Serbuk protein menjadi pilihan ramai sama ada sebagai meal replacement, untuk membina badan atau pun mengurangkan berat badan kerana ia senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila
masa dan di mana sahaja.
Berbanding dengan pengambilan sumber protein lain seperti daging yang perlu dimasak, serbuk protein merupakan cara paling mudah
untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap
hari.
Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis
protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?
1. DAPATKAN SUMBER PROTEIN DARIPADA SOYA
Protein soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang
mempunyai alahan kepada laktosa (lactose intolerance). Mereka yang menghadapi masalah lactose intolerance tak mampu mencerna gula (lactose) dalam susu lembu. Apabila makan atau minum susu atau produk tenusu, akan menyebabkan sakit perut, cirit-birit, kembung perut dan angin.
Protein soya mengandungi pelbagai faedah seperti
berkesan untuk mengurangkan kolesterol 1. Pengambilan protein soya yang berterusan
membantu wanita menopaus menangani
sindrom menopaus seperti kepanasan badan (hot flash) 2
. Protein soya 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk
individu vegetarian.
2. BUKAN GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO)
adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma
yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan
pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.
Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh
menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka
panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan
selamat.
3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG
RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan
terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI
yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan
mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar.
Protein soya GI rendah membantu :
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda
kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan
dan berat badan
4. LENGKAP DENGAN 9 ASID
AMINO PENTING
Tidak semua serbuk protein di pasaran lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diambil daripada diet pemakanan seharian. Asid amino adalah blok untuk menghasilkan
protein. Pengambilan 9 asid amino perlu penting
untuk:
• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel,
mengangkut dan menyimpan nutrien serta
membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.
5. TIADA GULA TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula ke dalam
serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa supaya lebih sedap contohnya seperti aspartame yang berbahaya kepada kesihatan. Pengambilan protein membantu memastikan
anda tidak mengambil kalori yang berlebihan. Selain itu, dapat membantu mengekalkan paras gula darah yang
sihat.
6. RENDAH LEMAK
Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein
dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.
• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
ESP Shaklee memenuhi semua kriteria di atas. Untuk order boleh hubungi saya melalui sms atau whatsapp 0139243387.
Rujukan:
1. Xiao C.W. 2008. Health effects of soy protein and isoflavones in humans. J. Nutr. 2008;138:1244S–1249S.
2. Messina, M. (2016). Soy and Health Update: Evaluation of the Clinical and Epidemiologic Literature. Nutrients, 8(12), 754.