Wednesday 2 July 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 3

1. The power of action. Sanggup tinggal semua benda yang halang kita daripada capai impian.
2. Wangian akan menarik keberkatan.
3. Aura wanita sangat kuat. Sebab tu kena tutup kepala (pakai tudung).
4. Dalam usaha mencapai kejayaan, memang kita nak cepat. Tapi jangan banding diri dengan orang lain. Rileks, jangan stress. Akar atau basic dia berbeza dengan kita.
5. Buat solat istikharah setiap hari supaya hari-hari kita dipimpin oleh Allah.
6. Orang yang berjaya buat sesuatu sampai habis.
7. Pakai macam kita ni orang kaya. Pakai pakaian koyak (contoh : jeans bertampal-tampal), pakaian tak tutup aurat, seolah-olah kita tak hargai rezeki yang Allah bagi.
8. Upgrade kereta - menandakan kita bersyukur.
9. Hisap rokok - tambah kotoran kolam jiwa.
10. Minta orang yang dah berjaya doakan kita - leveraging.
11. Begin with the ends in mind.




Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Tuesday 1 July 2014

Sebelum Berhenti Kerja - Tips Daripada Raja Kamil

Ramai juga yang search pasal berhenti kerja dan terjumpa blog saya ni :)

Jadi saya kongsikan lagi tips sebelum berhenti kerja dari pakar internet marketing iaitu Raja Kamil. (eh sama la pulak nama hehe)

Sumber : FB Raja Kamil

Berhenti kerja untuk berniaga.

Sebelum anda boleh berlagak dengan kawan anda, "aku dah pecat bos aku", pastikan anda baca (dan share) post ini.

Saya dapat beberapa email, yang beritahu, dia berhenti kerja untuk berniaga. Tapi perniagaan tak berjaya, dan dia tidak mudah dapat kerja kerana umur sudah lanjut.
Sebelum anda teruskan membaca, saya ingin beritahu terus terang, bahawa, saya tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan kecuali 2 kali. Ketika tunggu keputusan SPM dan ketika praktikal Uni.
Nasihat saya ini, berdasarkan pengalaman orang lain, dan petikan daripada mentor.

Baiklah. Ini langkah-langkah yang anda perlu ambil sebelum berhenti kerja.

1. Pastikan simpanan anda = 12 bulan gaji. 

(ada yang kata 6 bulan, ada yang kata 24 bulan. Saya syorkan tengah-tengah). Tujuannya ialah, jika perniagaan anda tidak menjadi, anda mempunyai buffer sementara dapat kerja baru.

2. Jangan berhenti kerja dulu, baru buat bisnes. Tapi, buat bisnes semasa sedang kerja. 

Jadi, apabila anda berhenti kerja nanti, anda hanya teruskan apa yang anda telah buat.

3. Sebelum berhenti, ambil cuti dulu.

Mula-mula, ambil cuti dengan gaji. Then ambil cuti tanpa gaji yang panjang. Pendek kata, sebelum berhenti, cuti dulu. Lepas cuti, tengok bagaimana perkembangan bisnes. Time kita full time bagaimana, time kita part time bagaimana.

Terkadang, ada bisnes yang bila fulltime, makin melingkup pun ada. hehe. Ada yang tiada perubahan.
Lagi bagus, bila bisnes full time, ia jadi lagi maju.

4. Buang emosi ketika ingin ambil keputusan. 

Terkadang, kita terlalu emosional. Hati terlalu tisu. Ye lah, kepala dah mula fikir nak berhenti kerja nak buat bisnes.

Bila bos herdik sikit, dah merajuk. Bila kawan ngumpat sikit, dah jauh hati.
Betul, ia menambahkan perasaan nak berhenti kerja.
Tapi ingat, apa sebenarnya anda nak. 
Anda nak berhenti kerja ke, atau anda nak buat bisnes full time?
Kalau nak berhenti kerja, tak perlu ikut guide ni. Buang masa je.
Tapi, kalau nak buat bisnes full time, jangan main-main. Rancang betul-betul.

5. Cari mentor. 

Sebelum berhenti, pastikan anda mempunyai mentor untuk bisnes anda. 

Bila ada mentor, bisnes kita lebih fokus. Takdelah kejap buat sana, kejap buat sini.
Kejap buka kedai, kejap tutup kedai.

6. Niat berhenti kerja, kena luruskan. 

Berhenti kerja, bukan kerana nak berlagak. Tapi, ingin mengubah kehidupan, daripada baik kepada yang lebih baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi cuba check diri anda. Jika melepasi kriteria di atas, well done! Jika belum, ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk merealisasikan cita-cita dan impian anda.

WAHM-to-be,
Siti Nor Kamilah
013-924 3387


Monday 30 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 2

1. Kunci marketing untuk apa-apa bisnes pun ialah SPEED (service cepat).
2. Ramai boleh kaya sorang-sorang tapi berapa ramai yang boleh bantu orang lain jadi kaya.
3. Jadi champion dalam hidup kita sendiri, bukan untuk orang lain.
4. The biggest root in the world is root of improvement.
5. Siapa guru kita akan banyak mempengaruhi diri kita.
6. Switch off tv you will turn on the life.
7. How you do anything is how you do everything.
8. Do it first. Try adjust.
9. Success is ugly (at first).
10. Orang gila buat benda yang sama dan harap hasil yang berbeza.
11. Orang yang suka hadir seminar ialah orang yang kaya dan berjaya.
12. Kita akan jadi kaya bila bantu orang selesaikan masalah atau menyumbang atau buat orang gembira dengan apa yang kita boleh bantu.
13. Bila ditimpa musibah, anggaplah ia sebagai peluang untuk kita berubah.
14.Orang yang dapat mudahkan kita untuk capai impian - ibu. Perjalanan kita untuk mencapai sesuatu terhalang sebab perhubungan kita dengan orang-orang lain terutamanya ibu.




Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Sunday 29 June 2014

Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat

Saya pasti ramai yang tercari-cari cara untuk berhenti merokok dengan berkesan dan mudah. Tanpa rokok elektrik. Tanpa terapi penggantian nikotin. Tanpa pil. Tanpa sebarang alat pengganti rokok. Apa yang diperlukan hanyalah sekeping tiket. Sekeping tiket? Biar betul. Ya. Saya tak bergurau. 

Saya saksikan sendiri. Tips untuk berhenti merokok dengan cepat yang saya ingin kongsikan ini ialah dengan beli tiket untuk ke IMKK. Itu sahaja pelaburan yang anda perlukan. Kalau anda sendiri yang nak berhenti merokok, andalah yang harus pergi. Kalau anda nak suami, ayah, abang atau adik anda berhenti merokok, maka anda harus belikan tiket untuk mereka. 

Dan pastikan mereka menghadiri seminar 4 hari 3 malam tersebut tanpa skip. Masih tak percaya? Tak cuba tak tahu. Pergilah dan anda saksikan sendiri 'magic' tersebut. 


Bahan berbahaya yang terdapat dalam sebatang rokok

Selain itu, untuk membantu mengatasi ketagihan merokok, boleh cuba Vivix seperti dalam entry saya yang terdahulu:


Juga boleh lihat testimoni ini.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Sekian pesanan khidmat masyarakat daripada saya :)

Kamilah Mustapa
013-924 3387

Thursday 26 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 1

Di sini saya kongsikan isi-isi penting yang saya dapat pada hari pertama Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines tempoh hari. Sangat banyak sebenarnya tapi ni je yang termampu saya kongsi.

1. Orang yang berjaya mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga habis.
2. Bila kita nak dapat sesuatu dengan susah payah, kita akan lebih menghargainya.
3. Berkat maknanya ada sikit macam banyak, ada banyak macam banyak.
4. Waktu hujan lebat - submit doa.
5. Dekati orang yang mempunyai impian macam kita untuk berjaya. Jauhi mereka yang negatif.
6. Elakkan guna perkataan 'mudah-mudahan', 'akan' untuk impian kita. Gunakan 'saya dah dapat', 'saya ada'. Sebagai contoh : 'Alhamdulillah pada 15 Jun 2015 saya ada rumah bernilai 2 juta'
7. Duit tak boleh beli cinta tapi kita boleh beli sesuatu untuk orang yang kita cintai dengan duit. Lagi banyak duit, lagi banyak pilihan.
8. Massive action massive result, small action no resut.
9. Kalau kita rasa apa yang kita minta tu banyak, bermakna kita rasa Tuhan tu Tak Kaya. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Enjoy this video! Saya suka tengok. Hampir tiap hari tengok :)




Pengedar Shaklee Anda
Siti Nor Kamilah
Call/SMS/Whatsapp 013-924 3387