Tuesday 9 May 2017

Fit Muslimah Challenge

I WANT TO BE A FIT MUSLIMAH, NOT FAT MUSLIMAH. 

Matlamat 2017 saya dari segi kesihatan ialah ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg untuk dapat berat badan yang ideal. Awal tahun hari tu ada la jogging kat pantai tapi sekejap je. Tak istiqamah. 

Jadi sekarang dah pun bulan 5. Tinggal 7 bulan je lagi untuk saya capai target. So far baru berjaya turunkan 5 kg. Tu pun takleh percaya sangat sebab berat selalu turun naik. 

Saya decide yang saya kena start exercise semula walaupun hanya di rumah. Bukan semata-mata nak kurus tapi juga supaya lebih cergas, lebih bertenaga, dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit. 


Sekarang nak pergi jogging agak susah sebab saya menjaga ummi yang terlantar sakit dan tak dapat menguruskan diri sendiri. Jadi pilihan yang terbaik ialah dengan exercise dari rumah. 

Tak susah pun sebenarnya kalau kita nak. Banyak video kat youtube yang boleh dijadikan panduan. Boleh pilih jenis senaman yang kita suka. 

Macam saya, suka aerobik, zumba, yoga, power walk dan yang terbaru combat fitness. Bila tertengok kat youtube tempoh hari. Yang penting pilih exercise yang kita rasa seronok untuk lakukan, dan bukannya rasa stress. 

Saya nak wajibkan diri supaya dapat jadikan exercise sebagai rutin, macam kita makan nasi dan solat. Biasanya saya spend 30 minit atau jika kurang berpeluh saya akan sambung lagi hingga 1 jam. Rasa seronok sangat bila peluh menitik keluar dengan lajunya, walaupun hanya exercise di rumah. 

Video apa yang best untuk beginner? Di sini saya kongsikan. Mudah-mudahan bermanfaat. 


Jangan lupa bersenam. Let's get fit!


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387


No comments:

Post a Comment