Thursday 9 November 2017

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Part 1

Detoks merupakan proses yang penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Antara manfaatnya ialah dapat meningkatkan tenaga, menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun, mengelak sembelit, mengawal 'craving' dan mencantikkan kulit. Pengambilan nutrisi yang betul dapat menyingkirkan toksin, radikel bebas dan segala bendasing yang berbahaya untuk tubuh. Berikut merupakan 11 makanan yang bagus untuk menyokong proses detoks :

1. Milk thistle

Milk thistle merupakan kawan baik hati ; ia menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikel bebas, membaiki sel hati yang rosak, dan melindungi sel hati baru daripada mengalami kerosakan akibat toksin.

Bagaimana ia bertindak? Silymarin iaitu campuran flavonoid yang dihasilkan daripada biji benih milk thistle, bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikel bebas daripada merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras gluthathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan dadah (termasuk ubatan over-the-counter).

Selain itu, kompleks flavonoid dalam milk thistle menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak. Sebab itulah ia digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis dan juga cirrhosis (hati rosak).

Kajian yang dilakukan terhadap tikus juga menunjukkan silymarin melindungi hati daripada menjadi rosak akibat toksin (contohnya alkohol). Kajian juga menunjukkan milk thistle boleh mencegah daripada berlakunya penyakit Alzheimer dan juga melawan sel kanser usus dan prostat. Jika milk thistle berkesan untuk penyakit kronik, bayangkan bagaimana ia boleh menyokong kesihatan hati dan membantu detoks.

2. Dandelion

Adakah anda sedang mencari makanan yang dapat menyokong kesihatan hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tapi ciri penyembuhan yang terdapat pada dandelion telah dikenalpasti sejak zaman lampau lagi. Dalam masyarakat India, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaundis, cirrhosis, dan bengkak hati. Dalam perubatan China, ia merupakan antara herba yang penting dalam merawat  diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan masalah penghadaman.

Kenapa dandelion sangat popular? Seperti milk thistle, ia kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin A, B, C, D, E, beta karoten, mineral seperti zink, iron, potassium, dan selenium untuk kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, yang biasanya terdapat pada sesetengah spesies cendawan yang dikatakan mempunyai ciri antitumor.

Saturday 4 November 2017

Bisnes Yang Boleh Dimulakan Dari Rumah Dengan Modal Yang Sangat Rendah


Di zaman ekonomi yang mencabar ini, ramai yang tercari-cari peluang bisnes sama ada part time atau fulltime. Tapi ramai yang tak bermula kerana masalah modal. Ya nak bisnes kena ada modal. Tapi banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah dan juga dijalankan dari rumah.

Salah satunya ialah dropship. Ada yang percuma dan ada juga yang mengenakan sedikit bayaran.  Dengan menjadi dropshipper kita hanya perlu promote produk. Bila dapat order kita hanya beritahu supplier. Tak perlu simpan stock. Tak perlu bungkus stock. Tak perlu pos stock. Mudah kan?

Kalau nak tahu macam tu lah bisnes Shaklee. Dengan bayaran hanya RM 68.90 kita dah boleh mula bisnes on the spot. Yang penting tak perlu simpan stock beribu riban.

Semua orang boleh bisnes Shaklee. Surirumah, kakitangan awam, swasta, golongan profesional, malah student pun boleh. Tak terhad kepada yang nak buat bisnes fulltime, Shaklee juga boleh dijalankan secara part time.

Berminat untuk mula bisnes Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387.


Vitamin Untuk Patah Tulang

Dalam Master Recognition Rally semalam, Master Chua ada berkongsi tentang macam mana beliau boleh terjebak dengan Shaklee. Bermula dengan Set Pantang.

Lepas tu, kaki beliau patah akibat terjatuh semasa pakai kasut tumit tinggi. Pergi hospital, kaki beliau disimen tapi doktor tak bekalkan apa-apa ubat pun. Jadi Master Chua pun cari suplemen Shaklee untuk mempercepatkan penyembuhan.

Kalau tak, nak jaga anak macam mana kalau bertongkat macam tu. Masa tu, baby beliau baru berumur 4, 5 bulan. Doktor bagi MC 2 bulan. Tapi amazing dengan mengambil Shaklee proses penyembuhan lebih cepat iaitu dalam masa 1 bulan sahaja. Dah boleh pakai kasut tumit tinggi balik.

Rakan sepejabat beliau masing-masing terkejut. Bukan sahaja cepat sembuh, tapi masing-masing tegur yang beliau dah nampak lain. Makin cantik. Inilah Shaklee Effect.

Untuk mendapatkan Set Patah Tulang boleh sms/whatsapp 013 924 3387.