Saturday 23 November 2013

Alfalfa Untuk Masalah Dalaman Wanita

Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee tahukah anda bahawa terdapat satu jenis vitamin yang bukan sekadar vitamin biasa? Ia sangat membantu untuk masalah dalaman wanita. Macam jamu fungsinya. Malah lebih hebat lagi. Tahu tak? Tahu tak? 

Kalau belum tahu mari saya kongsikan. Inilah dia. Alfalfa untuk masalah dalaman wanita.


Macam pelik je. Vitamin pun ada macam jamu ye? Betul. Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan Raja Segala Tumbuhan. Ia kaya dengan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Malah ia telah digunakan sejak 2500 tahun yang lalu untuk pelbagai kegunaan.

Tahukah anda?
10 biji alfalfa Shaklee menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan dalaman wanita ialah :
  • Mengurangkan keputihan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes (mengikut kajian University of Michigan Health System)
  • Mempuyai fungsi seperti kacip fatimah iaitu mengetatkan bahagian intim wanita
  • Mencegah rahim jatuh (prolapse)

Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk :
  • Wanita hamil kerana boleh menyebabkan keguguran
  • Pesakit auto-imun seperti SLE

Berikut merupakan testimoni daripada pengguna Alfalfa Shaklee :



TESTIMONI 1
TESTIMONI  2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6

Jika mengalami masalah keputihan dan sebagainya yang mengganggu keselesaan anda, inilah masanya yang terbaik untuk mencuba Alfalfa Shaklee. Harganya sangat-sangat murah berbanding kebaikannya. Dan yang paling penting, tak perlu ambil jamu lagi. Dapatkan TIPS EKSLUSIF pengambilan alfalfa melalui pembelian dengan saya. 

Harga untuk 330 biji : RM 53.75
Harga untuk 700 biji : RM 97.50

SMS/Whatsapp 013-924 3387 segera!


Friday 22 November 2013

Testimoni : Vitamin Untuk Tenaga Dan Masalah Keletihan



TESTIMONI 1 : Rasa lebih kenyang, kurang keinginan untuk makan makanan rapu (craving), rasa lebih bertenaga, membantu masalah gout.


                   TESTIMONI 2 : Badan tak letih, HB maintain, mengatasi masalah darah rendah


                                     TESTIMONI 3 : Penghidap diabetes kronik mampu berpuasa



                                                   TESTIMONI 4 : Bertenaga sepanjang hari

Ini pula testimoni daripada bekas engineer yang selalu letih selepas travel.


Boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin untuk masalah keletihan ini.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Tuesday 12 November 2013

Diari Wahm-to-be : Berkobar-kobar dan meluap-luap keinginan untuk jadi Wahm

Semenjak kebelakangan ini semakin berkobar-kobar perasaan saya untuk jadi Wahm. Lepas satu, satu peristiwa berlaku yang membuatkan saya sering berfikir 'alangkah bagusnya jika sekarang ni saya dah berhenti kerja'.

Dengan pengasuh anak tiada masalah langsung, cuma rasa kasihan bila melihatkan dia terpaksa menjaga Khadijah (my only daughter) dan juga seorang baby lagi.

Apabila Khadijah tak sihat (demam dan sebagainya) dan saya pula dah takde cuti, makin meluap-luap keinginan tersebut. Terpaksa juga melangkah ke office dengan hati yang berat meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.

Setiap kali bangun pagi pun selalu berkata dalam hati 'bestnya kalau cuti hari ni'. Adakah ini tanda 'burn out'? Mungkin jugak.

Thursday 24 October 2013

6 Tips Mencapai Matlamat Dengan Pantas!


Saya akan kongsikan 6 tips bagaimana cara yang saya lakukan bagi memastikan matlamat saya tercapai.

Tip #1. Tulis Matlamat Di Atas Kertas

Saya sarankan anda menulis matlamat di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih memberikan kesan psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding perkataan daripada komputer.

Jika anda suka kepada kepelbagaian warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi masing-masing. Lebih cantik matlamat tersebut, lebih senang untuk anda mengingatinya.

Tip #2. Letakkan Matlamat Di Tempat Mudah Di Lihat

Saya sentiasa sediakan satu papan khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut sebagai papan Impian. Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan terasa satu kehilangan yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada segala apa yang saya lakukan.
Anda boleh guna white board sebagai salah satu pilihan alternatif.

Tip #3. Baca Dan Ulang Matlamat Tersebut Berulang Kali

Saya akan pastikan matlmat yang saya tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap kali membacanya, saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya bahawa matlamat tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih kreatif setiap kali anda membaca matlamat tersebut.

Tip #4. Beritahu Orang Lain Matlamat Tersebut

Perkara paling sukar dan ternyata memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat kita kepada orang lain.
Kadang-kadang saya pun malu untuk nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat awam. Namun kini setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja memberitahu kepada orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.

Tip #5. Percaya 100% Matlamat Itu Akan Berjaya!

Perkara yang perlu menjadi perhatian penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa matlamat itu akan membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa matlamat tersebut seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati kerana sikap berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda mengecapi kejayaan.

Tip #6. Fast Action!

Ini adalah perkara yang paling mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat sudah tersergam indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak bertindak pantas untuk merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak mempunyai matlamat langsung.
Anda wajib bertanggungjawab penuh terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan.
Sumber : fathuallah.com

Hubungi saya jika berminat dengan vitamin Shaklee:

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 21 October 2013

Sebelum Berhenti Kerja...Tips Daripada Irfan Khairi

Sedang merancang untuk berhenti kerja? Tunggu dulu. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum berhenti kerja. Saya bukanlah expert dalam hal ini. Saya juga sedang merancang untuk berhenti kerja. Jadi tips ini saya pinjam daripada irfankhairi.com, jutawan muda yang tidak asing lagi di Malaysia.

********************************************************************************************************

Ada yang tanya pada saya, bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan). Jawapannya, sebaiknya…

  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.

Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas… jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita…

Play safe… persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!

Kredit : irfankhairi.com

*******************************************************************************

Nampaknya checklist di atas belum dapat saya penuhi. Jadi kena kuatkan lagi usaha demi mencapai impian tersebut. Good luck for myself and for you too!

Hubungi saya jika ingin mencuba vitamin Shaklee:

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah