Saturday 5 December 2015

Jadual Waktu WAHM

Seperti yang saya cerita dalam entry dulu, masa awal-awal jadi WAHM (Work At Home Mother) memang agak kelam-kabut. Masa banyak dibazirkan dengan buat kerja rumah. Masa tu takde jadual waktu khusus pun sebagai WAHM. Ikut sedap je bila nak buat bisnes.  

Bila pergi Seminar Supermommy, sedikit sebanyak saya mula improve dalam mengurus masa. Sebenarnya kalau diikutkan sejak join Shaklee lagi skill pengurusan masa saya dah banyak berubah. Dulu, masa banyak dihabiskan tengok tv, buat kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain yang tak berfaedah pun. 

Lepas join Shaklee, saya lebih menghargai masa. Banyak kerja nak dibuat - update blog, update fb, study, follow up customer, buat order dan macam-macam lagi yang membuatkan saya rasa sayang nak habiskan masa begitu sahaja untuk benda-benda yang tak berfaedah. 

Namun taklah saya berubah 100 %. Selalu jugak buang masa buat sesuatu kerja lama-lama. Dari dulu lagi saya cuba buat jadual setiap hari tapi sayangnya, jarang sangat saya ikut jadual. Susah nak disiplin. 

Baru-baru ni je saya mampu ikut jadual yang saya buat dengan baik. Target saya dalam sehari paling kurang mesti spend masa 8 jam sehari untuk bisnes Shaklee. 

Setelah melalui beberapa fasa perubahan, inilah jadual terbaru saya untuk Disember :

JADUAL WAKTU WAHM

5.00 pagi : 
Solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, baca Al-Quran, zikir, basuh baju, solat Subuh, baca surah Yasin

6.00 pagi :
Breakfast

6.15 pagi :
Bisnes Shaklee

7.15 pagi :
Jemur kain, kemas rumah / berkebun / exercise

8.00 pagi :
Bisnes Shaklee 

10.40 pagi : 
Solat Dhuha, zikir

11.00 pagi :
Masak, lunch

12.30 tengah hari :
Rehat

1.00 petang :
Solat Zohor, mengaji, zikir, ajar Khadijah mengaji dan membaca

2.00 petang :
Bisnes Shaklee

4.15 petang :
Solat Asar, baca surah Ar-Rahman

4.45 petang :
Bisnes Shaklee

5.45 petang :
Masak, dinner 

6.15 petang :
Aktiviti outdoor / berkebun

7.00 petang :
Solat Maghrib, ajar Khadijah mengaji, baca Hadis

7.30 malam :
Kemas dapur

8.00 malam : 
Solat Isyak, baca surah Al-Waqiah, zikir

8.30 malam :
Bisnes Shaklee 

11.00 malam : 
Solat Taubat, baca surah Al-Mulk

11.30 malam: 
30 ayat positif
Visualisasi
Tidur

Jadual ni saya adaptasi daripada Master Checklist Shaklee. Jadual ini akan berubah bila saya perlu keluar rumah untuk ke pasar atau pun ada hal lain. There's a room for improvement dan agak tak seimbang tapi buat masa ini saya follow jadual ni dulu. 

Ya Allah jadikanlah aku berdisiplin dan pandai mengurus masa. Berikanlah aku keberkatan masa supaya aku dapat menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawabku sebaik mungkin. Amin. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix 
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, 
POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Tuesday 1 December 2015

Rahsia Makcik Ini Kekal Aktif Walaupun Dah Berumur 73 Tahun

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.


Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.


Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.


Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!


Saya sayang Vivix.


Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain. 

Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.


Sekian wink emoticon

Saya sayang Vivix



Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah

ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 30 November 2015

Sabun Basuh Yang Boleh Elakkan Bau Hapak Supaya Pakaian Sentiasa Wangi

Bila tiba musim hujan ni perkara yang menjadi kerisauan ibu-ibu ialah tentang pakaian yang tak kering-kering, terutamanya bagi yang tiada dryer machine (macam saya juga :)). 

Bila tak kering tu mulalah baju berbau hapak. Jadi nak elak dari berbau hapak, kena letak fabric softener ataupun pelembut pakaian semasa membasuh. 

Bila pakaian dah berbau hapak, letak minyak wangi ke, letak bedak ke, febreze ke, tetap tak hilang jugak bau yang menyenangkan tu.

Saya nak share sabun basuh Shaklee yang sememangnya awesome - Fresh Laundry. Bertepatan dengan namanya, memang ia sangat fresh. 



Apa kelebihan sabun basuh Shaklee ni?

1. Dapat menghilangkan kotoran degil dengan berkesan. Terutamanya pada bahagian kolar dan ketiak. Caranya, rendam pakaian yang kotor tersebut dan kemudian baru dibasuh dengan mesin basuh. Tak perlu nak sental lebih-lebih bila guna sabun basuh Shaklee. 

2. Pakaian tak berbau busuk walaupun direndam lebih daripada semalaman. Kadang-kadang kita rendam pakaian yang kotor untuk disental. Bila terlupa nak membasuhnya, pasti pakaian kita akan berbau busuk. Tapi tidak dengan sabun basuh Shaklee. 

3. Pakaian yang dah siap dibasuh tapi terlupa untuk dijemur tak berbau hapak. Yang ni serius best. Biasanya, pakaian yang dah dibasuh tapi tak disidai semalaman (sebab terlupa dan lain-lain) pasti akan berbau hapak. Apatah lagi kalau 2,3 malam belum jugak bersidai. Bila jadi macam ni, nak tak nak kena la basuh semula kan? 

Bukan saja membazir air, elektrik, dan kos malah membazir masa dan tenaga. Dengan sabun basuh Shaklee, semua masalah ini dapat diatasi. Walaupun terlupa nak sidai, baju yang dah dibasuh semalaman pun masih lagi berbau segar macam baru basuh. Susah nak percaya kan?


OK kalau tak percaya apa kata guna sekali dan lihat perbezaannya. Apa lagi, order sekarang dengan hubungi:

Kamilah Mustapa

SMS/Whatsapp 013-924 3387