Saturday 4 November 2017

Master Recognition Rally Kota Bharu

Khamis lepas saya menghadiri Master Recognition Rally iaitu majlis meraikan Master Chua dan leader Shaklee yang lain. Ia diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu dari pukul 8 hingga 10 malam. Majlis ini memang meriah, penuh dewan.

Antara perkongsian atau isi penting yang saya dapat semalam ialah :

1) Sebelum dapat sesuatu kita kena berangan dulu. Contohnya nak pergi Mediterranean Cruise yang melalui 3 negara dan 6 bandar tu, kena berangan dulu atau orang Kelate sebut 'koya'.

2) Produk Shaklee 'beyond organic' atau melangkaui organik. Dengan mengambil produk Shaklee kita mendapat jaminan bahawa ia adalah selamat dan tak perlu diragui lagi.

3) Dengan menyertai Shaklee kita berpeluang untuk mendapat 'health' dan 'income' iaitu 2 perkara yang menjadi idaman hampir setiap orang. Kekayaan sebenar ialah kesihatan. Tapi di Shaklee kita akan dapat kedua-duanya iaitu 'health' dan 'income'. Jadi kenapa mesti pilih bila kita boleh dapat kedua-duanya?

Lepas habis majlis ada acara yang ditunggu-tunggu iaitu makan-makan. Makanan yang disediakan ialah nasi goreng, kuetiow goreng, ayam goreng, fish chips, tart buah, sandwich, kek dan lain-lain. Semuanya memang sedap dan banyak. Perfect! Lepas ni  bolehlah saya berangan nak adakan Master Celebration kat sini juga. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment