Showing posts with label Serbuk protein soya. Show all posts
Showing posts with label Serbuk protein soya. Show all posts

Friday 4 May 2018

6 Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik

Serbuk protein menjadi pilihan ramai sama ada sebagai meal replacement, untuk membina badan atau  pun mengurangkan berat badan kerana ia senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berbanding dengan pengambilan sumber protein lain seperti daging yang perlu dimasak, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?




1. DAPATKAN SUMBER PROTEIN DARIPADA SOYA
Protein soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang mempunyai alahan kepada laktosa (lactose intolerance). Mereka yang menghadapi masalah lactose intolerance tak mampu mencerna gula (lactose) dalam susu lembu. Apabila makan atau minum susu atau produk tenusu, akan menyebabkan sakit perut, cirit-birit, kembung perut dan angin.

Protein soya mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol 1.  Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopaus menangani sindrom menopaus seperti kepanasan badan (hot flash) 2 . Protein soya 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.


2. BUKAN GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.

3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu :
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan

4. LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING
Tidak semua serbuk protein di pasaran lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diambil daripada diet pemakanan seharian. Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan 9 asid amino perlu penting untuk:
• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

5. TIADA GULA TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa supaya lebih sedap contohnya seperti aspartame yang berbahaya kepada kesihatan. Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan. Selain itu, dapat membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

6. RENDAH LEMAK
Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak. 
• Membantu mengekalkan jisim otot. 
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol. 
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.



ESP Shaklee memenuhi semua kriteria di atas. Untuk order boleh hubungi saya melalui sms atau whatsapp 0139243387.

Rujukan:
1. Xiao C.W. 2008. Health effects of soy protein and isoflavones in humans. J. Nutr. 2008;138:1244S–1249S. 
2. Messina, M. (2016). Soy and Health Update: Evaluation of the Clinical and Epidemiologic Literature. Nutrients, 8(12), 754.

Wednesday 30 September 2015

10 Kebaikan Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil, protein yang diperlukan oleh wanita hamil meningkat kepada 50% melebihi keperluan wanita yang tidak hamil. Ia memberi manfaat yang sangat penting untuk kedua-duanya : ibu dan bayi dalam kandungan. 

Suplemen protein Shaklee ialah ESP yang dihasilkan daripada kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik (non-GMO).  

Susu soya merupakan sumber protein terbaik selain daging, ikan dan susu lembu. Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Bolehkah ibu hamil mengambil susu soya atau ESP ni? 

Mari kita lihat kebaikan susu soya ESP untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan :

1) Mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh manusia yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. 

Dengan pengambilan ESP iaitu protein yang mencukupi, sel-sel tubuh ibu dapat menjalankan fungsi dengan sebaiknya. Begitu juga dengan janin. Sel-sel tubuh janin akan terbentuk dengan sempurna dan dapat mengelak daripada berlakunya sebarang kecacatan. 

2) Sesuai untuk masalah alahan laktosa (lactose intolerance)

Ada ibu hamil yang mengalami masalah lactose intolerance yang langsung tidak boleh mengambil susu atau produk tenusu yang mengandungi laktosa. Manakala ESP tidak mengandungi laktosa. 

3) Mengatasi masalah keletihan

Antara masalah utama semasa hamil ialah keletihan. ESP dapat membekalkan tenaga segera untuk ibu hamil. Untuk mendapat kesan yang optimum, cara pengambilannya mestilah mengikut saranan.

4) Mengurangkan rasa lapar

Semasa hamil ibu biasanya akan kerap berasa lapar. Dengan mengambil ESP ia membantu memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan banyak. Ia sangat bermanfaat terutamanya untuk ibu hamil yang mengalami berat badan yang berlebihan semasa mengandung dan juga kencing manis semasa hamil.

5) Membantu mengawal paras gula dalam darah.

ESP merupakan suplemen dengan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Protein soya dalam ESP membantu mengawal paras gula darah. Jadi ia membantu mengelak dan mengawal kencing manis (GDM).

6) Untuk perkembangan otak bayi

Protein sangat penting untuk membina otak bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Kekurangan protein akan menjejaskan perkembangan mental bayi. Selain itu, ia perlu untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. 

7) Membantu mengurangkan morning sickness

Ibu hamil yang mengalami morning sickness digalakkan mengambil protein. Protein ternyata membantu mengatasi masalah ini.

8) Elak keguguran berulang

Antara sebab berlakunya keguguran ialah kerana perkembangan janin yang tidak sempurna. Pengambilan protein yang mencukupi dapat mencegah perkara ini dari berlaku. 

9) Bantu kuatkan rahim

Ada juga wanita yang sukar untuk hamil kerana masalah rahim yang lemah. Rahim lemah kerana sel-sel tubuh rosak.

10) Mencantikkan kulit dan elak stretch mark

Ibu yang mengambil jumlah protein secukupnya akan mendapat kesan yang positif untuk kulit kerana protein dapat mencantikkan kulit. Begitu juga dengan bayi. Selain itu, ia dapat mencegah daripada terjadinya stretch mark. 





Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387