- Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari?
- Konsisten tak kita makan supplemen tu setiap hari?
- Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan? Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?
- Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplemen tu? Makanan ringan? Maggie? Ohhh..sedap..
Health is Wealth. Pengedar Sah Bagi Vitamin Semulajadi Yang Halal - Shaklee Sejak 2012.
Friday 29 November 2013
Kenapa Makan Suplemen Tapi Tak Berkesan
Wednesday 27 November 2013
Cuti-cuti Malaysia : Holiday Villa Cherating
Fasilitator yang suka buat lawak - En. Anuar Ibrahim dari INTIM. |
Kafe di tepi laut. Sangat nyaman. |
Kolam renang di belakang bilik kami. |
Tepi pantai yang indah. |
Monday 25 November 2013
It's Pay Day!
Alhamdulillah. Hari ini rasanya ramai yang tersenyum simpul kerana gaji dah masuk (kakitangan kerajaan la tu) termasuk saya. Mana taknya setelah 45 hari terpaksa mencatu belanja yang biasanya untuk 30 hari sahaja.
Mana yang boleh dijimatkan, dijimat. Mana yang boleh dipotong, dipotong. Mana yang boleh ditangguhkan, ditangguh. Macam-macam ada. Tapi saya la tu. Bukan anda.
Keadaan ini sangat-sangat dirasai terutamanya bagi kakitangan kerajaan yang hanya mempunyai satu punca pendapatan sahaja iaitu makan gaji. Yang ada kad kredit tu, swipe je kad kredit. Selesai masalah. Tapi untuk sementara sahaja.
Bila datang bil, masa tu lah masalah akan timbul. Bayar seminimum mungkin. Bakinya tak tahu bila boleh dijelaskan.
Proses ini berulang dan berulang sehinggalah hutang keliling pinggang. Letih kan hidup macam ni? Sampai bila agaknya ye?
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pasti. Cuma bergantung kepada kita sama ada untuk terus bertindak, tunggu dan lihat, atau hanya duduk meratapi nasib tanpa berbuat apa-apa.
Jawapannya tidak lain tidak bukan, pendapatan kedua.
Sunday 24 November 2013
Diari WAHM-to-be : Before You Quit Your Job
Di Malaysia belum banyak lagi blog yang berkaitan, jadi blog inilah satu-satunya rujukan buat saya. Kalau blog oversea banyakla tapi tak suka sangat nak baca. Hehe.
Buku ni belum ada terjemahan dalam bahasa Melayu. Cari punya cari jumpa kat mphonline.com. Yang best lagi, dapat diskaun pulak tu.
Daripada RM 66.90 dapat RM 47.++ je termasuk pos. Jimat banyak tu. Alhamdulillah. Boleh beli lagi lepas ni.
Baru je habis baca tapi tak berapa nak faham sangat. Nampaknya kena ambil masa untuk baca semula berulang kali lagi. Jika anda berhasrat untuk berhenti kerja, this book is a must!
Khabar Gembira Daripada Pengguna Shaklee
Alhamdulillah. Sekali lagi. Hari ini saya mendapat khabar gembira daripada pengguna Shaklee. Beliau mencuba ESP untuk masalah kulit beliau. Jadi sebagai free gift saya hadiahkan alfalfa dan vitamin E.
Dalam masa tidak kurang daripada dua minggu, beliau berkongsi feedback dengan saya. Setelah mengambil ESP dan alfalfa.
Katanya, bestla ambil ESP dan alfalfa ni. Rasa ESP tu sedap sangat. Badan pun rasa lain macam. Lebih segar. Lebih ringan. Kat tempat kerja sekarang ni pun dah jarang rasa mengantuk macam dulu. Nanti dah habis nak orderla alfalfa tu.
Best kan bila dapat berita macam ni? Lagi bersemangat saya nak share kebaikan Shaklee dengan semua, terutamanya suplemen untuk kulit. Sebab kat luar sana terlampau banyak produk kecantikan yang menjanjikan putih dalam masa 3 hari dan sebagainya yang agak menakutkan saya.
Malangnya ramai yang belum sedar tentang bahaya produk kecantikan yang sah-sah tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengandungi bahan-bahan yang berbahaya untuk kesihatan, sehingga mampu menyebabkan kanser.
Jika anda ingin mencuba rangkaian produk Shaklee untuk kecantikan kulit yang selamat dan berkesan, boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat percuma sebelum pembelian.
Sms 013-924 3387 untuk maklum balas yang segera.
Pentingnya Berdoa Dengan Tepat
***********************************************************************
Mengapa Perlu Berdoa Dengan Tepat?
Apabila kita perlukan duit daripada ibu untuk bayar sewa bernilai RM200 adakah kita hanya akan berkata begini?
“Ya Allah aku mohon dapat pergi Seminar Baitul Muslim”
“Ya Allah aku mohon dapat pergi ke Seminar Baitul Muslim dengan mudah dan tanpa berhutang secara percuma”
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
“Ya Allah aku mohon agar langsaikan hutangku dan keluargaku, agar kami mampu menunaikan haji kerana sesungguhnya, orang yang menunaikan haji itu adalah orang yang mampu iaitu orang yang telah langsai hutangnya dan berkemampuan pergi menunaikan haji”
Saturday 23 November 2013
Alfalfa Untuk Masalah Dalaman Wanita
Tahukah anda?
10 biji alfalfa Shaklee menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
- Mengurangkan keputihan
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes (mengikut kajian University of Michigan Health System)
- Mempuyai fungsi seperti kacip fatimah iaitu mengetatkan bahagian intim wanita
- Mencegah rahim jatuh (prolapse)
- Wanita hamil kerana boleh menyebabkan keguguran
- Pesakit auto-imun seperti SLE
TESTIMONI 1 |
TESTIMONI 2 |
TESTIMONI 3 |
TESTIMONI 4 |
TESTIMONI 5 |
TESTIMONI 6 |
Friday 22 November 2013
Testimoni : Vitamin Untuk Tenaga Dan Masalah Keletihan
TESTIMONI 2 : Badan tak letih, HB maintain, mengatasi masalah darah rendah
TESTIMONI 3 : Penghidap diabetes kronik mampu berpuasa
TESTIMONI 4 : Bertenaga sepanjang hari
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin untuk masalah keletihan ini.
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Tuesday 12 November 2013
Diari Wahm-to-be : Berkobar-kobar dan meluap-luap keinginan untuk jadi Wahm
Semenjak kebelakangan ini semakin berkobar-kobar perasaan saya untuk jadi Wahm. Lepas satu, satu peristiwa berlaku yang membuatkan saya sering berfikir 'alangkah bagusnya jika sekarang ni saya dah berhenti kerja'.
Dengan pengasuh anak tiada masalah langsung, cuma rasa kasihan bila melihatkan dia terpaksa menjaga Khadijah (my only daughter) dan juga seorang baby lagi.
Apabila Khadijah tak sihat (demam dan sebagainya) dan saya pula dah takde cuti, makin meluap-luap keinginan tersebut. Terpaksa juga melangkah ke office dengan hati yang berat meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.
Setiap kali bangun pagi pun selalu berkata dalam hati 'bestnya kalau cuti hari ni'. Adakah ini tanda 'burn out'? Mungkin jugak.