Friday, 5 September 2014

Berkenalan dengan Pinterest

Entah macam mana tiba-tiba boleh terdaftar Pinterest. Klik situ klik sini. Last-last daftar. Sebelum ni tak minat pun nak ambil tahu. Sebab tak tahu apa fungsi dia. Dan tak reti nak guna. Tapi bila dah daftar, rasa macam best pulak. Boleh save gambar atau link yang kita suka dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Sebelum ni, save dalam komputer, pendrive atau dropbox. Tapi takleh la nak save sekali ngan link tu. Kena copy + paste dalam Word dulu la biasanya. 


Flower - my favourite ever


Jadi sekarang, saya rasa saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah saya. Teruja jugak, lebih-lebih lagi bila ada secret board. Bolehla saya save gambar wishlist saya, rumah impian saya, kereta impian saya, travel destinantion impian saya, macam-macam lagi lah kan. Bukan apa, kadang-kadang malu nak share impian kita dengan orang. 


Secret board

Tapi kat atas tu saya share jugak wishlist dalam secret board saya supaya anda boleh doakan saya. Salah satu cara nak capai impian ialah beritahu orang lain. Jadi bila dah tahu bolehlah anda doakan saya :)


Linkedin pun boleh save dalam Pinterest

Gambar kat atas tu antara perkara yang saya suka baca. Tapi kadang-kadang tak sempat nak go through. Jadi biasanya, saya buat bookmark kat komputer. Hasilnya, panjang berjela la bookmark saya tu. Baca tak pun. Dengan adanya Pinterest ni, senang la. Pin je. Dan saya boleh baca bila-bila masa saya nak. 

Itu Pinterest dari sudut pandang saya. Tapi sebenarnya saya belum tahu apa kegunaan dia yang sebenar-benarnya. Ada sesiapa tahu?


Saya pengedar sah Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...