Melahirkan cahaya mata merupakan kenangan yang paling manis. Namun dalam masa yang sama ia boleh memberi tekanan. Ramai ibu
tak kira yang pertama kali melahirkan atau pun yang telah banyak kali melahirkan
akan mengalami pospartum blues. Ini
termasuklah mood swing, keresahan dan kesukaran untuk tidur. Ini adalah perkara
yang biasa dan tak perlu dirisaukan.
Tekanan perasaan atau depression selepas melahirkan berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah hormon yang turun naik semasa mengandung dan melahirkan, faktor persekitaran, kesakitan dan kesakitan semasa proses kelahiran dan semasa pantang, emosi, sokongan keluarga dan juga genetik yang di luar kawalan kita.
Sesetengah ibu pula mengalami keadaan yang
lebih teruk, dikenali sebagai postpartum
depression. Satu kajian
menunjukkan 1 daripada 7 wanita mengalami postpartum
depression. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal JAMA Psychiatry itu
menunjukkan 22% daripada jumlah tersebut mengalami postpartum depression sehingga setahun selepas melahirkan.
Simptom postpartum depression ialah :
- Tekanan
perasaan atau mood swing yang kronik
- Sering
menangis walaupun tanpa sebab
- Hilang
selera makan atau makan lebih banyak daripada biasa
- Keletihan
melampau
- Hilang minat
dalam aktiviti yang sebelumnya sangat disukai
- Sering marah
walaupun hal yang remeh-temeh
- Kebimbangan
tidak dapat menjadi ibu yang baik
- Tak mampu
berfikir dengan baik
Jika tidak
dirawat, postpartum depression boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.
Manakala
untuk postpartum psychosis atau dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai gila meroyan, keadaan ini jarang-jarang berlaku. Ia berlaku
antara minggu pertama selepas kelahiran.
Simptom-simptom postpartum psychosis :
- Enggan makan
- Halusinasi
dan delusi
- Gangguan
tidur
- Paranoid
- Hilang
ingatan
- Bercakap
sesuatu yang pelik dan tak masuk akal
- Mendengar suara-suara ghaib yang menyuruh mereka melakukan perkara yang tak sepatutnya
- Cuba
mencederakan diri sendiri dan bayi
- Selalu terfikir untuk mati atau bunuh diri.
Psikosis boleh
mengancam nyawa jika tak dirawat dengan segera. Dalam masyarakat kita, psikosis sering juga disalah erti sebagai gangguan makhlus halus atau akibat buatan orang. Sedangkan ia memang berkait rapat dengan gangguan pada otak. Justeru itu perlu berhati-hati dalam mendiagnos pesakit dengan simptom-simptom ini.
Nutrien
Untuk Postpartum Depression dan Postpartum Psychosis.
Menurut Virginia
Hopkins Health Watch, postpartum
depression berkait rapat dengan ketidakseimbangan kimia dalam otak, yang
berpunca daripada kekurangan nutrien yang menstabilkan neurotransmitter
serotonin dan norepinephrine. Dalam kes ini rawatan doktor diperlukan, selain
menggunakan vitamin dan herba sebagai tambahan.
Suplemen
berikut boleh membantu para ibu semasa pantang dalam mengelak tekanan atau depression :
Iron atau Zat Besi
Iron atau zat besi boleh mempengaruhi mood dan boleh menyebabkan
kemurungan pada wanita yang mengalami masalah anemia. Pengambilan VitaLea
Shaklee (mengandungi iron) yang konsisten dapat mengelak risiko anemia .
Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan gangguan
pada mood. Kekurangan vitamin B12 akan meningkatkan risiko kemurungan 2 kali
ganda. Vitamin B Kompleks Shaklee mengandungi vitamin B12 yang senang diserap oleh
wanita hamil.
Riboflavin, atau vitamin B2
Riboflavin, atau vitamin B2, boleh membantu mengurangkan risiko postpartum
depression dan postpartum psychosis. Dalam Journal of Affective Disorders, para pengkaji mengkaji
riboflavin bersama dengan folate, cobalamin dan pyridoxine. Riboflavin
satu-satunya vitamin yang memberi kesan positif terhadap ketidakseimbangan mood.
Asid Folik
Kekurangan asid folik juga boleh mengganggu mood
seseorang. Cara untuk meningkatkan paras asid folik dengan cepat ialah dengan
mengambil 3 tablet vitamin B Kompleks 3 atau 4 kali sehari. Oleh sebab vitamin
B mudah larut dalam air, ibu perlu memastikan pengambilan vitamin B dalam
jumlah yang mencukupi setiap hari. Vitamin B Kompleks Shaklee dilengkapi dengan asid folik.
Inositol
Wanita
dengan postpartum depression mempunyai paras inositol yang rendah. Inisitol terkandung dalam Lecithin Shaklee.
Pengambilan Lecithin Shaklee dalam amaun yang banyak, 1 hingga 3 kapsul, untuk 3
atau 4 kali sehari boleh meningkatkan paras inositol dalam badan sehingga 70%.
Asid lemak Omega 3
Asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan, terutamanya DHA,
diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Wanita yang mengalami
kemurungan selepas melahirkan biasanya mengalami kekurangan asid lemak Omega 3
(DHA) berbanding mereka yang tak mengalaminya. Paras asid lemak Omega 3 (EPA)
yang rendah pula berkait rapat dengan tahap kemurungan.
EPA dan DHA
merupakan asid lemak perlu, bermakna kita perlu mengambilnya dalam diet untuk
mencukupkan keperluan harian. Simpanan DHA dalam tubuh akan berkurangan
sehingga 50% sepanjang kehamilan dan tidak akan kembali kepada asal sehinggalah
6 bulan selepas kelahiran.
Oleh sebab otak bayi terdiri daripada 60% lemak, pengambilannya sangat-sangat penting. Jika
ibu tak dapat mengambil sumber makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3
secukupnya, ia hendaklah ditampung dengan pengambilan suplemen minyak ikan. Pengambilan Omega
Guard Shaklee boleh membantu mengurangkan kemurungan selepas bersalin.
Kalsium dan Vitamin D
Menurut
University of Michigan Depression Center, kalsium
boleh membantu mengurangkan simptom postpartum depression. Untuk memastikan
badan dapat menyerap kalsium dengan sepenuhnya, vitamin D perlu diambil dalam jumlah yang mencukupi. Keperluan
kalsium untuk wanita yang menyusu ialah 1000 mg, dengan upper limit 2500 mg dan
vitamin D 400 international units. Ostematrix (kalsium) Shaklee lengkap dengan
vitamin D.
Potassium
Ibu yang
bersalin mungkin mengalami penurunan paras potassium
yang berkait rapat dengan penurunan paras progesterone. Ia boleh menyebabkan postpartum depression. Performance Drinks dan VitaLea Shaklee mengandungi
potassium yang diperlukan.
Selenium
Paras selenium yang mencukupi adalah penting
untuk mencegah kemurungan dan kerisauan. Pengambilan selenium dalam jumlah yang
mencukupi telah terbukti dapat melegakan kemurungan dan keresahan yang
disebabkan oleh banyak sebab yang memberi tekanan/stress. Pelbagai kajian
membuktikan keberkesanannya dalam menghalang kemurungan. Vitamin E Shaklee
dilengkapi dengan selenium yang juga bertindak sebagai antioksidan yang dapat
mencegah kerosakan sel otak akibat tindakan radikel bebas.
Tryptophan
Serotonin
merupakan neurotransmitter, bahan kimia yang penting untuk keseimbangan mood.
Ketidakseimbangan paras serotonin boleh mempengaruhi mood yang menyebabkan
kemurungan. Otak memerlukan bekalan asid amino (tryptophan) dan vitamin B6 yang mencukupi untuk menghasilkan
serotonin. Protein dalam makanan hanya mengandungi peratusan tryptophan yang
sedikit berbanding asid amino lain. Hanya kira-kira 3 peratus tryptophan dalam
makanan ditukarkan kepada serotonin dalam otak. ESP Shaklee mengandungi
tryptophan iaitu salah satu daripada 9 asid amino perlu yang tidak dapat
dihasilkan oleh badan dan mesti diambil daripada diet pemakanan.
Pengambilan suplemen selepas kelahiran merupakan langkah terbaik untuk mengelak postpartum depression. Selain pemakanan yang baik, rehat yang mencukupi, sokongan
keluarga juga penting dalam mengelak masalah ini. Selain itu, penting juga untuk ibu-ibu mengamalkan zikir-zikir dan mendengar bacaan Alquran ketika dalam pantang dan tak dapat melakukan ibadat seperti solat. Amalan rohani dapat membantu ibu lebih tenang ketika tubuh berada dalam keadaan lemah dan 'fragile'.
Ahli keluarga juga perlu 'alert' jika mendapati ibu lepas bersalin mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas. Para suami juga tak dapat tidak, mesti memiliki ilmu pengetahuan serba sedikit mengenai kehamilan dan kelahiran supaya kejadian yang tak diingini dapat dielak.
Rujukan :
http://www.babycenter.com/0_postpartum-depression_227.bc
http://www.livestrong.com/article/323770-herbal-vitamin-supplements-to-treat-postpartum-depression/
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/basics/symptoms/con-20029130
Untuk konsultasi lanjut mengenai vitamin untuk ibu lepas bersalin, boleh hubungi saya melalui whatsapp atau sms : 013-924 3387 (Kamilah)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.