Friday 23 December 2016

Kalau Boleh Hadiahkan Produk Shaklee Kepada Setiap Keluarga, Nak Hadiahkan Apa?

Alhamdulillah sukanya bila Kak Kam dapat hadiahkan sebotol Vivix kepada setiap keluarga di Malaysia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi status ni mungkin hanya wujud dalam angan-angan kut. Jika ditanya apabila berpeluang, produk apa yang Kak Kam mahu hadiahkan kepada setiap keluarga di Malaysia, jawapannya tentulah Vivix.

Kerana Vivix merupakan produk Shaklee yang paling premium dan paling 'murah' iaitu RM 475 sebotol.

Vivix bertindak dari peringkat sel iaitu unit terkecil dalam tubuh manusia. Vivix bertindak mempertahankan sel daripada radikel bebas, memperbaiki sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel dan meningkatkan prestasi sel.

Tak hairanlah jika macam-macam penyakit kronik dan pelik-pelik boleh bertambah baik dengan Vivix. Sebab 4 tindakan Vivix seperti di atas.

Di sebalik testimoni yang banyak, Vivix sebenarnya mempunyai landmark study di mana ia merupakan bukti kukuh dan tak dapat disangkal lagi.

Testimoni macam-macam orang boleh claim. Tapi landmark study tak boleh. Suplemen Shaklee ada landmark study.

Ko hado?

Nak tahu lebih lanjut pasal landmark study Vivix boleh baca http://bit.ly/2gg4Bf0.


Thursday 22 December 2016

Impian Saya 20 Tahun Lagi

20 tahun lagi di usia 50 tahun jika masih diberi pinjaman nyawa saya pilih untuk memiliki kebebasan kewangan. Di mana pada masa tu dah bebas daripada sebarang hutang.

Kalau nak beli kereta dan rumah pun secara cash. Mungkin ada yang berpendapat rugi jika beli cash. Tapi buat masa ni itulah pendirian saya. Masa depan tak tahu lagi.

Dah ada rumah impian yang ada sekurang-kurangnya 6 bilik. Maybe dah ada beberapa buah rumah yang disewakan. Dan juga property lain. Serta mendapat pendapatan pasif daripadanya. Duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak tolong orang pun tak berkira. Sebab duit bukan lagi satu isu.  Macam-macam lagilah. Kalau nak cerita satu hari pun tak habis lagi hari ni. Impian yang lain tu saya simpan sorang-sorang je.

Yang paling penting tentunya memiliki kesihatan yang tip top. Sebab tak guna jika ada segala-galanya tapi terlantar sakit. Kesihatan memang kekayaan yang sebenar-benarnya.

Tak kisah jika orang kata impian kita terlalu besar kerana hanya kita tahu apa yang kita nak.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Tuesday 20 December 2016

Cara Urus Masa Antara Bisnes dan Tanggungjawab Lain

Biasanya awal pagi buat senarai to-do-list dulu. Kalau rajin buat sebelum tidur lagi.

Pagi banyak digunakan untuk bisnes, basuh baju, exercise dan juga masak. Biasanya jarang Kak Kam kemas rumah waktu pagi sebab waktu pagi merupakan masa produktif untuk Kak Kam.

Lepas lunch tu biasa masa kurang produktif sebab tend to mengantuk. So gilir-gilir buat kerja rumah dan bisnes masa ni.

Sebelum buat Shaklee time management ke laut. Banyaaak masa sangat tengok tv berjam-jam la, bersantai la, macam-macam. Sekarang lebih hargai masa dan cuba elak dari buat perkara yang membazir masa.

Kalau ada tools yang membolehkan kita jimat masa memang akan digunakan sebaiknya. Dulu kain baju lipat. Sekarang tak lagi bila dah tau tips jimat masa urus pakaian. Heaven sungguh bila takde longgokan baju untuk dilipat.

Jadual waktu harian pun buat. Ala macam jadual waktu sekolah tu. Tapi susah sikit nak ikut. Lebih banyak buat ikut dan asalkan kerja siap.

Apapun masih banyak lagi yang perlu dibaiki dalam mengurus masa. Terutamanya masa untuk siapkan entry blog. Biasanya ambil masa berhari nak siapkan satu entry.

Lepas ni aim nak siapkan 1 entry dalam masa kurang setengah jam je macam otai-otai buat. Wish me luck!

Lagi tips urus masa di sini : http://bit.ly/2g2dHfg