Thursday 5 January 2017

Cara Basuh Sayur Supaya Hilang Racun Serangga / Pestisid

Macam mana cara kawan-kawan basuh sayur? Ada yang guna garam. Ada yang guna cuka. Ada yang guna soda bikarbonat. Ada yang guna pencuci sayuran dan buahan yang boleh didapati di pasaran. Tapi yang mana satu yang terbaik ye?

Kenapa basuh sayur ni penting? Sebab kita tak tahu atau tak nampak racun serangga atau pestisid yang ada pada sayur. Kecuali kita makan sayur-sayuran organik sahaja. Ataupun sayur yang kita tanam sendiri. Memang tak payah risau pasal pestisid ni dan racun-racun yang lain.

Tu belum lagi cakap pasal cacing atau parasit yang ada pada sayur. Tapi tu bab lain. Bab #detoksparasit.


Makan sayur yang mengandungi pestisid dalam masa yang panjang akan menyebabkan kanser, kerosakan sistem saraf dan reproduktif, bayi yang dilahirkan cacat dan mengganggu sistem imun tubuh. Memang bukan boleh buat main-main.

Jika menggunakan pencuci sayur pula, satu kajian oleh University of Maine mendapati tiada perbezaan signifikan bila menggunakan pencuci sayur berbanding menggunakan air biasa. Malah, membasuh sayur menggunakan air adalah lebih berkesan berbanding menggunakan pencuci.

Jadi apa pilihan yang kita ada? Basuhlah sayur dengan Basic H. Ia merupakan pencuci serbaguna yang juga sesuai untuk mencuci sayur. Diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu jagung dan kelapa dan tanpa toksid.

Kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosove merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkkan hati dan ginjal. Basic H tiada semua ini mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. Malah ia selamat jika tertelan sekalipun.

Yang best pasal Basic H ni, sayur yang layu pun boleh segar bila direndam dalam air dan dicampur dengan Basic H. Yang mana kalau rendam dengan air biasa takkan jadi macam tu.

Want to give it a try? whatsapp 013-924 3387.



Monday 2 January 2017

Perancangan Kewangan Untuk 2017

2017 merupakan tahun yang mencabar. Untuk perancangan kewangan tahun ni antara yang boleh kita lakukan ialah :

1. Pelbagaikan sumber pendapatan. 
Tak boleh bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja lebih-lebih lagi jika duit keluar lebih banyak dari duit masuk. Boleh buat kerja part-time, ambil upah potong rumput, buat kuih, dan apa sahaja bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang minimum dan kepakaran yang kita ada. Ramai yang mengambil jalan keluar dengan menggunakan kad kredit bila pendapatan tak mencukupi. Bagi Kak Kam ia tidak dapat menyelesaikan masalah namun beri masalah lain kemudian hari. Ingat satu je. Pendapatan tak cukup - cari income lain.

2. Tingkatkan simpanan. 
Yang ni memang susah nak buat. Tapi jika kita nak mesti ada jalan, salah satunya macam contoh di atas.

3. Mulakan simpanan emas. 
Bagi yang dah bermula boleh gandakan lagi. Bagi yang belum inilah masanya. Tapi ingat pastikan emas fizikal ye. Bukannya melabur sekian sekian ringgit tapi emasnya tak nampak. Lebur nanti.

4. Potong perbelanjaan tak perlu. 
Contohnya macam Astro (kalau mampu). Makan kat KFC tiap-tiap minggu. Beli handbag mahal tiap-tiap bulan. Jika semuanya dah dibuat, dah berjimat tapi pendapatan masih tak mencukupi balik semula pada kaedah no. 1 tadi.

5. Elakkan mendengar atau menonton berita yang negatif terutamanya mengenai ekonomi. 
Bila mendengar berita negatif sedikit sebanyak mempengaruhi kita dan membuatkan kita jadi risau.

Apapun yang terjadi kita mesti ingat. Kita ada Allah. Walau macam mana susah pun kita masih ada tempat bergantung. Jangan lupa tu. Boleh juga baca affirmation ni setiap kali kita rasa risau bila memikirkan keadaan kewangan kita. Yang terbaik tentunya mengadu dengan Allah setiap kali kita berasa risau.


Image may contain: text




Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Friday 23 December 2016

Kalau Boleh Hadiahkan Produk Shaklee Kepada Setiap Keluarga, Nak Hadiahkan Apa?

Alhamdulillah sukanya bila Kak Kam dapat hadiahkan sebotol Vivix kepada setiap keluarga di Malaysia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi status ni mungkin hanya wujud dalam angan-angan kut. Jika ditanya apabila berpeluang, produk apa yang Kak Kam mahu hadiahkan kepada setiap keluarga di Malaysia, jawapannya tentulah Vivix.

Kerana Vivix merupakan produk Shaklee yang paling premium dan paling 'murah' iaitu RM 475 sebotol.

Vivix bertindak dari peringkat sel iaitu unit terkecil dalam tubuh manusia. Vivix bertindak mempertahankan sel daripada radikel bebas, memperbaiki sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel dan meningkatkan prestasi sel.

Tak hairanlah jika macam-macam penyakit kronik dan pelik-pelik boleh bertambah baik dengan Vivix. Sebab 4 tindakan Vivix seperti di atas.

Di sebalik testimoni yang banyak, Vivix sebenarnya mempunyai landmark study di mana ia merupakan bukti kukuh dan tak dapat disangkal lagi.

Testimoni macam-macam orang boleh claim. Tapi landmark study tak boleh. Suplemen Shaklee ada landmark study.

Ko hado?

Nak tahu lebih lanjut pasal landmark study Vivix boleh baca http://bit.ly/2gg4Bf0.