Biasanya kalau MLM rata-rata dah tahu bahawa bila memenuhi syarat tertentu, pengedar akan mendapat sebuah kereta. Tapi tidak dengan Shaklee. Di Shaklee kita tak dapat kereta sebaliknya dapat wang tunai yang dinamakan Car Bonus.
Yang bestnya dengan Car Bonus Shaklee ni, kita boleh guna duit tu untuk apa sahaja, bukan semestinya untuk beli kereta. Kalau kita dah pun memiliki kereta atau tak bercadang untuk tukar kereta baru, Car Bonus tersebut boleh digunakan untuk beli rumah, simpan dan lain-lain.
Sebenarnya, tak perlu tunggu dapat Car Bonus baru layak apply loan. Bonus Statement Shaklee 'laku' di bank. Walaupun hanya kerja dari rumah atau bekerja sendiri, tapi tetap ada 'slip gaji' yang boleh kita gunakan untuk apply loan.
Inilah keistimewaan Shaklee kalau nak tahu. Kenapa saya highlight perkara ni? Sebab biasanya orang yang bekerja sendiri ni susah sikit nak apply loan sebab takde slip gaji. Tapi dengan Shaklee kita ada 'slip gaji' macam orang kerja makan gaji.
Best tak Shaklee ni? Jadilah ahli hari ini juga untuk merebut peluang dan keistimewaan sebagai ahli Shaklee. Terutama surirumah yang ingin mencari pendapatan lebih yang dalam masa yang sama dapat membantu suami. Semuanya hanya dari rumah.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
Kamilah 013-924 3387.
Health is Wealth. Pengedar Sah Bagi Vitamin Semulajadi Yang Halal - Shaklee Sejak 2012.
Sunday 31 December 2017
Beli Kereta Idaman Dengan Bonus Statement Shaklee
Thursday 9 November 2017
19 Sebab Kenapa Perlu Detox
Saya tinggal atau bekerja di kawasan yang penuh dengan pencemaran dengan asap yang banyak dan udara yang kotor
Saya seorang perokok / terdapat perokok di sekeliling saya
Saya exercise kurang daripada 3 kali seminggu
Saya selalu tidur kurang daripada 6 jam sehari
Saya selalu terganggu/terjaga semasa tidur
Saya selalu ambil fast food, makanan berlemak, makanan bergoreng dan makanan separa masak
Saya tidak makan secara berlebihan tetapi berat badan saya tetap bertambah
Saya selalu mengidam makanan manis
Saya selalu minum minuman keras
Saya tinggal di persekitaran dan gaya hidup yang sering menyebabkan stress
Saya selalu alami masalah sembelit
Saya selalu rasa kembung perut, gas dan tidak hadam selepas makan
Saya ingin mengatasi masalah nafas berbau
Saya risau tentang masalah bau badan saya
Saya selalu rasa letih dan tidak bertenaga
Saya mudah tersinggung dan moody tanpa sebab
Saya alergik terhadap makanan dan mempunyai masalah kulit ( ruam-ruam, ekzema, jerawat dan lain-lain )
Saya sering sakit kepala dan migrain
Saya sukar untuk fokus dan menghadapi masalah memori
Cuba check. Daripada 19 ni berapa skor anda? Saya pasti paling kurang pun mesti ada satu. Betul? Mudah tersinggung pun tanda tubuh banyak toksin tau.
Macam mana kita dapat toksin ni?
Daripada bahan kimia, pestisid, air tercemar dan tidak bertapis, pengawet makanan, logam berat dan radiasi elektromagnetik.
Ia terdapat dalam makanan, air, dan produk penjagaan rumah. Toksin yang terdapat dalam tubuh berkumpul dalam usus, hati, buah pinggang, sistem limfa dan tisu lemak.
Shaklee pun ada program detoks yang tersendiri, unik dan eksklusif serta tidak sama dengan mana-mana program detoks lain. Ia disediakan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri.
Program detoks Shaklee terdiri daripada mealplan khusus, exercise dan juga suplemen. Barulah lengkap.
Suplemen dalam Set Detoks Shaklee ialah :
1. Alfalfa - Detox darah
2. Herblax - Detox usus
3. Peppermint ginger- Detox buang angin
4. Vivix-Detox sel
5. DTX Complex-Detox hati
Ramai yang telah dapat manfaat daripada program detoks ni. Kalau dah try macam-macam cara tapi still tak dapat turunkan berat badan, anda perlu tahu yang anda perlu detoks.
Jom detoks. Hubungi 013 924 3387.
11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Part 1
1. Milk thistle
Milk thistle merupakan kawan baik hati ; ia menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikel bebas, membaiki sel hati yang rosak, dan melindungi sel hati baru daripada mengalami kerosakan akibat toksin.
Bagaimana ia bertindak? Silymarin iaitu campuran flavonoid yang dihasilkan daripada biji benih milk thistle, bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikel bebas daripada merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras gluthathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan dadah (termasuk ubatan over-the-counter).
Selain itu, kompleks flavonoid dalam milk thistle menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak. Sebab itulah ia digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis dan juga cirrhosis (hati rosak).
Kajian yang dilakukan terhadap tikus juga menunjukkan silymarin melindungi hati daripada menjadi rosak akibat toksin (contohnya alkohol). Kajian juga menunjukkan milk thistle boleh mencegah daripada berlakunya penyakit Alzheimer dan juga melawan sel kanser usus dan prostat. Jika milk thistle berkesan untuk penyakit kronik, bayangkan bagaimana ia boleh menyokong kesihatan hati dan membantu detoks.
2. Dandelion
Adakah anda sedang mencari makanan yang dapat menyokong kesihatan hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tapi ciri penyembuhan yang terdapat pada dandelion telah dikenalpasti sejak zaman lampau lagi. Dalam masyarakat India, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaundis, cirrhosis, dan bengkak hati. Dalam perubatan China, ia merupakan antara herba yang penting dalam merawat diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan masalah penghadaman.
Kenapa dandelion sangat popular? Seperti milk thistle, ia kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin A, B, C, D, E, beta karoten, mineral seperti zink, iron, potassium, dan selenium untuk kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, yang biasanya terdapat pada sesetengah spesies cendawan yang dikatakan mempunyai ciri antitumor.
Saturday 4 November 2017
Bisnes Yang Boleh Dimulakan Dari Rumah Dengan Modal Yang Sangat Rendah
Di zaman ekonomi yang mencabar ini, ramai yang tercari-cari peluang bisnes sama ada part time atau fulltime. Tapi ramai yang tak bermula kerana masalah modal. Ya nak bisnes kena ada modal. Tapi banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah dan juga dijalankan dari rumah.
Salah satunya ialah dropship. Ada yang percuma dan ada juga yang mengenakan sedikit bayaran. Dengan menjadi dropshipper kita hanya perlu promote produk. Bila dapat order kita hanya beritahu supplier. Tak perlu simpan stock. Tak perlu bungkus stock. Tak perlu pos stock. Mudah kan?
Kalau nak tahu macam tu lah bisnes Shaklee. Dengan bayaran hanya RM 68.90 kita dah boleh mula bisnes on the spot. Yang penting tak perlu simpan stock beribu riban.
Semua orang boleh bisnes Shaklee. Surirumah, kakitangan awam, swasta, golongan profesional, malah student pun boleh. Tak terhad kepada yang nak buat bisnes fulltime, Shaklee juga boleh dijalankan secara part time.
Berminat untuk mula bisnes Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387.
Vitamin Untuk Patah Tulang
Dalam Master Recognition Rally semalam, Master Chua ada berkongsi tentang macam mana beliau boleh terjebak dengan Shaklee. Bermula dengan Set Pantang.
Lepas tu, kaki beliau patah akibat terjatuh semasa pakai kasut tumit tinggi. Pergi hospital, kaki beliau disimen tapi doktor tak bekalkan apa-apa ubat pun. Jadi Master Chua pun cari suplemen Shaklee untuk mempercepatkan penyembuhan.
Kalau tak, nak jaga anak macam mana kalau bertongkat macam tu. Masa tu, baby beliau baru berumur 4, 5 bulan. Doktor bagi MC 2 bulan. Tapi amazing dengan mengambil Shaklee proses penyembuhan lebih cepat iaitu dalam masa 1 bulan sahaja. Dah boleh pakai kasut tumit tinggi balik.
Rakan sepejabat beliau masing-masing terkejut. Bukan sahaja cepat sembuh, tapi masing-masing tegur yang beliau dah nampak lain. Makin cantik. Inilah Shaklee Effect.
Untuk mendapatkan Set Patah Tulang boleh sms/whatsapp 013 924 3387.
Master Recognition Rally Kota Bharu
Khamis lepas saya menghadiri Master Recognition Rally iaitu majlis meraikan Master Chua dan leader Shaklee yang lain. Ia diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu dari pukul 8 hingga 10 malam. Majlis ini memang meriah, penuh dewan.
Antara perkongsian atau isi penting yang saya dapat semalam ialah :
1) Sebelum dapat sesuatu kita kena berangan dulu. Contohnya nak pergi Mediterranean Cruise yang melalui 3 negara dan 6 bandar tu, kena berangan dulu atau orang Kelate sebut 'koya'.
2) Produk Shaklee 'beyond organic' atau melangkaui organik. Dengan mengambil produk Shaklee kita mendapat jaminan bahawa ia adalah selamat dan tak perlu diragui lagi.
3) Dengan menyertai Shaklee kita berpeluang untuk mendapat 'health' dan 'income' iaitu 2 perkara yang menjadi idaman hampir setiap orang. Kekayaan sebenar ialah kesihatan. Tapi di Shaklee kita akan dapat kedua-duanya iaitu 'health' dan 'income'. Jadi kenapa mesti pilih bila kita boleh dapat kedua-duanya?
Lepas habis majlis ada acara yang ditunggu-tunggu iaitu makan-makan. Makanan yang disediakan ialah nasi goreng, kuetiow goreng, ayam goreng, fish chips, tart buah, sandwich, kek dan lain-lain. Semuanya memang sedap dan banyak. Perfect! Lepas ni bolehlah saya berangan nak adakan Master Celebration kat sini juga. InsyaAllah.
Saturday 23 September 2017
Tanda-tanda Hipothiroid
Sunday 6 August 2017
Jalan-jalan ke Kota Bharu
Kat Kota Bharu macam-macam ada berbanding Kuala Terengganu. Shopping mall pun lebih daripada 5 kut. Malah orang Kuala Terengganu pun ramai yang shopping kat sini.
Saya pun tak ketinggalan. Paling tidak sebulan sekali mesti turun Kota Bharu. Kadang-kadang sebab pergi Shaklee, atau pun sebab ada urusan lain.
Apa pun sebabnya, memang suka sangat Kota Bharu ni. Tak tahu kenapa. Kalau nak pindah, Kota Bharu menjadi pilihan utama saya. Bolehlah window shopping kat Aeon Mall hari-hari. Hehe. Melampau betul impian tu.
Tempat tujuan kami semalam ialah Wakaf Che Yeh kerana ada kelas belajar memasak nasi lemak. Kelas ni under Dato' Chef Li. Kalau pernah baca buku Jutawan Senyap, mesti kenal siapa beliau.
Selain tu, kami ke Aeon Mall. Saya suka sangat Aeon Mall yang baru dibuka ni kerana kemudahan suraunya yang cantik, selesa dan luas. Tempat wudhu' ditempatkan bersekali.
Dan yang paling penting ianya bertutup, terlindung daripada pandangan lelaki. Takdela susah berbanding tempat wudhu' yang ditempatkan sekali dengan tandas dan terpisah dengan surau. Terpaksa la pakai stokin semula lepas ambil wudhu' tu untuk menuju ke surau. Habis basah stokin.
Nampak macam perkara remeh je tapi sebenarnya ia merupakan masalah besar bagi muslimat bila tempat wudhu' tidak bersekali dengan surau dan juga terbuka (tak terlindung daripada pandangan lelaki).
Satu lagi yang saya suka ialah lif yang banyak. Entah kenapa Khadijah tu tiba-tiba jadi takut pulak nak naik escalator. Puas dipujuk tapi tetap tak nak. Jadi terpaksa la naik lif.
Kalau shopping complex lain, cuma ada 1 je la lif biasanya. Tapi kat sini ada lebih daripada 1. Jadi sangat memudahkan.
Hajat di hati nak pergi Aeon Mall sebenarnya nak ke Daiso. Nak cari cat dispellant. Tak tahan kucing asyik berak depan rumah je. Tapi alih-alih jumpa Mr Diy. Rambang mata sampai tak ingat tujuan utama nak cari Daiso. Takpelah next visit kita ke Daiso pulak.
Hari tu baru tau ada Perpustakaan Awam di tingkat paling atas. Tak sempat explore semua lagi sebab besar sangat. InsyaAllah next time mesti singgah library tu.
Takde gambar untuk dikongsi sebab lupa nak ambil. Overall Aeon Mall Kota Bharu memang best!
Labels: Aeon Mall Kota Bharu, Bisnes part time, Bisnes Shaklee, Diari WAHM, Personal
Sunday 14 May 2017
Tips Minum Air Masak dengan Banyak Supaya Cepat Kurus
Saturday 13 May 2017
Berat Badan Ideal
Wednesday 10 May 2017
Hilangkan Sakit Lutut dan Sendi Tanpa Suntikan dan Pembedahan
Tips Menyusukan Anak Hingga Lebih 2 Tahun Tanpa Rasa Letih
Tuesday 9 May 2017
Fit Muslimah Challenge
Matlamat 2017 saya dari segi kesihatan ialah ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg untuk dapat berat badan yang ideal. Awal tahun hari tu ada la jogging kat pantai tapi sekejap je. Tak istiqamah.