Tuesday 1 July 2014

Sebelum Berhenti Kerja - Tips Daripada Raja Kamil

Ramai juga yang search pasal berhenti kerja dan terjumpa blog saya ni :)

Jadi saya kongsikan lagi tips sebelum berhenti kerja dari pakar internet marketing iaitu Raja Kamil. (eh sama la pulak nama hehe)

Sumber : FB Raja Kamil

Berhenti kerja untuk berniaga.

Sebelum anda boleh berlagak dengan kawan anda, "aku dah pecat bos aku", pastikan anda baca (dan share) post ini.

Saya dapat beberapa email, yang beritahu, dia berhenti kerja untuk berniaga. Tapi perniagaan tak berjaya, dan dia tidak mudah dapat kerja kerana umur sudah lanjut.
Sebelum anda teruskan membaca, saya ingin beritahu terus terang, bahawa, saya tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan kecuali 2 kali. Ketika tunggu keputusan SPM dan ketika praktikal Uni.
Nasihat saya ini, berdasarkan pengalaman orang lain, dan petikan daripada mentor.

Baiklah. Ini langkah-langkah yang anda perlu ambil sebelum berhenti kerja.

1. Pastikan simpanan anda = 12 bulan gaji. 

(ada yang kata 6 bulan, ada yang kata 24 bulan. Saya syorkan tengah-tengah). Tujuannya ialah, jika perniagaan anda tidak menjadi, anda mempunyai buffer sementara dapat kerja baru.

2. Jangan berhenti kerja dulu, baru buat bisnes. Tapi, buat bisnes semasa sedang kerja. 

Jadi, apabila anda berhenti kerja nanti, anda hanya teruskan apa yang anda telah buat.

3. Sebelum berhenti, ambil cuti dulu.

Mula-mula, ambil cuti dengan gaji. Then ambil cuti tanpa gaji yang panjang. Pendek kata, sebelum berhenti, cuti dulu. Lepas cuti, tengok bagaimana perkembangan bisnes. Time kita full time bagaimana, time kita part time bagaimana.

Terkadang, ada bisnes yang bila fulltime, makin melingkup pun ada. hehe. Ada yang tiada perubahan.
Lagi bagus, bila bisnes full time, ia jadi lagi maju.

4. Buang emosi ketika ingin ambil keputusan. 

Terkadang, kita terlalu emosional. Hati terlalu tisu. Ye lah, kepala dah mula fikir nak berhenti kerja nak buat bisnes.

Bila bos herdik sikit, dah merajuk. Bila kawan ngumpat sikit, dah jauh hati.
Betul, ia menambahkan perasaan nak berhenti kerja.
Tapi ingat, apa sebenarnya anda nak. 
Anda nak berhenti kerja ke, atau anda nak buat bisnes full time?
Kalau nak berhenti kerja, tak perlu ikut guide ni. Buang masa je.
Tapi, kalau nak buat bisnes full time, jangan main-main. Rancang betul-betul.

5. Cari mentor. 

Sebelum berhenti, pastikan anda mempunyai mentor untuk bisnes anda. 

Bila ada mentor, bisnes kita lebih fokus. Takdelah kejap buat sana, kejap buat sini.
Kejap buka kedai, kejap tutup kedai.

6. Niat berhenti kerja, kena luruskan. 

Berhenti kerja, bukan kerana nak berlagak. Tapi, ingin mengubah kehidupan, daripada baik kepada yang lebih baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi cuba check diri anda. Jika melepasi kriteria di atas, well done! Jika belum, ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk merealisasikan cita-cita dan impian anda.

WAHM-to-be,
Siti Nor Kamilah
013-924 3387


No comments:

Post a Comment