Showing posts with label vitamin untuk anak demam. Show all posts
Showing posts with label vitamin untuk anak demam. Show all posts

Wednesday 4 April 2018

Cara Tingkatkan Antibodi Supaya Anak Tidak Lagi Selalu Sakit, Demam dan Selsema

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 30: NAJIHAH ABDUL MUTALIB

TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahaya mata yang berusia setahun setengah sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia setahun setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplemen atau vitamin ni.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.

Thursday 16 February 2017

Vitamin Untuk Anak Yang Selalu Sakit dan Kerap Ke Klinik



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 2 : LINA AKHTAR


[SUPLEMEN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK SIHAT]


Anak-anak ni rezeki kan.. apa pun kita lakukan adalah untuk kebahagian anak-anak. Tak kira la berapa orang anak..


Ingat lagi masa anak sulung saya usia 1 tahun 6 bulan macam tu.. kulit dan kesihatan sangat rendah. Sampai boleh dikatakan setiap bulan mesti ada je ke klinik yang berdekatan. Paling risau bila demam saat suami kerja luar dan tidak bersama kami kat rumah.


Selepas dah berapa kali mencuba dan nak yang terbaik. Alhamdulillah...
Ni pula si adiknya.. kulit makin putih dan kecerahan semakin buat ibu geram... dengan dia saya bermula 100% PRODUK SHAKLEE sedari hamil sampai la usia dia sekarang 2 tahun 9 bulan. 


Bersyukur sangat.. terlalu jarang ke klinik. Bila badan dedah suhu 37'c macam tu.


Antara yang saya amalkan adalah up dose Omega.. Vita C Chewable paling dia suka dan cream Herbal Blend tu untuk sejukkan badan dia. Sangat menjadi sebab cream tu ada menthol mint dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.


Nak kuatkan imun booster anak-anak? Saya pilih Nutriferon sekali sekala bila perlu.
Dan... mommies gojes nak tau.. ianya SANGAT JIMAT & BERBALOI dengan produk ni.. 


Mungkin ada anak-anak mommies yang cerewet dan sukar nak makan ubat klinik ... maka..
Inillah PENYELESAIANNYA! 


Anak-anak pasti suka dan mommies yang berkerja tak perlu risau bila hantar anak ke taska. Pengasuh mahu pun anak-anak yang bersekolah.


Yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dan pengalaman menjaga anak-anak tak sihat saat suami kerja luar dan berjauhan dari keluarga menbawa 1001 pengalaman untuk saya.


Saya rela tak belikan pakaian baru untuk mereka tiap bulan. Asalkan stok vitamin ni cukup untuk mereka anak-anak kesayangan saya. 


Anda juga pasti terlalu sayangkan anak-anak dan nak yang terbaik untuk kesihatan anak-anak kan.
Buat pilihan yang terbaik. Mereka juga adalah pelaburan dan penyambung generasi kita di masa hadapan. Alhamdulillah.


Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 21 June 2016

Vitamin Untuk Kanak-Kanak


Assalamualaikum.



Memiliki anak-anak yang bijak dan sentiasa sihat adalah idaman dan doa setiap ibu bapa. termasuklah juga kami. sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kami.


Muhammad Ziqri (5 tahun) dan Muhammad Muqri (3 tahun) tiada masalah untuk mengambil vitamin setiap hari. malah vitamin ini umpama 'gula-gula' mereka. Sehari tak dapat, tak keruan.


Saya mula berikan mereka vitamin apabila umur mereka masing-masing memasuki umur setahun. Md.Ziqri anak sulong kami lebih awal consume vitamin Shaklee berbanding adiknya. seorang peaky eater. saya berikannya meal shake secara konsisten dan ianya sangat membantu menambah selera makannya.


kenapa saya kata 'beri secara konsisten'? Ini kerana saya nampak perbezaannya bila saya berikannya secara konsisten dengan saya berikannya 'asal ingat'. apabila diberikan meal shake itu secara konsisten, saya dapat lihat sendiri penambahan selera makannya.


Selain dari Meal Shake minuman protein berperisa vanila, saya juga berikan Chewable Vitamin C dan Omega Guard.. dua produk ini mereka ambil secara bersahaja. kunyah seperti gula-gula. Dua produk ini membantu meningkatkan sistem imun anak2 saya. 


apabila mereka selsema, batuk, demam, saya berikan lebih chewable vitamin c dan omega guard itu dan alhamdulillah membantu mengurangkan selsema dan batuk dengan cepat. rumah kami tiada pcm.


Chewable Vitalea baru sahaja mereka ambil memandangkan produk ini baru 'in' semula dalam pasaran. Rasanya yg manis-manis anggur memang menarik selera anak2 saya.. multivitamin yang manis tetapi tidak merosakkan gigi.


dan satu lagi produk Shaklee yang sangat digemari oleh dua orang anak kami nie adalah Nutriferon. antibiotik semulajadi yang memang diorang sendiri akan minta bila badan rasa tak selesa. Lebih2 lagi Md Ziqri. bila dia rasa selsema nak demam, nutriferon yg dia akan cari dahulu..


Alhamdulillah.. Set Vitamin Shaklee Anak Bijak dan Sihat ini membantu memberikan kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak saya. kesihatan yang baik ini sangat berharga pada kami.. anak sihat hati kiter sendiri senang. Anak sihat membantu perkembangan aktif anak2 kita.. insyaAllah yang terbaik untuk mereka.


Nur Salwa 

































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah