Tuesday 17 January 2017

Atasi Masalah Sciatica atau Sakit Saraf Tanpa Pembedahan, Suntikan atau Painkiller

Sciatica merupakan sakit pada saraf sciatic iaitu saraf dari bahagian pinggul hingga ke kaki yang merupakan saraf yang paling panjang dalam tubuh manusia. Antara simptom sciatica ialah :

  • Sakit belakang di bahagian bawah pinggang
  • Sakit bahagian tepi badan atau kaki yang menjadi bertambah buruk bila duduk
  • Sakit peha
  • Kaki atau betis lemah, kebas, rasa mencucuk atau sukar untuk digerakkan
  • Kesakitan yang membuatkan susah untuk bangun, berdiri atau berjalan
  • Rasa macam terkena renjatan elektrik
  • Sakit makin teruk bila batuk atau bersin dan duduk dalam tempoh masa yang lama




Biasanya kesakitan yang dialami hanya pada sebelah tubuh sahaja. Rasa sakit tersebut bermula dari bahagian pinggul sehingga menjalar ke bahagian peha dan betis. Ia mungkin juga berlaku sehingga bahagian kaki atau jari kaki.

Banyak suplemen yang boleh mengurangkan sakit saraf. Kajian moden menunjukkan sakit saraf berlaku disebabkan oleh inflamasi atau radang yang kronik. Apabila radang dapat dikurangkan, kesakitan saraf dapat dikurangkan.

Berdasarkan pengalaman seorang doktor neurosurgeon, pesakit lelaki yang selalu duduk atas wallet yang tebal (di bahagian belakang poket seluar) boleh mencederakan saraf sciatic. Info yang agak menarik.

Dalam buku The Complete Family Guide to Natural Healing oleh Paul Bedson, antara suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut :


Semua vitamin ini ada dalam produk Shaklee : Ostematrix (mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D), VitaLea (multivitamin), vitamin b kompleks dan vitamin E

Selain itu, vitamin C juga penting untuk menguatkan sistem imun dan melindungi saraf sciatic daripada kerosakan kekal. 

Suplemen anti-radang yang boleh diambil pula ialah Garlic dan resveratrol yang terdapat dalam Vivix






Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ketahui 5 Tanda Penyakit Buah Pinggang Supaya Dapat Elak Dialisis

Penyakit buah pinggang antara penyakit yang agak 'popular' kerana biasanya disebabkan oleh kencing manis dan juga darah tinggi yang tidak terkawal. Bila di peringkat yang kronik, ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang ini juga bukan terhad kepada orang tua sahaja, malah kanak-kanak juga berisiko. Lebih-lebih lagi dengan faktor pemakanan yang tidak sihat dan makan makanan segera. 

Buah pinggang berfungsi sebagai organ utama dalam mengeluarkan toksin dalam badan. Bila buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. 


Antara tanda-tanda penyakit buah pinggang atau buah pinggang rosak ialah :



  1. SAKIT PINGGANG - Sakit pinggang merupakan simptom yang paling biasa bagi penyakit buah pinggang. Ia mungkin berlaku pada sebelah kanan atau sebelah kiri sahaja. Bila di peringkat yang lebih teruk ia akan menyebabkan kesakitan di kedua-dua belah. 
  2. MASALAH KULIT - Apabila buah pinggang bermasalah, toksin tidak dapat dikumuhkan daripada tubuh dengan berkesan. Ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam tubuh. Toksin yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan gatal-gatal kulit, ruam dan kemerahan. 
  3. PERUBAHAN PADA AIR KENCING - Perubahan pada air kencing juga perlu diperhatikan. Antaranya ialah bau yang lebih kuat daripada biasa, warna yang lebih pucat atau lebih gelap, kencing berbuih macam air sabun, rasa sakit ketika kencing, sukar membuang air kecil dan juga terdapat darah dalam air kencing. Jika terdapat tanda-tanda di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan doktor. 
  4. EDEMA ATAU BENGKAK - Bila toksin tak dapat dikumuhkan dengan baik ia akan menyebabkan edema atau bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka. Jika pakai kasut, ia akan menjadi lebih ketat daripada biasa. Pada peringkat yang lebih teruk, ia akan menyebabkan bengkak paru-paru dan juga hati. 
  5. RASA SEJUK WALAUPUN DALAM PERSEKITARAN ATAU CUACA YANG PANAS - Salah satu fungsi buah pinggang yang penting ialah menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dalam badan menyebabkan anemia atau kekurangan iron . Paras iron yang rendah menyebabkan individu tersebut rasa sejuk. Ia juga menyebabkan tubuh rasa lemah dan rasa letih yang kronik. 

Resveratrol dalam Vivix dapat membantu masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun ia hendaklah diambil dengan pantauan doktor. Kami tidak sewenang-wenangnya mencadangkan pengambilan suplemen dengan terus meninggalkan pengambilan ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. 




Berikut pula merupakan testimoni daripada seorang pesakit buah pinggang dan batu karang : 


Jangan tunggu sehingga buah pinggang rosak teruk baru nak dapatkan rawatan. Kerana jika dah di peringkat yang teruk dialisis terpaksa dijalankan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday 6 January 2017

Tentang Sedekah

Sedekah yang paling biasa kita ingat ialah sedekah wang ringgit. Sebenarnya banyak lagi jenis sedekah yang boleh kita buat.

Macam Kak Kam sendiri sebagai pengedar Shaklee, sedekah yang paling biasa dibuat ialah sedekah ilmu. Ilmu ini dikongsikan di fb, blog dan juga lain-lain.

Jadi janganlah bataskan sedekah kepada duit semata-mata. Ilmu, masa, tenaga, kepakaran, dan banyak lagi yang kita boleh sumbangkan.

Juga, jangan ingat bila dah kaya baru kita boleh sedekah. Masa belum kaya lagilah kita dituntut untuk bersedekah. Di mana jika kita disempitkan rezeki, Allah suruh kita bersedekah. Jangan percaya, buat je. Itu janji Allah walaupun jika diikut pemikiran kita tak logik.


Allah Maha Berkuasa untuk memberikan keajaiban.


Hasil carian imej untuk sedekah



Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.