Sunday 6 August 2017

Jalan-jalan ke Kota Bharu

Semalam saya dan keluarga jalan-jalan ke Kota Bharu. Bagi orang Besut, Kota Bharu menjadi tumpuan untuk shopping atau jalan-jalan berbanding Kuala Terengganu. Nak buat macam mana.

Kat Kota Bharu macam-macam ada berbanding Kuala Terengganu. Shopping mall pun lebih daripada 5 kut. Malah orang Kuala Terengganu pun ramai yang shopping kat sini.

Saya pun tak ketinggalan. Paling tidak sebulan sekali mesti turun Kota Bharu. Kadang-kadang sebab pergi Shaklee, atau pun sebab ada urusan lain.

Apa pun sebabnya, memang suka sangat Kota Bharu ni. Tak tahu kenapa. Kalau nak pindah, Kota Bharu menjadi pilihan utama saya. Bolehlah window shopping kat Aeon Mall hari-hari. Hehe. Melampau betul impian tu.

Tempat tujuan kami semalam ialah Wakaf Che Yeh kerana ada kelas belajar memasak nasi lemak. Kelas ni under Dato' Chef Li. Kalau pernah baca buku Jutawan Senyap, mesti kenal siapa beliau.

Selain tu, kami ke Aeon Mall. Saya suka sangat Aeon Mall yang baru dibuka ni kerana kemudahan suraunya yang cantik, selesa dan luas. Tempat wudhu' ditempatkan bersekali.

Dan yang paling penting ianya bertutup, terlindung daripada pandangan lelaki. Takdela susah berbanding tempat wudhu' yang ditempatkan sekali dengan tandas dan terpisah dengan surau. Terpaksa la pakai stokin semula lepas ambil wudhu' tu untuk menuju ke surau. Habis basah stokin.

Nampak macam perkara remeh je tapi sebenarnya ia merupakan masalah besar bagi muslimat bila tempat wudhu' tidak bersekali dengan surau dan juga terbuka (tak terlindung daripada pandangan lelaki).

Satu lagi yang saya suka ialah lif yang banyak. Entah kenapa Khadijah tu tiba-tiba jadi takut pulak nak naik escalator. Puas dipujuk tapi tetap tak nak. Jadi terpaksa la naik lif.

Kalau shopping complex lain, cuma ada 1 je la lif biasanya. Tapi kat sini ada lebih daripada 1. Jadi sangat memudahkan.

Hajat di hati nak pergi Aeon Mall sebenarnya nak ke Daiso. Nak cari cat dispellant. Tak tahan kucing asyik berak depan rumah je. Tapi alih-alih jumpa Mr Diy. Rambang mata sampai tak ingat tujuan utama nak cari Daiso. Takpelah next visit kita ke Daiso pulak.

Hari tu baru tau ada Perpustakaan Awam di tingkat paling atas. Tak sempat explore semua lagi sebab besar sangat. InsyaAllah next time mesti singgah library tu.

Takde gambar untuk dikongsi sebab lupa nak ambil. Overall Aeon Mall Kota Bharu memang best!


Labels: Aeon Mall Kota Bharu, Bisnes part time, Bisnes Shaklee, Diari WAHM, Personal

Sunday 14 May 2017

Tips Minum Air Masak dengan Banyak Supaya Cepat Kurus

Pagi ni saya tak exercise macam biasa sebab puasa. Kalau rajin, exercise lepas buka puasa nanti. Nak exercise tak semestinya kena ambil masa yang lama. 10 minit pun dah ok.

Dalam proses menurunkan berat badan, pengambilan air sangat sangat la penting. Tapi bagi yang tak suka minum air masak, masalah jugak tu. Asyik nak minum air manis je. Sayalah tu.

Entah kenapa memang tak suka minum air masak/kosong. Tapi ada caranya tau yang saya amalkan supaya boleh minum air masak dengan lebih banyak.

Yang saya suka buat ialah air rendaman kismis. Rendam kismis ke dalam air masak sebelum tidur. Bila-bila masa pun boleh sebenarnya. Tak kisah sama ada nak letak dalam peti sejuk atau letak kat luar je. Asalkan bertutup. Esoknya dah boleh minum air rendaman kismis tersebut yang ada rasa sedikit masam, yang menjadikan rasanya lebih sedap.

Selain itu, air lemon. Yang ni pun tak susah untuk diamalkan. Sebiji lemon tu kita boleh gunakan 2 hingga 3 hari. Bukan recycle sebiji lemon tu untuk 3 hari, tapi kita bahagikan lemon tu kepada 3 bahagian. Kalau buat sebiji terus untuk sehari rasanya terlalu masam la kut. Jadi bila bahagikan macam ni, rasanya just nice. Tak terlampau masam. Jimat pun jimat.

Paling bagus minum air lemon suam waktu pagi. Tapi saya minum je sepanjang hari. Habis air dalam tumbler, top up lagi. Bagus juga minum ni, dapat kurangkan rasa nak minum air manis. Selain itu, of course dapat bonus makin kurus ahahaha. Kalau takde lemon, limau kasturi pun best jugak.




Ada satu lagi cara paling mudah untuk minum air masak dengan banyak iaitu beli je Performance Drinks (PD). PD ni minuman elektrolit. ala macam 100 plus tu. Tapi yang ni dalam bentuk serbuk, tanpa gula dan juga takde gas. Pilihan yang lebih sihat kan? PD ni rasa oren. Kalau minum sejuk-sejuk tu memang marvellous.

Kalau bulan puasa wajib ada ni sebab ia sangat membantu untuk kurangkan rasa dahaga terutamanya ketika cuaca panas terik. Jadi sangat sesuai diambil oleh anak-anak yang baru nak belajar berpuasa tu. Takla diorang rasa haus sangat sampai kena telan air paip dalam bilik air nanti. Hehe. Selain itu, ia juga dapat kurangkan rasa letih.





Untuk ibu menyusu pun memang saya recommend yang ni. InsyaAllah nanti takdela asyik kering tekak je sampai rasa nak pitam sebab menyusu. Ok kalau nak order PD, cepat-cepat contact saya sebelum habis stok nanti. Harga RM 97.00 termasuk pos. 

Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 


Saturday 13 May 2017

Berat Badan Ideal

Rasanya belum sampai sebulan saya start istiqamah exercise. Tapi dah banyak perubahan yang saya alami. I like. 

Masa awal-awal dulu, susah nak berpeluh. Kadang setengah jam dah exercise tapi belum berpeluh pun. Sekarang, exercise sekejap pun dah berpeluh. 

Dulu ada juga la rasa sakit urat atau mungkin lebih tepat lagi sakit otot masa mula exercise. Kini dah banyak sangat kurang. 

Dulu pergerakan semasa solat agak sukar. Tapi kini rasa jauh berbeza. Nak rukuk, nak sujud, bangun dari sujud lebih mudah untuk dilakukan. Amazing. 

Dulu selalu rasa stress. Kini tidak lagi. I feel great. 

Dulu susah nak bangun qiamullail. Sekarang lebih mudah, walaupun tidur agak lewat. Yang ni memang saya rasa syukur sangat. 



























Dah dapat rasa lemak sekitar paha dan perut makin berkurang. Tapi bila timbang, berat tak turun pun. Pelik. Rupanya sebab lemak dah hilang tapi diganti dengan otot. 

Overall saya rasa sangat enjoy bila lakukan exercise ni. Semoga saya terus istiqamah untuk mencapai berat badan idaman iaitu 55 kg. 


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah