Saturday 16 March 2019

Cara Berhenti Merokok. No 5 Paling Senang

Berhenti merokok bukan suatu perkara yang mudah.  Ia adalah kerana ketagihan nikotin yang terdapat dalam rokok. Jika berhenti merokok, pelbagai 'withdrawal symptom' yang dialami seperti pening, mual dan sebagainya. 

'Withdrawal symptom' inilah yang menyukarkan mereka yang ingin berhenti merokok. Jika tak kuat semangat, memang mudah je untuk merokok balik. 

Terdapat banyak cara sebenarnya untuk berhenti merokok. Daripada yang mahal hinggalah yang murah. Antaranya ialah :



1. Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy - NRT)


NRT bertindak membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai pengganti nikotin dalam rokok.

Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan (withdrawal symptom) yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok.

Antara produk NRT yang terdapat di pasaran ialah gam nikotin, inhaler nikotin, lozenge nikotin, semburan hidung nikotin (nasal spray) dan patch nikotin.

Kredit 


2. E-rokok atau vape


E-rokok atau vape dikatakan lebih selamat berbanding rokok biasa. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok. Menurut WHO, e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin.


Hasil kajian Dr Nauri Kunugita dari National Institute of Public Health, Jepun melaporkan bahawa sebatang rokok elektronik mempunyai 10 kali ganda karsinogen (kelompok zat yang merosakkan DNA, menyebabkan kanser) berbanding sebatang rokok biasa.

Selain itu, banyak kesan buruk dilaporkan akibat penggunaan e-rokok atau vape. Macam dalam berita di bawah ini.


Kredit

3. Akupuntur


Akupuntur merupakan kaedah untuk berhenti merokok tanpa menggunakan ubat. Drug-free. Kajian saintifik dalam American Journal of Public Health akupuntur dapat mengurangkan kekerapan merokok. Akupuntur dapat menenangkan fikiran, meningkatkan paras serotonin, membantu mengatasi withdrawal symptom daripada ketagihan nikotin dan memberi kesan dalam masa yang lama yang memudahkan untuk berhenti merokok. Walau bagaimanapun, rawatan ini agak mahal.


4. Hipnoterapi


Hipnoterapi merupakan kaedah yang menggunakan minda separa sedar dalam usaha untuk berhenti merokok. Hipnoterapis iaitu orang yang melakukan hipnoterapi akan menggunakan suggestion atau affirmation tertentu supaya tertanam dalam minda separa sedar.


5. Suplemen


Salah satu cara berhenti merokok yang berkesan ialah dengan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.  Dengan Vivix, proses berhenti merokok lebih mudah tanpa atau kurang 'withdrawal symptom'. Berikut merupakan pengalaman berhenti merokok Encik Hazrin :







 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 




Tuesday 5 March 2019

Pengedar Shaklee Saujana Utama dan Puncak Alam

Sebelum ni saya duduk di Besut, Terengganu. Dah lebih 1 tahun saya pindah ke Saujana Utama. Yang bestnya bisnes Shaklee, pindah ke mana-mana pun even ke luar negara sekalipun, bisnes tetap boleh berjalan. Tak perlu tutup kedai. Sebab dijalankan secara online je. Best tak?

Sebab tu bisnes Shaklee sangat la sesuai untuk mak-mak terutamanya surirumah. Boleh jana pendapatan walaupun duduk di rumah sahaja. Yang penting kena ada internet je. 

Sekarang ni boleh dikatakan semua orang guna internet terutamanya di handphone. Jadi rugi sangat jika ada internet tapi tak manfaatkan sepenuhnya. Rugi ada internet tapi tak dapat buat duit pun. 

Jadi jika anda sedang mencari vitamin Shaklee, boleh hubungi saya. Juga dialu-alukan jika ada yang berminat untuk dapat income tambahan dengan Shaklee. Untuk permulaan dapat RM 500 pun ok sangat dah. Siapa nak bagi kan?

Boleh whatsapp 0139243387 (Kamilah)



Saturday 2 March 2019

Pengalaman Berhenti Merokok Setelah 30 Tahun Ketagih


Assalamualaikum. Semangat pagi semua. Nama saya Nasiruddin Sulong (51 tahun), seorang suami dan bapak 6 org anak. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30 tahun lebih saya bergaul dengan nikotin. Bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih. Dah berapa banyak pembaziran yang saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan-lahan huhuhu sedihnya kalau ingat itu. 

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee. Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX. Awalnya hanya untuk menjaga kesihatan aja dan tidak ada maksud untuk berhenti merokok. Saya minum 1 sudu teh setiap malam sebelum tidur.

Minggu pertama takde apa-apa kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan. Kenapa dengan aku ni. Kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3 hari dah ni. Rasanya pun dah mulai hambar. Setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam. Mulai dari situlah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok. Niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga. 

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan-kawan yang asyik cakap “halah kejap je tu nanti juga sambung merokok lagi hehehe” tetapi saya kuatkan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe). Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom-simptom setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk-batuk dan banyak lagi. Tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom-simptom itu kemungkinan kerana VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom-simptom tersebut.

Saya amalkan VIVIX selama 1 bulan 15 hari (1 botol VIVIX je). Setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lagi tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan barulah saya minum. Alhamdulillah dah 2 tahun saya berhenti merokok. Sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je.

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sihat dan bertenaga.

Terima kasih Shaklee. 

NASIRUDDIN SULONG

Kredit : Supermom Shaklee Story

Untuk order sms/whatsapp 0139243387.





Thursday 24 January 2019

Rumah Baru Sekitar Seri Pristana

Hari ni sempat brisk walk setengah jam je. Sebab matahari dah memancar.

Tak sempat berpeluh sangat. Ni yang buatkan rasa nak jogging malam-malam semula ni.

Kalau malam takyah risau kena cahaya matahari. Udara pun sejuk je.

Lepas jogging saya round round kawasan. Tengok rumah baru. Rupanya sebelah Hillpark ni banyak sangat rumah Ecoworld yang dah nak siap.

Macam best pulak kalau dapat beli rumah ni. Hehe berangan memang best. Tapi action kurang.

Lepas tu round lagi belakang Taman Seri Alam pun ada taman perumahan baru siap. Taman Sri Pinang kalau tak silap.

Rumah ni pun cantik. Teres setingkat. Guarded. Macam best kalau dapat beli. Sesuai la untuk keluarga kecil saya.

Next, belakang Sekolah Seri Pristana ada flat/townhouse yang baru siap - Eristana. Yang ni pun cantik juga.

Ni pulak rumah Hillpark yang saya berkenan sebab ada 5 bilik. Hai bestnya kalau dapat beli rumah ni.

Banyak lagi for sale/rent. Cantik tak?




Wednesday 23 January 2019

2019 Will Be My Best Year

Sedar tak sedar dah nak habis bulan Januari. Punya la sibuk uruskan persekolahan anak sampai langsung tak update blog. Alhamdulillah pagi ni paksa diri untuk update blog. 

Sebenarnya tahun ni Khadijah sekolah pagi dan petang. Sebab tahun ni baru start masuk sekolah agama. Tahun lepas tak masuk. 

Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Kalut sikit la nak menghantar dan mengambil tu. Tapi apa pun alhamdulillah. 

Sebab tahun ni dapat hantar ambil dia sebab dah ada kereta. Tahun lepas Khadijah pergi dengan van je. Walaupun letih sikit, tapi saya happy. 

Sebenarnya inilah salah satu impian 2018 yang telah tercapai. Hampir setiap hari tulis dalam buku impian nak hantar dan ambil Khadijah dari sekolah. Akhirnya Allah makbulkan. 

Satu lagi impian belum tercapai iaitu nak beli kereta baru. Tahun ni saya mesti kerja keras untuk pastikan impian yang ni tercapai. 

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah saya dapat beli kereta Axia baru dengan bonus statement Shaklee. 

Syukur dulu in advance. Mudah-mudahan Allah makbulkan.