Sunday 24 November 2013

Diari WAHM-to-be : Before You Quit Your Job

Sebagai persediaan untuk menjadi Work at Home Mom, saya suka mencari bahan rujukan yang berkaitan. Antaranya, saya suka baca blog Puan Masayu Ahmad iaitu www.naufalsayang. blogspot.com.

Di Malaysia belum banyak lagi blog yang berkaitan, jadi blog inilah satu-satunya rujukan buat saya. Kalau blog oversea banyakla tapi tak suka sangat nak baca. Hehe.

Selain itu, saya suka beli buku. Yang terbaru, saya beli buku yang telah lama saya cari - Rich Dad's : Before You Quit Your Job melalui Mphonline.com. Sukanya.

Buku ni belum ada terjemahan dalam bahasa Melayu. Cari punya cari jumpa kat mphonline.com. Yang best lagi, dapat diskaun pulak tu.

Daripada RM 66.90 dapat RM 47.++ je termasuk pos. Jimat banyak tu. Alhamdulillah. Boleh beli lagi lepas ni.

Baru je habis baca tapi tak berapa nak faham sangat. Nampaknya kena ambil masa untuk baca semula berulang kali lagi. Jika anda berhasrat untuk berhenti kerja, this book is a must!




Khabar Gembira Daripada Pengguna Shaklee

Alhamdulillah. Sekali lagi. Hari ini saya mendapat khabar gembira daripada pengguna Shaklee. Beliau mencuba ESP untuk masalah kulit beliau. Jadi sebagai free gift saya hadiahkan alfalfa dan vitamin E.

Dalam masa tidak kurang daripada dua minggu, beliau berkongsi feedback dengan saya. Setelah mengambil ESP dan alfalfa.

Katanya, bestla ambil ESP dan alfalfa ni. Rasa ESP tu sedap sangat. Badan pun rasa lain macam. Lebih segar. Lebih ringan. Kat tempat kerja sekarang ni pun dah jarang rasa mengantuk macam dulu. Nanti dah habis nak orderla alfalfa tu.

Best kan bila dapat berita macam ni? Lagi bersemangat saya nak share kebaikan Shaklee dengan semua, terutamanya suplemen untuk kulit. Sebab kat luar sana terlampau banyak produk kecantikan yang menjanjikan putih dalam masa 3 hari dan sebagainya yang agak menakutkan saya.

Malangnya ramai yang belum sedar tentang bahaya produk kecantikan yang sah-sah tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengandungi bahan-bahan yang berbahaya untuk kesihatan, sehingga mampu menyebabkan kanser.

Jika anda ingin mencuba rangkaian produk Shaklee untuk kecantikan kulit yang selamat dan berkesan, boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat percuma sebelum pembelian.

Sms 013-924 3387 untuk maklum balas yang segera.

Pentingnya Berdoa Dengan Tepat

Artikel ini saya ambil dari blog Insyirah Azhar. Tentang kepentingan berdoa dengan tepat. Moga ada manfaatnya untuk semua.

***********************************************************************

Mengapa Perlu Berdoa Dengan Tepat?


Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang memberi ilham pada hari ini untuk terus berkongsi. Antara adab berdoa yang dimakbul Allah, adalah yakin. Adapun antara kita, yang juga termasuk saya, sering tidak berdoa secara tepat.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang ada dalam isi hati hamba-Nya. Meskipun kita tidak meminta tetapi pasti Allah sudah pun tahu apa yang kita mahukan. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengambil remeh untuk berdoa dengan tepat.

Dengan mengetahui Allah Maha Mengetahui, kita tidak mengambil inisiatif untuk berdoa dengan lebih spesifik. Sesungguhnya berdoa secara tepat itu adalah usaha seorang hamba untuk memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar mengabulkan doanya.

Contoh;

Apabila kita perlukan duit daripada ibu untuk bayar sewa bernilai RM200 adakah kita hanya akan berkata begini?

“Ibu, bulan ini saya ingin meminta duit sewa”

Pastinya kita akan menyatakan nilai duit tersebut seperti ini;

“Ibu, bulan ini saya ingin minta duit sewa RM200″

Hasilnya ibu tahu dan jelas berapa nilai yang kita perlukan untuk membayar duit sewa pada bulan itu dan kita dapat nilai yang kita perlukan dengan tepat.

Begitu juga dengan Allah. Kita perlu menyatakan secara spesifik apa yang kita minta agar doa kita jelas atau nanti kita menyalahkan Allah kerana mengabulkan permohonan yang salah.

Contoh;

“Ya Allah aku mohon dapat pergi Seminar Baitul Muslim”

Allah kabulkan tetapi Dia buat kita berhutang. Kemudian kita pula salah Allah kerana terpaksa meminjam duit orang lain untuk menyertai seminar tersebut. Sebaiknya berdoa secara tepat.

Contoh;

“Ya Allah aku mohon dapat pergi ke Seminar Baitul Muslim dengan mudah dan tanpa berhutang secara percuma”

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, tidak mustahil ada orang bayarkan kita pergi ke seminar itu.

Saya pernah mohon dapat pergi satu program bernilai RM60. Saya berdoa secara tepat dapat pergi secara percuma, hasilnya saya dapat pergi secara percuma. Ya, ini kisah benar, saya dapat pergi secara percuma. Selain itu, saya berdoa dapat pergi ke program bernilai RM1, 999 secara percuma, alhamdulillah dapat pergi secara percuma.

Saya juga pernah berdoa dapat sertai kursus perniagaan internet bernilai RM399, alhamdulillah hasilnya saya dapat masuk secara percuma! Ada orang lain yang bayarkan yuran kursus itu untuk saya. Subhanallah. Terima kasih Allah.

Itulah kuasa berdoa secara tepat. Di samping itu, Al Quran juga telah menekankan tentang doa secara tepat. Kita perhatikan Surah Al Fatihah ayat 6;
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Bagaimana jalan yang lurus itu? Ia dijawab dalam ayat 7;
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Allah menerangkan apakah ‘jalan yang lurus’ yang dimaksudkan dalam Surah Al Fatihah ayat 6 dengan menspesifikkan lagi dalam ayat 7. Hasilnya kita faham, apakah sebenarnya maksud ‘jalan yang lurus’ itu.

Sungguh Allah itu Maha Mengetahui tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berdoa dengan tepat. Jika ingin dimurah rezeki, spesifikkan rezeki yang murah yang bagaimana?

Sebab itu, Allah kabulkan dapat tembikai lepas keluar solat Jumaat, lepas itu dapat makanan percuma kemudian dapat kuih untuk makan petang percuma tetapi semua makanan tidak dapat dihabiskan.

Di samping itu, pasti antara kita mahu hutang dilangsaikan, Jadi berdoa kepada Allah agar Allah langsaikan hutang kita;

Contoh;

“Ya Allah aku mohon agar langsaikan hutangku dan keluargaku, agar kami mampu menunaikan haji kerana sesungguhnya, orang yang menunaikan haji itu adalah orang yang mampu iaitu orang yang telah langsai hutangnya dan berkemampuan pergi menunaikan haji”

Tidak mustahil hutang kita dilangsaikan oleh orang lain. Pemergian kita menunaikan haji dibayar oleh orang lain sebagai contoh dapat tajaan 100%. Subhanallah.