Thursday, 17 October 2013

Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan

Bercakap tentang langsing atau kurus, saya pasti semua orang nak kan? Kecuali untuk yang underweight. Tapi, masalahnya bukan mudah nak turunkan berat badan ni. Dan yang lebih susah lagi kalau nak kurus atau langsing dalam masa yang singkat. 

Tapi when there's a will, there's a way. Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Kunci kejayaannya ialah konsisten dalam melakukan perubahan tersebut sehinggalah anda melihat hasilnya. Di sini dikongsikan cara untuk lebih langsing dalam masa sebulan dengan menjaga diet anda :

Langkah 1

Banyakkan pengambilan protein dalam diet seperti daging, telur, ikan dan kekacang. Satu keping roti mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan satu hidangan dada ayam, namun pengambilan dada ayam membuatkan anda kenyang dua kali ganda berbanding dengan roti.

Langkah 2

Elakkan pengambilan fast carbs dalam diet. Fast carbs ialah makanan dengan glisemiks indeks (GI) yang tinggi terutamanya makanan terproses. Contoh fast carbs ialah nasi, roti, pasta, makanan bergoreng, gula-gula dan  ubi kentang. Sebaliknya, lebihkan pengambilan slow carbs seperti sayur-sayuran, susu, kekacang contohnya kacang soya dan bijirin. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras insulin dalam darah secara mendadak dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Langkah 3

Mulakan rutin pemakanan yang sama. Makan makanan yang sama sepanjang minggu merupakan cara yang paling mudah untuk mengelak godaan terhadap makanan. Cari hidangan makanan yang sihat yang anda gemari dan nikmatinya. Mungkin menunya agak membosankan, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.

Langkah 4

Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Ambil 4 hingga 6 hidangan sehari berbanding 3 hidangan makanan berat yang biasa diamalkan. Makan dengan lebih kerap juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Langkah 5

Jangan 'minum' kalori. Jangan ingat makanan sahaja mempunyai kalori. Kalori juga terdapat dalam secawan kopi. Atau segelas Milo. Secawan kopi mempunyai 60 kcal dan segelas Milo mempunyai 150 kcal. Jika anda boleh mengurangkan minuman yang berkalori tinggi, lebih cepat untuk anda mencapai berat badan idaman. Contoh minuman yang bebas kalori ialah air kosong atau air mineral iaitu 0 kalori. Jadi anda tahu apa yang perlu anda buat kan?


Berminat untuk mencuba vitamin Shaklee? Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...