Sunday 22 November 2015

Adikku Dah Kahwin

Alhamdulillah semalam 21.11.2015 dah selesai majlis perkahwinan adik lelaki saya yang merupakan anak ke 5 dari 7 adik beradik. Majlis ringkas dan sederhana sahaja di Setiu, rumah pengantin perempuan. Gambar-gambar nanti saya kongsikan dalam entri lain. 

Selamat Pengantin Baru Iwan!

p.s : Entri terpendek setakat ini :) 

Tuesday 17 November 2015

Penyakit Kayap Sembuh Tanpa Tinggalkan Parut Hitam


Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap kene tang muka pulak tu. Habis separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. 

Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5 kali sehari. So, memang tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.


NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka.

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two face" bila daftar masuk LLB di UiTM. 

Belajar tetap belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti-henti menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni DIA bagi, then bila dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

SITI NORHAYATI ABDUL HALIM



 Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 

untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Monday 16 November 2015

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Letih Walaupun Dah Makan Banyak?

Bila dah belajar barulah saya faham macam-macam perkara tentang kesihatan. Selalu dengar permasalahan tu tapi tak faham macam mana ia boleh berlaku. Salah satunya ialah kenapa pesakit kencing manis selalu letih. 

Apabila kita makan, glukosa (atau dalam bahasa senang gula) yang terhasil akan ditukarkan kepada tenaga. Untuk glukosa ditukarkan kepada tenaga ia memerlukan b kompleks. 

B kompleks ni boleh diibaratkan sebagai 'spark plug' dalam kereta yang berfungsi mencetuskan pembakaran minyak. Kalau minyak tak dibakar kereta tak dapat bergerak. 

Begitu juga dengan tubuh kita. Bila tiada b kompleks, glukosa tidak dapat ditukar kepada tenaga. 

Jadi glukosa akan jadi tinggi tapi tenaga akan berkurangan. Sebab itulah pesakit kencing manis gula dalam darah tinggi tapi tenaga takde. Selalu letih. 

Jadi untuk mengatasi masalah ini pesakit kencing manis hendaklah mengambil b kompleks yang mencukupi. 




Nak pilih vitamin b kompleks yang baik pula mestilah :
- mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin)
- tanpa formula sustained release

 Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387