Sunday 14 May 2017

Tips Minum Air Masak dengan Banyak Supaya Cepat Kurus

Pagi ni saya tak exercise macam biasa sebab puasa. Kalau rajin, exercise lepas buka puasa nanti. Nak exercise tak semestinya kena ambil masa yang lama. 10 minit pun dah ok.

Dalam proses menurunkan berat badan, pengambilan air sangat sangat la penting. Tapi bagi yang tak suka minum air masak, masalah jugak tu. Asyik nak minum air manis je. Sayalah tu.

Entah kenapa memang tak suka minum air masak/kosong. Tapi ada caranya tau yang saya amalkan supaya boleh minum air masak dengan lebih banyak.

Yang saya suka buat ialah air rendaman kismis. Rendam kismis ke dalam air masak sebelum tidur. Bila-bila masa pun boleh sebenarnya. Tak kisah sama ada nak letak dalam peti sejuk atau letak kat luar je. Asalkan bertutup. Esoknya dah boleh minum air rendaman kismis tersebut yang ada rasa sedikit masam, yang menjadikan rasanya lebih sedap.

Selain itu, air lemon. Yang ni pun tak susah untuk diamalkan. Sebiji lemon tu kita boleh gunakan 2 hingga 3 hari. Bukan recycle sebiji lemon tu untuk 3 hari, tapi kita bahagikan lemon tu kepada 3 bahagian. Kalau buat sebiji terus untuk sehari rasanya terlalu masam la kut. Jadi bila bahagikan macam ni, rasanya just nice. Tak terlampau masam. Jimat pun jimat.

Paling bagus minum air lemon suam waktu pagi. Tapi saya minum je sepanjang hari. Habis air dalam tumbler, top up lagi. Bagus juga minum ni, dapat kurangkan rasa nak minum air manis. Selain itu, of course dapat bonus makin kurus ahahaha. Kalau takde lemon, limau kasturi pun best jugak.




Ada satu lagi cara paling mudah untuk minum air masak dengan banyak iaitu beli je Performance Drinks (PD). PD ni minuman elektrolit. ala macam 100 plus tu. Tapi yang ni dalam bentuk serbuk, tanpa gula dan juga takde gas. Pilihan yang lebih sihat kan? PD ni rasa oren. Kalau minum sejuk-sejuk tu memang marvellous.

Kalau bulan puasa wajib ada ni sebab ia sangat membantu untuk kurangkan rasa dahaga terutamanya ketika cuaca panas terik. Jadi sangat sesuai diambil oleh anak-anak yang baru nak belajar berpuasa tu. Takla diorang rasa haus sangat sampai kena telan air paip dalam bilik air nanti. Hehe. Selain itu, ia juga dapat kurangkan rasa letih.





Untuk ibu menyusu pun memang saya recommend yang ni. InsyaAllah nanti takdela asyik kering tekak je sampai rasa nak pitam sebab menyusu. Ok kalau nak order PD, cepat-cepat contact saya sebelum habis stok nanti. Harga RM 97.00 termasuk pos. 

Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 


Saturday 13 May 2017

Berat Badan Ideal

Rasanya belum sampai sebulan saya start istiqamah exercise. Tapi dah banyak perubahan yang saya alami. I like. 

Masa awal-awal dulu, susah nak berpeluh. Kadang setengah jam dah exercise tapi belum berpeluh pun. Sekarang, exercise sekejap pun dah berpeluh. 

Dulu ada juga la rasa sakit urat atau mungkin lebih tepat lagi sakit otot masa mula exercise. Kini dah banyak sangat kurang. 

Dulu pergerakan semasa solat agak sukar. Tapi kini rasa jauh berbeza. Nak rukuk, nak sujud, bangun dari sujud lebih mudah untuk dilakukan. Amazing. 

Dulu selalu rasa stress. Kini tidak lagi. I feel great. 

Dulu susah nak bangun qiamullail. Sekarang lebih mudah, walaupun tidur agak lewat. Yang ni memang saya rasa syukur sangat. 



























Dah dapat rasa lemak sekitar paha dan perut makin berkurang. Tapi bila timbang, berat tak turun pun. Pelik. Rupanya sebab lemak dah hilang tapi diganti dengan otot. 

Overall saya rasa sangat enjoy bila lakukan exercise ni. Semoga saya terus istiqamah untuk mencapai berat badan idaman iaitu 55 kg. 


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 

Wednesday 10 May 2017

Hilangkan Sakit Lutut dan Sendi Tanpa Suntikan dan Pembedahan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 33: NOR SHAHIZAN RAHIMI

[SAKIT SENDI DAN LUTUT BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum. Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee". Saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee "jatuh berkali-kali" hasil bimbingan SID hebat bergelar "Ratu Vivix".

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan setakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard.

Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Image may contain: 2 people, text


























Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".


Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.



Untuk order Set Berpantang atau Set Kesihatan Sendi
dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah