Friday 14 June 2013

Testimoni : Atasi senggugut dengan Nutriferon

Senggugut dan wanita memang tidak boleh dipisahkan jika 'teman baik' wanita itu datang. Oh, memang sangat tidak selesa terutamanya yang mengalami senggugut yang teruk, sampai tak boleh nak buat apa-apa pun. Bukan senang nak hilangkan sakit tu. 

Semasa mencari-cari maklumat tentang Nutriferon, saya terjumpa dengan testimoni daripada empunya blog ini sendiri iaitu Master Nur Laila. 

Atasi senggugut dengan Nutriferon

Beliau sering mengalami senggugut/period pain yang teruk sehingga setiap kali datang bulan terpaksa mengambil MC. Terima kasih Master kerana berkongsi testimoni ini. 

Jika anda mengalami masalah ini, bolehla cuba. Mana tahu berkesan dengan anda. Tak cuba tak tahu kan? Mana tahu lepas ni tak perlu bergantung lagi dengan Panadol Menstrual.


Kredit : elaila.net

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Friday 7 June 2013

Meal Shakes Shaklee : Sesuai untuk siapa

Bulan ini bulan Meal Shakes jadi banyak yang nak dikongsikan tentang Meal Shakes. Dalam entry sebelum ini saya kongsikan tentang kebaikannya. Jadi sebelum ambil tu, mesti nak tahu adakah Meal Shakes sesuai untuk semua orang?

Siapa sesuai ambil Meal Shakes:

1. Bayi 1 tahun ke atas
2. Pelajar
3. Wanita hamil terutamanya yang mengalami alahan dan sukar untuk mendapat nutrien secukupnya daripada pemakanan
4. Ibu menyusu
5. Pesakit yang sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Individu yang tidak suka suplemen dalam bentuk tablet / mempunyai masalah untuk mengambil suplemen dalam bentuk tablet
7. Kanak-kanak yang kurang berat badan 
8. Warga emas
9. Vegetarian
10. Individu yang yang sibuk bekerja

Kurang dua minggu sahaja lagi masa untuk anda mendapatkan Meal Shakes dengan harga termurah untuk tahun ini. Daripada RM 113 anda hanya perlu membayar RM XX sahaja. Jadi inilah masanya. Beli 2 terus pun boleh untuk dijadikan stok. Berbaloi-baloi. 1 canister Meal Shakes tahan sehingga 3 atau 4 bulan terutamanya jika hanya untuk kegunaan anak anda. Kerana penggunaannya hanya 1 sudu hingga 3 susu teh sehari. Jimat kan?

Hubungi saya segera jika berminat:

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 6 June 2013

Vision board

Hari ini kita kita ubah topik sikit. Asyik cerita pasal vitamin je. Sesekali cerita pasal perkara lain pula iaitu tentang 'vision board'. Saya suka sangat nak berkongsi pasal vision board ini kerana bagi saya ia sesuatu yang amat menarik. Tahukah anda apa itu 'vision board' atau dalam bahasa Melayunya papan impian? Bagi yang meminati bidang ilmu minda separa sedar, Law of Attraction dan yang seumpamanya mesti dah familiar dengan istilah ini dan saya pasti masing-masing dah ada pun vision board. Bagi yang belum tahu jom baca lebih lanjut. 

Definisi vision board yang mudah difahami saya ambil dari sini :

"A vision board is simply a visual representation or collage of the things that you want to have, be, or do in your life. It consists of a poster or foam board with cut-out pictures, drawings and/or writing on it of the things that you want in your life or the things that you want to become. The purpose of a vision board is to activate the law of attraction to begin to pull things from your external environment that will enable you to realize your dream. By selecting pictures and writing that charges your emotions with feelings of passion, you will begin to manifest those things into your life. "

Dalam perkataan lain vision board merupakan tempat di mana kita mencurahkan segala impian, keinginan dan apa yang kita mahu lakukan dalam hidup kita. Ia sama ada dalam bentuk poster ataupun wallpaper yang diletakkan pada skrin komputer, handphone dan sebagainya. Bagi saya sendiri, vision board saya pada sehelai kertas putih yang besar atau lebih dikenali sebagai kertas mahjong. Kenapa dinamakan kertas mahjong pun saya tak tahu. Macam tak sesuai je :) 


Contoh vision board

Cara untuk membuat vision board :

1. Kumpul gambar-gambar yang anda sukai dan betul-betul minat daripada majalah, surat khabar ataupun daripada internet. Katalog produk juga salah satu sumber yang baik. Contohnya gambar kereta impian, rumah impian dan lain-lain. Cari gambar yang berwarna-warni dan ceria. Selain gambar, boleh juga mengambil perkataan/ayat (affirmations) yang anda sukai.  Proses ini mungkin mengambil masa yang lama. 

2. Susun cantik-cantik dan tampal keratan gambar tersebut dan letakkan sekali 'time frame' iaitu target bila ia akan direalisasikan. Ini adalah kerana target yang betul hendaklah mempunyai jangka masa contohnya memiliki kereta idaman Honda City pada bulan September 2014.

3. Dah siap. Tampal di tempat yang membolehkan anda selalu melihat vision board itu. Lihat sekerap yang boleh dan visualisasikan/bayangkan yang anda dah pun mencapai impian tersebut.

Nak rujukan bergambar, boleh lihat di sini.

Kalau berkesempatan saya akan kongsikan vision board saya pula. Stay tuned!

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah