Tuesday, 12 November 2013

Diari Wahm-to-be : Berkobar-kobar dan meluap-luap keinginan untuk jadi Wahm

Semenjak kebelakangan ini semakin berkobar-kobar perasaan saya untuk jadi Wahm. Lepas satu, satu peristiwa berlaku yang membuatkan saya sering berfikir 'alangkah bagusnya jika sekarang ni saya dah berhenti kerja'.

Dengan pengasuh anak tiada masalah langsung, cuma rasa kasihan bila melihatkan dia terpaksa menjaga Khadijah (my only daughter) dan juga seorang baby lagi.

Apabila Khadijah tak sihat (demam dan sebagainya) dan saya pula dah takde cuti, makin meluap-luap keinginan tersebut. Terpaksa juga melangkah ke office dengan hati yang berat meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.

Setiap kali bangun pagi pun selalu berkata dalam hati 'bestnya kalau cuti hari ni'. Adakah ini tanda 'burn out'? Mungkin jugak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...