Wednesday 7 August 2013

10 Tips Sambut Hari Raya Aidilfitri Gaya Rasulullah S.A.W

Anda sedang bekerja lagi? Saya masih lagi. No worry. Kampung saya dan suami hanya beberapa minit perjalanan. Kahwin dengan orang Besut juga. Jadi memang tiada masalah langsung. Mesti ramai yang sedang menuju ke kampung untuk berhari raya bersama-sama orang tersayang. Mood happy je. Dalam kegembiraan ada juga kesedihan kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan masih dipanjangkan umur untuk Ramadhan seterusnya. Dikongsikan cara menyambut hari raya Aidilfitri yang sebaik-baiknya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. untuk panduan semua :

1. Bertakbir 

Firman Allah S.W.T. "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadha), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur" (Al-Baqarah: 185) 



2. Lafaz ucapan Selamat Hari Raya 

Dinyatakan dalam hadis hasan oleh al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a. katanya, "Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)." 

3. Meneruskan qiamullail 

Jika sepanjang Ramadhan kita bersungguh-sungguh di malam hari beribadah, tiada salahnya untuk diteruskan pada hari-hari lain. 

4. Mandi pada pagi hari raya 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafie, Ali bin Abi Talib r.a. pernah ditanya adakah harus mandi setiap hari?

Jawabnya, "Tidak harus. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. Tetapi di Malaysia mandi setiap hari adalah suatu keperluan kerana keadaan iklim. 

5. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma." 

6. Memakai pakaian indah 

Imam Syafie di dalam kitab al-Umm berkata, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat diadakan majlis." Tetapi bersederhana dalam berpakaian. 

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya 

Hadis riwayat Tirmizi dari Ali bin Abi Thalib r.a., "Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat." 

8. Mengerjakan solat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah SAW telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." 

9. Bergembira di hari raya 

Hadis riwayat an-Nasai, Anas bin Malik r.a. berkata, 

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. 

Lalu baginda berkata, "Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah." Sabdanya lagi, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." 

10. Mengerjakan puasa 6 hari pada bulan syawal. 

Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." 


Kredit : Insyirah Azhar





Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

.

Tuesday 6 August 2013

Sakit Sendi Hilang Dengan Advanced Joint Health Tablet

Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yang tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...

Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yang "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yang tak betul yang terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara long term... maka terjadilah :   

  • sakit sendi lutut
  • sakit sendi tangan
  • sakit sendi kaki
  • sakit sendi bahu
  • sakit sendi siku
Sakit sendi yang biasa dialami

Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + Ostematrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi  terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lama depan PC. Kalau tak, memang terasa.

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! Kini saya hadiahkan juga kepada mak dan ayah saya, nenek-nenek saya...



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Kolagen daripada Tumbuhan : Fakta Yang Perlu Diketahui

Sejak kebelakangan ini terdapat lambakan produk kecantikan dan kesihatan di pasaran yang bagi saya, agak menakutkan kerana ramainya pengguna yang membeli produk tersebut tanpa memikirkan tentang selamat atau tidak produk tersebut. Selamat di sini antaranya bermaksud tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan (diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia), tiada kesan sampingan, bahan yang berkualiti dan sebagainya. 

Kadang-kadang rasa hairan kerana begitu mudah pengguna meletakkan kepercayaan pada sesuatu produk tanpa mengambil kira faktor yang disebutkan di atas, hanya semata-mata kerana ingin cantik. Begitu juga dengan isu kolagen daripada sumber tumbuhan. Sebenarnya, adakah benar terdapat kolagen dalam tumbuhan seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, terutamanya penjual produk tersebut?  

 

Kolagen hanya wujud pada haiwan dan manusia


Fakta ini anda boleh temui di mana-mana terbitan ilmiah mengenai kolagen. Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya. 

Kolagen ni wujud secara semulajadi pada haiwan dan manusia kerana kolagen ini diperlukan untuk melekatkan organ, tendon, tulang, sel, tisu, rambut dan sebagainya. 30% protein pada badan manusia adalah kolagen. 

Bagaimana dengan dakwaan kolagen dari rumpai laut, soya, koko, manggis dan lain-lain?

 

Setakat ni belum ada kajian yang berjaya membuktikan terdapat kolagen dari sumber selain haiwan. Walau bagaimanapun dalam sesetengah tumbuhan terdapat asid amino yang MENGGALAKKAN penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh. Asid amino tersebut tidak sama dengan kolagen kerana kombinasinya tidak sama seperti yang disebutkan di atas (glycine, proline, hydroxyproline dan arginine).
Sekiranya sesuatu produk disebut sebagai kolagen seperti 'Soy Collagen', 'Cocoa Collagen', 'Seaweed Collagen' dan sebagainya - ada kemungkinan produk tersebut dicampurkan dengan kolagen dari sumber haiwan/ manusia. Anda boleh dapatkan maklumat dari label atau pengeluar produk mengenai status kolagen tersebut.

Tapi sekiranya produk tersebut TIDAK dicampurkan dengan kolagen haiwan/ manusia - ini bermakna produk tersebut tidak sepatutnya menggunakan perkataan COLLAGEN kerana ia tidak benar dan mengelirukan pengguna. Ia boleh dikatakan 'overclaim' kerana tidak dapat dibuktikan kehadiran kolagen (kecuali dibuktikan sebaliknya secara saintifik). Produk sedemikian lebih sesuai disebut 'PENGGALAK COLLAGEN) @ Collagen Booster kerana tidak dinafikan sesetengah asid amino sangat baik untuk kesihatan termasuk membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. 

Sumber Collagen untuk produk kesihatan dan kecantikan

 

Secara komersil, produk kesihatan dan kecantikan hari ini banyak menggunakan haiwan sebagai sumber kolagen. Tidak kurang juga yang menggunakan sumber dari manusia. Antara sumber kolagen yang popular ialah : 
  • Khinzir dan lembu - kebiasaannya diambil dari bahagian kulit. Ia sumber yang murah dan mudah diperolehi dan paling popular dalam produk kolagen.
  • Ayam dan arnab - kebiasaannya diambil dari organ atau kulit. Juga agak murah dan tidak kurang popular di pasaran.
  • Ikan - kebiasaannya diekstrak dari sisik atau kulit. Ia juga digelar sebagai sumber premium kolagen kerana harganya yang agak mahal disebabkan proses penyediaan yang berteknologi tinggi. 
  • Plasenta manusia - antara sumber kolagen yang digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia memberi kesan yang baik tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat

 

Tips pemilihan produk kolagen

 

  • SAIZ MOLEKUL - pilih kolagen yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil. Kolagen dalam bentuk sebenar adalah bermolekul besar dan sukar diserap oleh tubuh manusia.
  • JENIS MAKAN/ MINUM - terdapat kajian menunjukkan produk kolagen yang digunakan pada kulit dalam bentuk produk kosmetik adalah tidak berkesan disebabkan saiz molekul kolagen yang terkecil pun tidak mampu melalui sel kulit. Supplemen kolagen dalam bentuk oral (makanan/ minuman) adalah lebih baik kerana mampu diserap oleh tubuh.
  • MEMPUNYAI TAMBAHAN ANTIOKSIDAN - Produk kolagen oral yang baik sepatutnya mempunyai tambahan bahan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan sebagainya kerana bahan-bahan tersebut diperlukan untuk kesan optimum kolagen terhadap tubuh badan.
  • TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL - bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan produk kolagen, ia sepatutnya telah diuji secara klinikal terlebih dahulu.
  • HALAL - perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengguna Muslim. Pastikan kolagen dari sumber haiwan anda adalah dari sumber yang halal. Sumber dari khinzir, haiwan yang tidak disembelih dan organ manusia adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
  • SUMBER SELAMAT - kolagen dari ikan adalah lebih selamat kerana ia Halal dan mempunyai molekul yang 7 kali lebih mudah diserap berbanding sumber lain. 
Kredit : bigsmilezone. blogspot.com

Kolagen Shaklee menepati ciri-ciri yang disebutkan di atas dan yang paling penting, ianya halal. Masih ragu-ragu dengan kolagen Shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut :


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah