Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun.
Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah. Lama tak lama la. Since saya
menyusukan anak pertama lagi kira-kira 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil
peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk
ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah
susu.
Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan.
Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari
solutionnya. Macam-macam cara kan nak bagi anak tu direct feed balik. Tapi saya
buat tak kisah je. Ada susu adala. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi
susu FM je.
Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah
sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan
Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang
Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh,
bersalah sangat! Maafkan mama sayang.
Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian,
hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak
menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3
saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin. Saya kecewa sangat-sangat sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde
susu.
Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital
pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas
bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala
susu nak keluar kalau saya tension + stress kan.
Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit.
Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah
meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.
Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu
tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start
meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis.
Saya try google kat internet nak cari punca baby
menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya
bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi
mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah.
Tak boleh jadi ni.
Saya google then terbaca pasal pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order
Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat
set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak
bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM
saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan. Saya lagi teruja bila susu
badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha. Plus jadi warna kuning.
Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa
saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je.
Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super
duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena. Mama
dia pun dapat rehat secukupnya.
Tu bab susu.
Ada cerita lain. Pasal kulit muka.
Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami
sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan
anak-anak, lepas salam-salam semua, dia tenung saya dan cakap. "Eh, mama makin
putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi
yang sebab kulit saya jadi bersih tu. Sebab saya ingat hormon baru lepas
bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin
cantiklah. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu.
Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni.
Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum
yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan
menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu
isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga.
Thats why, ibu-ibu yang menyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan
berseri-seri.
Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang
atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya
consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak
memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga
makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia.
Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan
minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay.
Pakej haaa. Badan cergas, susu ibu banyak, baby
sihat, kulit muka makin flawless. Semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee.
Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee.
Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan
ni.
LIYANA UZIR
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee
dan untuk order sila hubungi:
Siti Nor Kamilah