Sunday 15 September 2013

Manfaat ESP Shaklee

Jika ditanya kepada pengguna Shaklee tentang produk yang menjadi favourite, saya pasti yang majoritinya akan menjawab ESP (Energizing Soy Protein). Ia menjadi favourite saya juga. Kenapa ESP? Kerana ia memberi 1001 manfaat dan kebaikan. Hanya dengan 1 produk. 


Antara manfaat ESP Shaklee yang utama ialah :

Pemberi tenaga segera – Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Ia juga meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan gejala tekanan  yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Kekal awet muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi – Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon (yang sama dengan fungsi hormon wanita). Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan fungsi prostat lelaki - Genistein dalam kacang soya telah terbukti mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Memulihkan pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kredit : vitaminsemulajadi.com

Best tak? Tu baru sikit. Nanti saya akan kongsikan lagi manfaat lain ESP. Antaranya untuk kecantikan kulit, penyusuan, kesuburan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Pastikan anda follow blog ni ye. 

Satu canister ESP tahan untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk mendapatkan harga diskaun :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 11 September 2013

Testimoni : Kurus Dengan Shaklee

Antara produk Shaklee yang glamour ialah set untuk kuruskan badan. Ramai juga yang tanya. Betul ke Shaklee ni berkesan untuk turunkan berat badan? Kalau kurang yakin, mari kita tengok testimoni kurus dengan Shaklee ni.

Kredit : ibuhakimhaikal.com

-----------------------------------------------------------------------------------------
Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..


Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6 bulan. Selera makan membuak-buak. Dan badan juga bagai dipam-pam. Lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria-ia. Jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas di fikiran ni nak makan. Yang sangat sedihnya bila seluar jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi huhu.

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar jeans yang saiz 34 tu. Sebab saya sayangkan seluar tu. Dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu. Ceh. Slim ke haha.

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul-betul dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..


- Saya kurangkan makan nasi. Mula-mula makan dalam jumlah yang sedikit. Ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bulan macam tu lah. Memang susah nak biasakan tapi lama-lama saya jadi terbiasa.

- Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau.

- Saya kurangkan fast food(No KFC, No Pizza)

- Saya bersenam dalam rumah je. Senaman ape yang saya buat ye. Saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek-gelek kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh. Mula-mula saya digelakkan oleh anak-anak dan suami huhu.

- Saya mula aerobik kat Taman Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bulan..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemuk dengan beraerobik..memang terbaekkk..

- Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti mee hoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..

- Saya banyakkan minum air masak..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisme badan kita..

- Saya kawal nafsu makan saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..

- Saya menjalani proses detoks dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyingkiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam-macam terima jenis makanan..

- Saya istiqamah makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)


Memang lambat untuk saya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan-angan je..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159 cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kena kecikkan..huhu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak kurus ni bukan senang. Makanlah produk yang paling mahal sekalipun, jika tidak sabar dan berdisiplin dalam mengawal pemakanan, tiada gunanya. Tapi kita ada pilihan untuk pilih produk atau suplemen yang boleh membantu mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan tersebut. 

Shaklee bukan sahaja menawarkan suplemen untuk kuruskan badan yang selamat, berkesan malah harganya juga mampu milik, jika dibandingkan dengan rawatan di pusat pelangsingan yang menelan belanja ribuan ringgit. Pendek kata, memang berbaloi untuk wang anda.

Order Set Slimming Shaklee, hubungi :

Kamilah
Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 9 September 2013

Menyusukan Anak Sambil Kuruskan Badan

Ramai di kalangan ibu yang baru dalam dunia penyusuan masih dalam ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan terutama apabila ayat yang selalu diberitahu ialah :

1. Jangan control makan sebab ianya akan ditukarkan menjadi susu ibu.
2. Pastikan pengambilan air yang seimbang dengan makanan.

Sesungguhnya makanan dan minuman itulah yang akan menghasilkan susu. Ada juga pendapat mengatakan lagi banyak makan lagi banyak susu. Ini kerana penghasilan susu ibu itu sendiri akan membakar kalori si ibu dan membantu badan si ibu tidak naik mendadak.

Namun tidak saya nafikan ada ibu-ibu yang menyusukan anak yang mendapati dirinya semakin membesar atau kenaikan berat sejak mengandung yang tidak turun-turun. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi antaranya ialah genetik, metabolisme yang rendah, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup.

Bagi ibu-ibu baru ada antara mereka yang sanggup berhabis duit ke tempat pelangsingan, bagi yang berduit boleh sahaja. Namun ada juga yang mengamalkan produk pelangsingan yang kononnya dijamin selamat untuk penyusuan. Bagi pendapat ibu secara peribadi, jika kita benar-benar berniat nak menyusukan si comel kita, kita perlu concern dengan apa jua yang kita makan kerana sesungguhnya ia memberi kesan kepada si kecil. 

Jika produk pelangsing itu membuatkan si ibu cirit birit, adalah lebih baik jangan diteruskan. Ini dikhuatiri mengganggu sistem penghadaman si kecil yang sedang menyusu dan boleh membawa kemudaratan pada si ibu dan juga anak akibat dehidrasi.

Ada juga email yang diterima yang bertanyakan apakah suplemen yang boleh membantu si ibu menghasilkan susu ibu dengan baik dan waktu yang sama membantu si ibu melangsingkan badan. Untuk merungkai persoalan ibu yang bertanya, saya kongsikan di blog ini agar ibu-ibu di luar sana yang berniat untuk menguruskan berat badan mendapat manfaat bersama.

Antara suplemen yang membantu ibu yang menyusu sambil berniat untuk melangsingkan badan ialah :

1. Protein soya (Alhamdulillah ramai yang telah mencuba protein soya ini memberi maklum balas yang buat ibu senyum lebar, antaranya ialah bengkak susu, bertenaga dan kulit kelihatan sangat cerah tanpa menggunakan krim pencerah!)

2. Multivitamin- ia sangat penting demi memastikan badan si ibu dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.



3. B complex- memastikan si ibu tetap bertenaga dan mood yang stabil.


4. Vitamin C- sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.

5. Alfalfa- membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik.

6. Performance drink- memastikan kandungan gula dalam badan si ibu sentiasa stabil dan mengelakkan dehidrasi.


Semua suplemen ini ibu makan sepanjang penyusuan beserta beberapa suplemen lain dan alhamdulillah ibu sangat puas hati. Suplemen ini semua selamat untuk penyusuan dan membantu si ibu menjaga badannya.

Cara pengambilan yang betul sangat membantu si ibu mencapai kejayaan!

Siapa tak nak cantik kan? Kecantikan itu adalah milik setiap insan! Nah, di samping berikan terbaik untuk anak, dapat yg terbaik utk diri sendiri, bonus juga buat suami!

Kredit : anakkuwiraku.com

Jika berminat untuk mencuba, hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah