Thursday 8 May 2014

Set Penyusuan Shaklee Basic

Bila sebut set menyusu ramai ingat bila ambil set ni confirm susu ibu akan bertambah banyak. Sebenarnya pengambilan set penyusuan bukan membanyakkan susu ibu, tapi ia memberi nutrisi secukupnya kepada ibu supaya lebih bertenaga, lebih sihat untuk menjayakan penyusuan tersebut.

Selepas bersalin, pengeluaran susu ibu kurang adalah perkara yang normal. Namun ada juga ibu yang tiada masalah langsung atau pun boleh dikatakan banyak susu. 

Ibu yang kekurangan susu mulalah rasa risau takut-takut tak dapat nak susukan bayi dengan sempurna. Mungkin si ibu berfikiran bahawa memang susunya sikit dan tak boleh nak buat apa dah untuk atasi masalah tersebut. Usah panik! 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Antara suplemen yang boleh membantu ibu menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun ialah :

1. Vitalea (multivitamin)
Lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melengkapi nutrisi yang diperlukan akibat diet tak seimbang. Selepas bersalin ibu cenderung untuk mengalami kekurangan zat, apatah lagi jika mengamalkan pantang yang strict yang mengabaikan pengambilan buah dan sayur-sayuran.

2. Vitamin C
Untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu. Vitamin C penting untuk untuk perkembangan bayi. Ibu menyusu yang mengambil vitamin C akan menyalurkan khasiat melalui susu ibu - bayi tidak mudah terkena penyakit kerana sistem imun yang tinggi. Vitamin C juga berperanan mencantikkan kulit.

3. B Kompleks
Membantu mengelak stress dan juga untuk tenaga. Apabila stress, penghasilan susu ibu turut terjejas. Juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

4. Alfalfa
Banyak nutrien penting dan vitamin yang semuanya penting untuk pertumbuhan yang sihat. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai milk booster sejak berabad-abad dahulu lagi. 






Selain pengambilan suplemen yang konsisten, perkara yang paling penting untuk menjayakan penyusuan termasuklah pengambilan air sebanyak 3 liter sehari. Selain itu, kekerapan mengepam setiap 2 hingga 3 jam sekali.

Semua itu hendaklah dilakukan tanpa rasa jemu demi memastikan insan tersayang mendapat khasiat yang secukupnya melalui susu ibu, dan bukannya susu formula. 

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Wednesday 7 May 2014

Bolehlah Ambil Vitamin Shaklee Semasa Period/Haid

Ramai jugak yang bertanyakan bolehkah saya makan supplement shaklee sewaktu haid ni. Saya faham anda keliru dengan perbezaan antara jamu, produk-produk kecantikan/kesihatan lain dan juga supplement shaklee. Mungkin ada sesetengah produk selain supplement shaklee yang tidak boleh diambil sewaktu haid.

Berbeza dengan supplement shaklee, supplement shaklee sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi,  dan supplement shaklee hanya membantu menutup lubang-lubang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.

Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru. 

Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian. 

Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.

Bagi orang yang sedang haid atau turun darah nifas ataupun selepas pembedahan, golongan ini amat memerlukan zat dan nutrisi untuk membina kembali sel-sel darah merah yang baru.  

Kerana darah manusia 91% terdiri daripada air, dan lebihan 9% lagi adalah protein dan mineral-mineral, hormon, pelbagai jenis garam, antibodi, albumin dan bahan pembeku darah.

Contoh mudah kenapa selepas menderma darah kita diberi minum milo dan juga roti. Apa ada dalam dua jenis makanan ini? Ada karbohidrat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, kalsium, protein, lemak. Semuanya untuk memberi tenaga kembali dan membina sel-sel darah yang baru.


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387

Blog Kerja Dari Rumah Yang Menjadi Favourite Saya

Kerja dari rumah kini bukan lagi satu perkara yang janggal. Cuma berbekalkan internet, semua orang boleh bekarja dari rumah. Kat oversea dah lama perkara ini diamalkan. Bukan setakat Work At Home Mom (WAHM), Work At Home Dad (WAHD) pun ramai. 

Tapi sekarang kat Malaysia pun dah ramai yang jadi WAHM dan WAHD ni. Contoh WAHD ialah blogger yang terkenal tu - Ben Ashaari. Best je tengok. Duduk rumah jaga anak. Walaupun isterinya masih bekerja kat luar, itu bukan menjadi masalah. Yang penting persefahaman. 

Antara blog yang menjadi favourite saya tentang kerja dari rumah ialah blog Panduan Bekerja di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) kelolaan Puan Masayu Ahmad. 





Kat Malaysia belum banyak lagi blog kerja dari rumah. Jadi, blog inilah satu-satunya yang menjadi rujukan saya. Sangat banyak tips yang dikongsikan oleh Puan Masayu. Tiap-tiap hari pasti saya akan jenguk blog beliau. Kalau tak, rindu rasanya. 

Rakan-rakan Shaklee saya pun ramai yang bekerja dari rumah, dan kedua-dua suami dan isteri bekerja dari rumah pun ramai. Syok kan? hehe.

Insya Allah tak lama lagi saya pula bakal menyusul. I love being at home!
That's why i'm doing Shaklee business.



Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387