Nama saya Nor Zarita Binti Mat Saleh berumur 31
tahun. sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 . masa mula
mengandungkan anak sulung. Bila anak sulung. kita excited nak bagi yang terbaik
kan.
saya hanya cari info kt google je masa tu dan cari seller shaklee pun kat
google. Seller tu suggest esp utk ibu mengandung Tapi malangnya
tekak saya tak mampu nak telan esp sebab alahan yang teruk.
Akhirnya esp tu saya wakaf je kat ahli2 dalam
rumah. Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengan shaklee. Kali ni
kawan pula yang suggest sebab masa tu saya nak banyakkan susu. Tapi saya tak ambil
dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya esp kan
soya, mak tak bagi sebab tkut sejuk. Saya pun ikutkan jela.
Habis pantang saya minum esp tapi tak konsisten. Ikut
suka je sebab macam tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak
memang pantang anak atau menantu dia makan bukan-bukan lepas bersalin.
Saya
dapat susukan anak sulung sampai 8 bulan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan
stok pun tak banyak. Puas usaha buat power pumping tapi tak berhasil. Kecewa sudah
tentu, kerana saya memang berhajat nak breastfeed anak sampai 2 tahun.
Penghujung bulan 10 2014, saya disahkan mengandung
lagi. Masa mula pregnant anak kedua, saya hanya makan vitamin dari klinik
sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik
doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka
makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah
masuk 7 blan rasanya.
Saya mengadu pada kakak kecik molek kak Suhaila
Abdul dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut
sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic. mmg tak sakit da. boleh tido
lenaaaa habaq hang. hihihi Masa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung
dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut
kena czer. Baby songsang.
Akhirnya pada 30 mei jam 12 tengah malam saya
dimasukkan ke wad sebab dah leaking dan masa tu genap 36 minggu. Baby masih
songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kat
rest bay . Jam 6 pagi baru dipindahkan ke wad. Tp kena baring smpai jam 12 tengahari
dan bila dah boleh bangun saya mulakan operasi utk breastfeed baby.
Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital
sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang, saya
pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vit c.
Masa dalam wad saya
curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak. Niat saya satu je, nak banyakkan susu
dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah. sebelum minum esp (lepas
bersalin) saya pam dapat sebnyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya
jadi stress.
Tapi lepas minum esp, beberapa jam lepas tu
alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz. bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak
sebelum ni baby nangis, sekarang baby tdo kekenyangan. nurse yg buat routine
check puji je baik baby tdo. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas
sehari bersalin susu dah banyak. Malam sebelum tu nurse asyik jenguk sebab baby
nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu.
Owh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa
makanan orang pantang (saya memang takde spare makanan dan makanan dalam wad tak
makan sebabnya kebnyakannya tak sesuai) jadinya saya minum je. ESP Suami datang
dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang
lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat
saya takda langsung sakit perut.
Lepas keluar wad, saya masih lg minum ESP. kali ni
saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya
tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tp bila pam susu berbotol- botol
dapat. Akhirnya dia diam je bila tengok saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun
takda, jadi dia tak kisah dah. Empat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba
saya kena bengkak susu. Sakit sangat.
Saya terus message kak suhaila dan dia suggest
lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar lecithin dan suruh stop dulu
minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je lecithin terus makan dan try pam lagi
beberapa jam lepas tu .
Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah
bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam
pantang saya dah mula buat stok EBM . Masa anak sulung dulu tak macam ni dan
stok susu saya hanya disimpan dalam freezer biasa.
Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan
sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam.
Nurse yang datang check tanya saya ada ambil apa-apasuplement ke?
Saya jawab
saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak
susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua
atau tiga jam sekali saya mesti kena pam.
Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun
penuh smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya
buat stok EBM tu .Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat
kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu
untuk anak berlebih-lebih.
Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau
tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk
bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya
yang sulung, anak kedua dan anak susuan.
Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan
bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup
dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah
tiada ruang.
Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60
oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi nagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya
saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa
banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah. inilah pengalaman saya
menggunakan produk ESP dari shaklee.
Sekian wassalam.