Wednesday 13 January 2016

Rutin WAHM (Work At Home Mom)

Alhamdulillah seawal 9.30 pagi dah siap masak 1 lauk untuk tengah hari. 

Lauk sayur tengah hari ni pulak masak sebab tak cukup bahan.

Keluar beli nanti sambil ambil Khadijah dari tadika.

Antara kelebihan berada di rumah ialah dapat mengatur masa mengikut keselesaan dan keutamaan kita sendiri.

Dulu selalu masak bermula pukul 11 pagi atau 11.30 pagi.

Sekarang nak cuba masak awal pagi pula.

Lepas tu boleh fokus untuk kerja bisnes pula.

Apakah kesyukuran anda hari ini?



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387



Wednesday 6 January 2016

Anakku Dah Besar

Cepatnya masa berlalu. Macam baru je rasanya Ummi lahirkan Khadijah. Tiba-tiba je dah besar. Dah pun 6 tahun. 

Hari ni dah masuk hari ke 4 Khadijah ke Tadika KEMAS. Setakat ini nampaknya dia enjoy belajar kat situ. Nak kejutkan dia pun tak susah. Kadang-kadang dia yang bangun sendiri. Mudah-mudahan semangatnya berkekalan sampaila hujung tahun. 

Oleh sebab tahun depan dia dah nak menjejakkan kaki ke sekolah, harapan saya semoga Khadijah dapat membaca dengan baik tahun ini. Risau jugak dibuatnya bila dah pun 6 tahun tapi belum pandai membaca. Mak manalah yang tak bimbang kan? Ramai yang sebaya dengannya dah pun pandai membaca. 

Nak mengajar sendiri tak pandai (mungkinkah ini cuma alasan semata-mata?) Serius memang tak pandai nak mengajar. 




Doa Ummi untuk Dija - jadi anak yang solehah dan cerdik supaya dapat menjadi pencen kubur Ummi, disayangi kawan-kawan dan guru, pandai bergaul dengan semua orang, rajin belajar, rajin mengaji, hormati semua orang lebih-lebih lagi orang tua dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah