1. Milk thistle
Milk thistle merupakan kawan baik hati ; ia menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikel bebas, membaiki sel hati yang rosak, dan melindungi sel hati baru daripada mengalami kerosakan akibat toksin.
Bagaimana ia bertindak? Silymarin iaitu campuran flavonoid yang dihasilkan daripada biji benih milk thistle, bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikel bebas daripada merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras gluthathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan dadah (termasuk ubatan over-the-counter).
Selain itu, kompleks flavonoid dalam milk thistle menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak. Sebab itulah ia digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis dan juga cirrhosis (hati rosak).
Kajian yang dilakukan terhadap tikus juga menunjukkan silymarin melindungi hati daripada menjadi rosak akibat toksin (contohnya alkohol). Kajian juga menunjukkan milk thistle boleh mencegah daripada berlakunya penyakit Alzheimer dan juga melawan sel kanser usus dan prostat. Jika milk thistle berkesan untuk penyakit kronik, bayangkan bagaimana ia boleh menyokong kesihatan hati dan membantu detoks.
2. Dandelion
Adakah anda sedang mencari makanan yang dapat menyokong kesihatan hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tapi ciri penyembuhan yang terdapat pada dandelion telah dikenalpasti sejak zaman lampau lagi. Dalam masyarakat India, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaundis, cirrhosis, dan bengkak hati. Dalam perubatan China, ia merupakan antara herba yang penting dalam merawat diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan masalah penghadaman.
Kenapa dandelion sangat popular? Seperti milk thistle, ia kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin A, B, C, D, E, beta karoten, mineral seperti zink, iron, potassium, dan selenium untuk kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, yang biasanya terdapat pada sesetengah spesies cendawan yang dikatakan mempunyai ciri antitumor.