Monday 22 June 2015

Azam Saya di Bulan Ramadhan

5 Ramadhan 1436H.

Alhamdulillah masih diberi pinjaman umur dan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Rasanya macam baru je lagi Ramadhan tahun lepas berlalu. 

Ini Ramadhan pertama saya sebagai WAHM (Work at home mom). Ia merupakan kesyukuran saya paling besar. Tentunya Ramadhan kali ini berbeza dari yang sebelumnya. 

Tahun-tahun lalu, saya tak pernah khatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat tu je, tak pernah pun berniat untuk khatam.

Jadi azam Ramadhan saya yang utama ialah khatam Al-Quran 30 juzuk. InsyaAllah dengan masa lapang yang banyak, moga-moga saya dapat lakukannya.

Yang kedua, tak nak tidur selepas Subuh. Ini cabaran yang paling besar buat saya. Lebih-lebih lagi bila dah jadi WAHM, tilam dan bantal merupakan godaan yang paling besar. 






Lepas Subuh memang selalunya akan mengantuk terutamanya jika bangun awal pagi (4 atau 5 pagi). Banyak masa saya terbuang begitu sahaja disebabkan tidur. 

Itu azam Ramadhan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
013-924 3387