Friday 18 October 2013

Testimoni : ESP Untuk Masalah Ekzema

Testimoni Puan Fizanur.

Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk-ngamuk..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. 

Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat. Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. 

Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!

Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit-jerit di tengah malam.

Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk. 

Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak. Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu.

Kredit : mamafaiz.com

ESP sesuai untuk semua golongan, dari 1 tahun ke atas. Jadi tiada masalah untuk memberikan anak anda ESP, selain Omega dan Meal Shakes.

Jika berminat untuk mencuba, hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 17 October 2013

Set Berpantang Shaklee : Pantang Secara Moden dan Mudah



Apa itu Set Bersalin @ Berpantang Shaklee?


Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee adalah terdiri dari 4 jenis makanan tambahan berupa vitamin dan mineral utama yang dicadangkan dan sesuai bagi ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin. Set ini adalah dicadangkan sebagai inisiatif dari saya sebagai Pengedar Sah Shaklee, dan tidak dijual dalam bentuk set khusus oleh Shaklee

Apa kandungan dalam set ini?


Set ini terdiri dari Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Sustainable Release Vita-C @ Chewable Vita-C dan Zinc Complex. 

Adakah terdapat pilihan untuk tambahan produk kepada set ini?


Ya. Anda boleh memilih untuk menambah sebarang produk yang diperlukan ke dalam set ini seperti supplemen untuk ibu menyusu, pengurusan berat badan, kecantikan kulit dan sebagainya.

Adakah set ini disertakan dengan produk tradisional berpantang seperti alat bertungku dan bertangas, pilis, param, tapel dan sebagainya?


Tidak. Set ini hanya terdiri dari produk untuk kesihatan ibu selepas bersalin yang diambil secara oral dalam bentuk tablet, kaplet, kapsul atau serbuk untuk dijadikan minuman kesihatan. 

Bilakah masa saya boleh mula mengambil set ini selepas bersalin?


Kesemua jenis produk dicadangkan boleh diambil terus seawal hari pertama berpantang. Malahan kebanyakan darinya selamat diambil ketika merancang kehamilan dan semasa hamil sekalipun.

Saya menyusukan bayi sepenuhnya, adakah produk ini akan memberi kesan sampingan negatif? 


Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Zinc adalah antara keperluan ibu menyusu yang mungkin mengalami 'vitamin/ nutrient gap' akibat pemakanan yang tidak seimbang dan keperluan nutrisi yang meningkat. Oleh itu, set ini diyakini tidak mendatangkan kesan negatif tetapi sebaliknya membantu tubuh badan ibu lebih sihat dan bersedia menyusukan bayi.

Anak saya disahkan jaundis (demam kuning), adakah selamat jika saya mengambil set ini?


Selamat. Produk ini tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada bayi yang mengalami jaundis

Saya ingin mengambil jamu semasa berpantang, bolehkah saya ambil set ini?


Boleh. Tiada bukti menunjukkan interaksi antara jamu dan supplemen. Walau bagaimanapun sebagai langkah selamat, dicadangkan supaya pengambilan antara keduanya dijarakkan.

Berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee? Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan

Bercakap tentang langsing atau kurus, saya pasti semua orang nak kan? Kecuali untuk yang underweight. Tapi, masalahnya bukan mudah nak turunkan berat badan ni. Dan yang lebih susah lagi kalau nak kurus atau langsing dalam masa yang singkat. 

Tapi when there's a will, there's a way. Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Kunci kejayaannya ialah konsisten dalam melakukan perubahan tersebut sehinggalah anda melihat hasilnya. Di sini dikongsikan cara untuk lebih langsing dalam masa sebulan dengan menjaga diet anda :

Langkah 1

Banyakkan pengambilan protein dalam diet seperti daging, telur, ikan dan kekacang. Satu keping roti mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan satu hidangan dada ayam, namun pengambilan dada ayam membuatkan anda kenyang dua kali ganda berbanding dengan roti.

Langkah 2

Elakkan pengambilan fast carbs dalam diet. Fast carbs ialah makanan dengan glisemiks indeks (GI) yang tinggi terutamanya makanan terproses. Contoh fast carbs ialah nasi, roti, pasta, makanan bergoreng, gula-gula dan  ubi kentang. Sebaliknya, lebihkan pengambilan slow carbs seperti sayur-sayuran, susu, kekacang contohnya kacang soya dan bijirin. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras insulin dalam darah secara mendadak dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Langkah 3

Mulakan rutin pemakanan yang sama. Makan makanan yang sama sepanjang minggu merupakan cara yang paling mudah untuk mengelak godaan terhadap makanan. Cari hidangan makanan yang sihat yang anda gemari dan nikmatinya. Mungkin menunya agak membosankan, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.

Langkah 4

Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Ambil 4 hingga 6 hidangan sehari berbanding 3 hidangan makanan berat yang biasa diamalkan. Makan dengan lebih kerap juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Langkah 5

Jangan 'minum' kalori. Jangan ingat makanan sahaja mempunyai kalori. Kalori juga terdapat dalam secawan kopi. Atau segelas Milo. Secawan kopi mempunyai 60 kcal dan segelas Milo mempunyai 150 kcal. Jika anda boleh mengurangkan minuman yang berkalori tinggi, lebih cepat untuk anda mencapai berat badan idaman. Contoh minuman yang bebas kalori ialah air kosong atau air mineral iaitu 0 kalori. Jadi anda tahu apa yang perlu anda buat kan?



Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387