1. Menyediakan Tempat Kerja Khas Yang Selesa
Perkara ini
penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan
beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah
tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan
kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je.
Kalau boleh buatlah dalam
bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT. Anda perlu bekerja walaupun di
rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.
2. Bekerja Mengikut Waktu
Jangan anda
rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja.
Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9
dan keluar jam 5.
Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh
hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinkan diri, jangan asyik nak ke
pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.
3. Hubungan Dengan Kerja Secara Berterusan
Anda cuma
bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga
hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
4. Ambil Masa Rehat
Untuk anda
memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya
ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat
yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
5. Jangan Dibersihkan
Itu sebabnya
saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat
kerja. Kadang-kadang anda taklah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan
mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.
6. Disiplin
Kalau nak buat
perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. Jangan asik nak jumpa
orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
7. Tinggalkan Rumah Sehari Dalam Seminggu
Tip ni memang
pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun
kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. Saya syorkan untuk
anda pilihlah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan
rasakan kelainannya.
8. Buat Kerja Secara Rutin
a) Bangun
tidur.
b) Bersihkan
diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
c) Buat
sarapan.
d) Masuk
tempat kerja.
e) Buat
panggilan pelanggan.
f) Tengah hari
pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
g) Balik jam 2
buat kerja balik.
h)Jam 5
berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh.
i) List kerja
apa nak dibuat esoknya.
j) Ulang
langkah pertama.
9. Buat Kerja Anda
Jangan pula,
mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu
anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. Ini
betul. Kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat.
Faham kan yang ni.
10. Stay Professional
Walaupun
anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja
di office. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tipsnya. Saya selalu
ingat mak pesan "beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan
minta pada mereka yang tak mahu memberi ".
Kredit : Coach Baharudin
Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387