna tegar Shaklee.

Encik Muhammad Faiz




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah




Thursday 2 June 2016

Welcome June!

Semalam 'bekerja' di Perpustakaan Awam Kampung Raja. Sambil pinjam buku. Sambil buat target bulanan Shaklee. Sambil cari idea untuk update blog. 

Bestnya suasana kat sini. Lepas ni insyaAllah try datang sini hari-hari. Sebab ada adik yang tolong jagakan Ummi buat sementara waktu. 

Mahu lebih fokus buat bisnes Shaklee. Sebelum ni buat juga, tapi ke laut hehe.


Tak lupa juga diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua. Kalau nak cuba Set Ramdahan Bajet yang terdiri daripada ESP dan Performance Drinks untuk lebih cergas dan bertenaga, boleh hubungi saya ye. 


Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah