Wednesday 6 January 2016

Ambil Vitamin C Supaya Lebih Subur

Biasanya orang kaitkan vitamin C dengan kulit cantik, atau vitamin yang perlu kita ambil semasa demam atau selsema. Sebenarnya vitamin C juga sangat penting untuk kesuburan wanita dan lelaki. 

Menurut kajian, wanita yang menjalani rawatan kesuburan yang mengambil 500 mg vitamin c setiap hari dapat menambah peratus kehamilan sebanyak 44%. Banyak tu kan?

Dalam set kesuburan Shaklee yang asas, terdapat 4 jenis vitamin yang perlu diambil iaitu vitamin c, b kompleks, multivitamin (VitaLea) dan protein (ESP). 

Senang cakap, bila keperluan asas nutrisi kita mencukupi, barulah tubuh dapat menjalankan setiap fungsinya dengan optimum. Seterusnya ia dapat meningkatkan peluang untuk hamil.




Jadi untuk yang sedang trying to conceive, wajibkan diri anda untuk mengambil vitamin c. 

Promosi Januari 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 5 January 2016

Promosi Shaklee Januari 2016 - Vivix, Zink dan Vitalea for Children

Bulan ini seperti biasa Shaklee ada promosi yang best. Iaitu Vivix - anti aging tonic, Zink - tingkatkan sistem imun dan Vitalea for Children - vitamin untuk kanak-kanak. 




Vivix merupakan suplemen yang sesuai untuk hampir semua masalah atau penyakit, lebih-lebih lagi penyakit yang kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetes, stroke, penyakit jantung, dan banyak lagi.

Zink merupakan nutrisi yang penting dan dapat membantu meningkatkan sistem imun, masalah jerawat, mempercepatkan penyembuhan luka (untuk ibu lepas bersalin atau orang yang menjalani pembedahan atau luka), untuk kesuburan lelaki dan wanita, dan lain-lain.

Vitalea for Children pula merupakan supelmen khusus untuk kanak-kanak yang dapat meningkatkan kesihatan  secara keseluruhan, meningkatkan sistem imun (tidak mudah jatuh sakit, demam, atau selsema), dapat membantu meningkatkan selera makan dan melengkapi keperluan nutrisi kanak-kanak terutamanya yang kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Sempena tahun baru ini, bagi yang tidak pernah cuba suplemen apa kata beri peluang kepada diri anda untuk jadikan pengambilan suplemen sebagai salah satu keperluan. Suplemen bukan untuk orang yang sakit sahaja. Cubalah hari ini, ambil secara konsisten dan lihat perbezaannya. 

Jika tak tahu nak mula dengan suplemen Shaklee yang mana, boleh contact saya. Tak perlu bayar pun, percuma je. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 3 January 2016

Tips Supaya Tandas Sentiasa Bersih Berkilat Supaya Tak Segan Jika Tetamu Datang

Lain orang lain caranya dalam menjaga kebersihan rumah. Dan ia termasuklah menjaga kebersihan tandas atau bilik air. Dulu saya peruntukkan waktu khusus untuk cuci bilik air. 

Namun bukannya tiap-tiap minggu saya buat. Bila tandas betul-betul kotor barulah saya cuci. Dan ia biasanya hanya dilakukan pada hujung minggu. Teruk betul kan?



Namun bila sesekali tetamu datang (lebih-lebih lagi datang secara mengejut) dan menggunakan tandas yang kebetulan dalam keadaan kotor tersebut, ia tentunya agak memalukan. Bukan saya je, rasanya semua orang pun rasa macam tu jika tetamu datang tapi keadaan rumah kita agak bersepah atau kotor.  

Bila saya dapat tips supaya tandas sentiasa bersih berkilat ni, saya terus apply. Tips ni saya dapat dalam Seminar Supermommy. Tips yang beliau kongsikan sangat mudah, namun tak pernah terfikir untuk saya lakukan. Thanks Puan Husna :)

Apakah tipsnya? Senang je. Setiap kali kita mandi, ambil masa lebih kurang 5 minit je untuk cuci tandas. Sebagai contoh, hari ni kita tengok sink dah mula kotor, jadi cuci sink sambil kita mandi. 

Kemudian, bila kita mandi next time, cuci pula mangkuk tandas, atau cermin, atau lantai. Terpulang sama ada nak cuci 1 kali sehari sahaja atau cuci setiap kali kita mandi. 

Idea utamanya ialah, kita tak perlu peruntukkan waktu yang khusus untuk cuci keseluruhan tandas, atau tunggu dah kotor baru nak cuci. 

Kalau ada 2 tandas, boleh gilir-gilir. Contohnya, waktu pagi mandi di Tandas 1, waktu petang mandi di Tandas 2, sambil cuci-cuci tandas. Ataupun, hari ni mandi di Tandas 1, esok mandi di Tandas 2. 

Untuk memudahkan kerja mencuci, pastikan semua keperluan dan peralatan untuk mencuci seperti sabun dan berus disimpan dalam tandas tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk bahagian rumah yang lain.  

Simple je kan tips ni? Tapi ia sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mommy yang sibuk. Lepas ni, tak perlu risau lagi jika tetamu tiba-tiba datang. Sebab semuanya dalam keadaan spick and span. Suami pun mesti bertambah-tambah sayang :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387


Saturday 2 January 2016

Tahun Baru Azam Baru

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk kita sama-sama melangkah ke tahun baru 2016. Hari ini dah pun 2 Januari 2016. Bermakna dah lebih 3 tahun saya melibatkan diri secara serius dalam bisnes Shaklee. 

Ketika kebanyakan syarikat gulung tikar atau terpaksa membuang pekerja untuk mengurangkan kos, Shaklee pula menawarkan pelbagai insentif dan reward untuk para pengedarnya (Shaklee Independent Distributor). Ini menguatkan lagi keyakinan saya untuk terus kekal dalam bisnes Shaklee walau apapun cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. 


Perjalanan saya masih panjang. Namun peluang yang Shaklee tawarkan takkan saya sia-siakan begitu sahaja. Impian saya yang terbesar untuk tahun 2016 ialah menjadi Master Coordinator Shaklee (pangkat tertinggi dalam Shaklee) dan seterusnya layak untuk merebut kesemua ganjaran Title Bonus Plan berjumlah melebihi RM 100,000.00. Sememangnya ia memerlukan HARDWORK. Mohon doa rakan-rakan juga supaya impian saya jadi kenyataan. Amin.

Master Coordinator Siti Nor Kamilah (to be)
2.1.2016
Alor Lintang, Besut

Promosi Januari 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 30 December 2015

Tanda-tanda Kanser Serviks atau Kanser Pangkal Rahim

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser dengan kadar kematian yang tertinggi di Malaysia selepas kanser payudara. Pada peringkat awal biasanya kanser serviks tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas. Ia boleh dikesan di peringkat awal jika menjalani pemeriksaan Pap Smear secara berkala. 

Antara tanda-tanda kanser serviks ialah :
  • Pendarahan haid yang luar biasa 
  • Pendarahan di antara haid
  • Pendarahan selepas menopause/putus haid
  • Rasa sakit pada peranakan
  • Sakit sewaktu 'bersama' dengan pasangan
  • Pendarahan selepas 'bersama' dengan pasangan
  • Lendiran luar biasa daripada vagina 

Jika mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor. Biasanya masalah utama di kalangan kita ialah malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dapat dikesan daripada awal, mungkin kanser serviks ini dapat dikawal daripada merebak ke bahagian badan yang lain. Dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit. 

Jika telah disahkan mengalami kanser serviks, selain mendapatkan rawatan di hospital, pesakit juga boleh amalkan Vivix Shaklee yang telah pun dibuktikan secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan sel abnormal yang menyebabkan kanser. 




Vivix mengandungi asid ellagik yang dapat merencatkan sel kanser. Ia sangat berkesan dalam chemoprevention iaitu menghapuskan keperluan kepada kemoterapi.

Kanser memang penyakit yang membawa maut, sekiranya tidak mendapat rawatan awal. Jika ada di kalangan saudara mara atau rakan-rakan yang menghidap kanser, terutamanya kanser serviks, share info Vivix ini kepada mereka. 

Mudah-mudahan perkongsian info ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa. InsyaAllah, kita cuma mampu ikhtiar tapi yang menyembuhkan ialah Allah jua. 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan order sila hubungi:

 Kamilah 013-9243387