Tuesday 9 May 2017

Fit Muslimah Challenge

I WANT TO BE A FIT MUSLIMAH, NOT FAT MUSLIMAH. 

Matlamat 2017 saya dari segi kesihatan ialah ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg untuk dapat berat badan yang ideal. Awal tahun hari tu ada la jogging kat pantai tapi sekejap je. Tak istiqamah. 

Jadi sekarang dah pun bulan 5. Tinggal 7 bulan je lagi untuk saya capai target. So far baru berjaya turunkan 5 kg. Tu pun takleh percaya sangat sebab berat selalu turun naik. 

Saya decide yang saya kena start exercise semula walaupun hanya di rumah. Bukan semata-mata nak kurus tapi juga supaya lebih cergas, lebih bertenaga, dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit. 


Sekarang nak pergi jogging agak susah sebab saya menjaga ummi yang terlantar sakit dan tak dapat menguruskan diri sendiri. Jadi pilihan yang terbaik ialah dengan exercise dari rumah. 

Tak susah pun sebenarnya kalau kita nak. Banyak video kat youtube yang boleh dijadikan panduan. Boleh pilih jenis senaman yang kita suka. 

Macam saya, suka aerobik, zumba, yoga, power walk dan yang terbaru combat fitness. Bila tertengok kat youtube tempoh hari. Yang penting pilih exercise yang kita rasa seronok untuk lakukan, dan bukannya rasa stress. 

Saya nak wajibkan diri supaya dapat jadikan exercise sebagai rutin, macam kita makan nasi dan solat. Biasanya saya spend 30 minit atau jika kurang berpeluh saya akan sambung lagi hingga 1 jam. Rasa seronok sangat bila peluh menitik keluar dengan lajunya, walaupun hanya exercise di rumah. 

Video apa yang best untuk beginner? Di sini saya kongsikan. Mudah-mudahan bermanfaat. 


Jangan lupa bersenam. Let's get fit!


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387


Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berlapar

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 38: NADIA EZDANIE (FIRAS)
[BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 10KG SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE]

Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang.

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan bersenam tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang. Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.

Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih efisien. Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax, ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.

Image may contain: 3 people, text

Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih efisien. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang dimakan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.

Untuk order Set Kurus Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 7 May 2017

Ubat Gatal Kulit Paling Mujarab, Dah Tak Tergaru-garu Lagi

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 37: NADIA EZDANIE (AMNA BT. FIRAS)
[KULIT SENSITIF BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN HERBAL BLEND SHAKLEE]

Saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama Shaklee. Walaupun nampak remeh temeh di mata orang lain tetapi tetap merisaukan hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Saya dikurniakan 2 orang cahaya mata, sulung lelaki dan yang kedua perempuan. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya yang bernama Amna Bt. Firas yang berusia 2 tahun.

Dia mempunyai kulit yang sangat sensitif dan dia juga mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu mengkopeng/menggaru kudis yang ada di tubuh badannya sampai kudis tersebut luka kembali dan meninggalkan kesan parut yang tidak diingini. Ibu mana tidak runsing, tubuh anak daranya penuh dengan parut dan berbintang timur!!!!

Inilah contoh luka (dalam gambar) yang selalu si Amna menggaru/mengkopeng luka tersebut sehingga berdarah semula. Sebelum saya menggunakan Herbal Blend luka sebegini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh bagi kulit Amna. Lama-kelamaan luka ini akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama untuk kulit Amna untuk sembuh sepenuhnya seperti kulit asalnya.

Image may contain: 2 people, people smiling


Saya tidak perlu risau lagi dengan keadaan kulit Amna setelah saya mengamalkan Herbal-Blend di kulitnya. Selain dari luka, saya juga akan menyapukan krim Herbal Blend ini kepada Amna sekiranya terdapat gigitan nyamuk atau serangga ataupun gatal pada kulit dan ruam-ruam lampin. Setakat ini masalah saya telah dirungkai. It look simple but it is amazing for me. That is Shaklee.

Untuk order Herbal Blend dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah