Iron atau zat besi merupakan mineral yang terlibat dengan pelbagai fungsi tubuh. Zat besi membantu penghasilan
hemoglobin, iaitu protein yang membantu darah merah menghantar oksigen ke
seluruh tubuh.
Ia juga berfungsi mengangkut elektron antara sel-sel dan
perlu untuk enzim berfungsi secara normal. Kekurangan zat besi merupakan salah
satu masalah kekurangan nutrisi yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Jika
masalah ini tidak diatasi segera, akan membawa kepada penyakit anemia.
Baca juga : Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil
Antara punca kekurangan zat besi di kalangan orang dewasa ialah
diet yang kurang zat besi, kehilangan darah yang kronik, keperluan yang semakin
meningkat contohnya ketika hamil, dan masalah dalam penyerapan zat besi.
Kekurangan zat besi boleh memberi pelbagai kesan kepada
tubuh.
Antara Tanda-tanda Kekurangan Zat Besi Ialah :
1. Keletihan Yang Kronik
Zat besi penting untuk mengekalkan paras optimum hemoglobin,
iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen dalam badan
menyebabkan tubuh berasa letih.
Jika selalu mengalami keletihan, cuba dapatkan pemeriksaan
darah untuk memastikan jika berlakunya kekurangan zat besi.
2. Sesak Nafas / Kesukaran Untuk Bernafas
Kekurangan zat besi menyebabkan berlakunya kekurangan
oksigen di sesetengah bahagian tubuh. Ini menyebabkan kesukaran untuk bernafas /
sesak nafas.
Keadaan ini berlaku ketika melakukan aktiviti biasa seperti berjalan,
naik tangga dan juga membawa barang (walaupun ringan).
Sesak nafas juga mungkin disebabkan faktor lain seperti
jangkitan pernafasan, bronchitis yang kronik atau penyakit jantung.
Kekurangan hemoglobin menyebabkan kulit kelihatan pucat. Ini
adalah kerana hemoglobin yang memberi warna merah kepada darah.
Selain itu, kekurangan zat besi juga menyebabkan bahagian dalam
bibir, gusi dan bahagian dalam kelopak mata kurang merah daripada biasa.
4. Rambut Gugur
Terdapat banyak faktor keguguran rambut dan salah satu
daripadanya ialah kekurangan zat besi.
Paras zat besi yang kurang menyebabkan tubuh berada dalam
survival mode di mana oksigen dihantar kepada organ yang lebih penting dan
kurang disalurkan kepada bahagian tubuh yang kurang penting seperti rambut.
Keguguran rambut yang normal ialah kira-kira 100 helai sehari.
Kalau rambut gugur dan tak tumbuh-tumbuh balik, mungkin ia merupakan tanda
anemia.
5. Rasa Sejuk Walaupun Dalam Cuaca Yang Panas
Jika kita rasa sejuk sampai terpaksa memakai sweater atau
menggunakan selimut walaupun dalam keadaan cuaca yang panas, ia menandakan
paras zat besi yang rendah dalam tubuh.
Zat besi membantu sel darah merah mengangkut oksigen ke
seluruh badan, dalam masa yang sama turut membawa haba dan nutrien lain kepada
setiap sel dalam tubuh badan kita.
Tanpa zat besi yang mencukupi, sel darah merah tidak dapat
menjalankan tugasnya dengan baik. Ini menyebabkan tubuh menjadi sensitif kepada
rasa sejuk.
Baca juga : Bahaya HB Low Semasa Mengandung
Tambahan pula, zat besi juga penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang berperanan mengawal suhu tubuh.
Apabila tubuh selalu rasa sejuk walaupun dalam persekitaran
yang panas, menandakan ada sesuatu yang tak kena dalam tubuh kita. Dapatkan
pemeriksaan doktor dengan segera.
6. Kemurungan
Zat besi penting dalam mengekalkan kesihatan mental dan
emosi. Kekurangan zat besi menyebabkan paras oksigen berkurangan dalam otak,
yang boleh menyebabkan masalah psikologi termasuklah kemurungan.
7. Sakit Kepala / Pening Kepala
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan sakit kepala. Paras
hemoglobin dalam sel darah merah yang rendah menyebabkan kurang oksigen mampu sampai ke
otak. Ini menyebabkan salur darah dalam otak membengkak, mengakibatkan tekanan
dan sakit kepala.
Walaupun terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan sakit
kepala, kekerapan masalah ini berlaku mungkin merupakan salah satu tanda
kekurangan zat besi.
Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Kekurangan Zat Besi.
1. Vita-Lea - multivitamin yang lengkap dengan iron / zat besi.
2. Sustained Release Vita-C Plus - vitamin c penting untuk penyerapan zat besi.
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.