Monday 22 April 2013

Kerja atau keluarga

Bagi wanita, terutamanya para ibu, pasti selalu mengalami dilema dalam memilih kerja atau keluarga. Tambahan pula kalau anak dah berderet. Saya pun salah seorang daripadanya. Teringat lagi masa hari pertama bekerja selepas cuti pantang selama 3 bulan. Hampir menitik air mata masa nak tinggalkan Siti Khadijah dengan pengasuhnya. Tapi dapat saya tahan. Malu kalau suami nampak. 

Tambahan pula si kecil saya tu masih menyusu badan sepenuhnya. Saya tak mampu melupakan 'moment' itu. Jika boleh memilih, sudah pasti saya akan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Itu cita-cita saya sejak sebelum kahwin lagi. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang saya impikan. 


Kredit foto : merahitujambu.blogspot.com
                                                                                         
Buat masa sekarang, saya belum dapat merealisasikan impian saya itu kerana banyak faktor. Faktor utamanya, saya mempunyai hutang PTPTN. Kalau suami jutawan, takde masalah. Kalau tak kerja, takkanlah suami saya pula yang terpaksa langsaikan hutang tersebut. Juga faktor-faktor lain yang tidak dapat saya kongsikan di sini. 

Antara sebab saya nak jadi suri rumah - dapat jaga anak sendiri 24 jam, dapat menumpukan sepenuh masa untuk urusan rumah tangga (tiada istilah penat setelah balik dari kerja lagi), rasa lebih tenang apabila berada di rumah (sudah fitrah seorang wanita), bosan dengan politik di pejabat, sering rasa 'stress' dengan timbunan kerja dan panjang lagi senarai kalau nak letak kat sini. Apapun alasannya, memang saya suka sangat duduk di rumah. 

Sebelum ini saya tak nampak yang impian saya itu boleh direalisasikan. Rasa macam mustahil. Rasa macam kena kerja sampai pencen. Tapi kini saya dah mula nampak jalannya. Agak-agak apa ye? Jawapannya tentulah dengan bisnes Shaklee.



Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

No comments:

Post a Comment