Sunday 20 September 2015

10 Tips Sukses Bekerja Dari Rumah

1. Menyediakan Tempat Kerja Khas Yang Selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. 

Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT. Anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.


2. Bekerja Mengikut Waktu

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. 

Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinkan diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.

3. Hubungan Dengan Kerja Secara Berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

4. Ambil Masa Rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.

5. Jangan Dibersihkan

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. Kadang-kadang anda taklah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. Jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.

7. Tinggalkan Rumah Sehari Dalam Seminggu

Tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. Saya syorkan untuk anda pilihlah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

8. Buat Kerja Secara Rutin

a) Bangun tidur.
b) Bersihkan diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
c) Buat sarapan.
d) Masuk tempat kerja.
e) Buat panggilan pelanggan.
f) Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
g) Balik jam 2 buat kerja balik.
h)Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh. 
i) List kerja apa nak dibuat esoknya.
j) Ulang langkah pertama.

9. Buat Kerja Anda

Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. Ini betul. Kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. Faham kan yang ni.

10. Stay Professional

Walaupun anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tipsnya. Saya selalu ingat mak pesan "beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ".

Kredit : Coach Baharudin

Siti Nor Kamilah 
Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 19 September 2015

7 Petua Awet Muda Seniwati Dato' Dr. Sarimah Ahmad


Bila sebut pelakon Sarimah Ahmad pastinya semua orang kenal. Masa saya kecil-kecil dulu suka jugak tengok lakonan beliau dalam filem P. Ramlee. Sekarang beliau dah pun berumur 73 tahun. Namun masih cantik dan sihat macam dulu.
Jika dilihat wajah dan fizikal beliau, langsung tak nampak usianya. Macam baru 40-an. Ok ini buatkan saya sangat jealous. Jadi ‘wajib’ tahu apa rahsia awet muda beliau supaya saya boleh amalkan. 


Antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :
1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.
3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra virgin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.
4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.   
6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Tips yang beliau berikan tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang. 

Baca juga : Awet Muda Dengan Vivix

Kredit foto : sarimahahmad.wordpress.com
Suplemen Shaklee untuk awet muda? Hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee : 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387

Friday 18 September 2015

Peluang Melancong Percuma ke Bangkok bernilai RM 10,000.00 untuk Kaki Melancong

Sebelum ni saya dah share pasal percutian percuma ke Bangkok tajaan Shaklee. Info terbaru yang saya dapat dalam Health and Wellness Talk semalam, percutian percuma ke Bangkok selama 4 hari 3 malam ini bernilai RM 10,000.00 untuk seorang. 

Bayangkan berapa banyak Shaklee peruntukkan untuk semua ahli yang layak nanti. Kalau seorang RM 10,000.00, sepuluh orang dah RM 100,000.00. Kalau 100 orang? Boleh ambil kalkulator dan kira sendiri hehe. 


Sebab itu saya sangat teruja untuk share di sini. Jika anda suka melancong dan belum pernah menjejakkan kaki ke Bangkok, ini peluang keemasan untuk anda. Kongsikan peluang ini dengan rakan-rakan atau saudara-mara. 

Mana tahu anda dan kawan-kawan atau saudara-mara dapat pergi bercuti bersama-sama. Fully sponsored pulak tu. Mana nak cari company yang best macam ni. Ye tak?

Saya tak janji apa-apa. Anda buat anda dapat. Untuk melayakkan diri, daftar sekarang dan perlu mematuhi syarat-syarat sepanjang kempen berlangsung iaitu September 2015 hingga April 2016. 

Daftar ahli sekarang dan see you in Bangkok!

Hubungi :

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp 013-924 3387